Monday, 3 April 2017

Independent woman

Last weekend aku terserempak dengan ex-schoolmate di Dataran Pahlawan.
Masa tu phone Z5 aku rosak so I was on my way pergi Sony Centre

Dia dengan kawan dia. Kita ada short catch up.
Tapi yang buat aku terkesan (bukan terasa hard feeling ke apa. just terkesan dan buat aku berfikir) bila mereka (both S and kawan dia) tanya why aku jalan sorang. 2,3 kali jugak mereka tanya.

Tak salah pun tanya.

Cuma, aku nak tahu --- pelik sangat ke perempuan jalan seorang??

Aku tak tahu la orang lain, tapi aku ok je untuk jalan pergi mana2 sorang.
Shopping, makan, bayar bil, pergi bank, beli motor, beli kereta, servis motor, servis kereta, outstation...
Kalau ada orang teman tu bonus, kalau takde tak apa.
Sebab pada aku, if aku terus tunggu,  benda yang boleh settle awal akan jadi lambat.
Dan satu lagi, aku tak suka orang menunggu aku siapkan urusan aku (pernah jugak kena tunggu tapi bukan selalu).

Aku ni sejenis yang lambat warm-up.
Kalau pergi mana2 aku akan perhati keadaan sekeliling dulu before approach orang atau buat something.
Tapi once aku dah konfiden dengan keadaan sekeliling, aku akan lebih open up.
That's why ada masa2 aku rasa aku perlukan peneman. Tapi if keadaan memaksa, aku akan teruskan juga sebab if teruskan menunggu, sampai bila?

Aku yakin ramai lagi perempuan kat luar sana yang lebih independent daripada aku.
Tapi aku juga yakin masih ramai yang rasa pelik if perempuan jalan sorang2...


Kepada yang pelik tu, ketahui lah, kalau perlukan peneman, kami akan cari. Kalau ada yang nak teman, kami ok je. Tapi bila takde or keadaan memaksa, takkan nak tunggu? Hidup kenalah diteruskan ye dak :)

Bahaya tu betul. Tapi bahaya tu ada dimana-mana hatta rumah sendiri. Jadi, Tuhan sahaja lah tempat kami berlindung dari segala bahaya~~




Lastly... eh?








No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...