Friday, 3 January 2014

He turns Seven


Hari ni budak botak start sekolah

Ya, dia la yang berumur seven itu. 

I was in 1st year of diploma masa dia lahir. 18 tahun. hingusan dan kurus sangat time tu.  :P
And mak aku masa tu umur 47. Beliau yang lahir kan budak botak ni. 
Bukan aku yang lahirkan pastinya -___-"
Aku hanya mampu lahirkan rasa terperanjat dan gumbira saja. 

Aku anak ke-4
dan budak botak anak ke-12
beza sangat sampai kalau jalan bersama, orang selalu ingat beliau anak aku

well, orang tak salah.
tapi aku lagiiii la tak salah. huhu.

dan kalau perlu jugak kita jalan sama, aku selalu tekankan ganti nama KAKTEH masa berborak supaya nampak ciri2 kakak tu. walaupun sebenarnye orang tak heran pun. 
tapi, tetaapp la aku feeling jatuh saham kalau kelihatan seperti ibu muda. hahaha. 
imaginasi aku kuat. kuat sangat sampai rasa nak lempang. 

The first 2 years of budak botak adalah diperlaku seperti pwince.
Dicium-cium, digomol-gomol, Dibelai-belai manja. haha
Tapi, seperti tradisi adik badik yang lain, lepas je 2 tahun
hidup la kau sebagai mangsa buli. hahahahahahahaha...

dan kaki buli non other than yours truly

ala, buli2 manja je
setakat mintak amikkan barang sebab iolls berat punggok
atau terpaling best, hidupkan enjin kereta, suruh mak aku masuk kereta and tutup grill pintu. dan si botak pun bergenang la air mata kerana mak kesayangan tak bawak berjalan. hahahaha...

mak si botak ni selalu je kena marah dengan kakak2 si botak sebab manjakan dia
beli mainan, beli itu ini
tapi, tanpa sedar kakak2 dan abang2 si botak pun boleh tahan teruja kalau nampak mainan
siap belikan lagi -___-"
lepas dah bagi mainan, 2 3 jam lepas tu imej kakak mithali tadi pun berubah menjadi pembuli..haha

no wonder semakin hari beliau semakin mengada
kerana walaupun dibuli, beliau tahu pembuli2 ini hatinya suci murni...*puii..geli*

seben years dah beliau. dah besar.
kakak dia pun boleh tahan gak la membesar dengan jayanya

aku harap beliau tahan la sekolah sampai berjaya, jadi manusia berguna
kalau boleh jadi pak menteri, sebab aku nak mintak subsidi...
aku harap, insiden aku lari dari sekolah masa darjah satu tu tak berjangkit la kat si botak.
setakat ni, adik2 aku semua takde yang berjangkit penyakit malas sekolah ni. 
Alhamdulillah. syukur.

aku harap, besar nanti si botak tak lupa balas jasa ibu bapa dan kakak2 abang semua
ktorg semua pernah merasa mandi, basuh berak dia semua
so, agak2 nak kongajo lelebih, marilah aku tarbiahkan sikit. hahahaha





No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...