Wednesday 18 July 2012

ibu dera anak?



uih..tak sanggup nak tengok tapi da tertengok. ya Allah! apa la nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni? semoga Dia melindungi anak kecil ni. tetiba ak rasa syukur sangat..

-walaupun kami bukan orang senang, mak ak dapat hantar ak sampai habis degree..
-walaupun family ktorg besar, mak ak sedaya upaya sediakan bumbung untuk berteduh, beras untuk makan.
-walaupun ktorg pernah makan nasi dengan sambal ikan bilis je, itu lebih baik dari mereka yang terpaksa makan nasi berulamkan garam.
-walaupun mak ak garang masa ak kecik2, birat2 kena belasah, mak ak tak pernah nak pukul adik beradik yang masih bayi macam beliau diatas ni...cukup umur agak2 da pandai menjawab tu, baru mak ak pukul. tapi bukan buat geng gusti. tapi biar jadi pengajaran..
-walaupun segarang mana pun mak ak time pukul, beliau takla garang sangat sebab ktorg still  berani menjawab tido menyelit dekat mak ak.
-walaupun mak ak tak belikan ak barang branded, mak ak tetap usaha yang termampu.
-dulu, masa bapak ak sihat, mak ak bersusah belikan kereta walau kecik supaya senang nak anto anak2 yg degil gi sekolah. lagi2 ak ni ha, dok asrama sampai ke melaka nun, pastu merantau ke johor sebelum ke shah alam.
-sebelum beli kereta, mak dengan bapak ak rempit sesama hantar ktorg gilir2 ke sekolah. kengkadang jalan kaki. sampai sekolah, berpeluh cam kambing T__T
-sekrang bapak ak da sakit taleh drive, mak ak kembali rempit untuk hantar adik2 gi sekolah. boleh je nak suro jalan kaki, despite of penat mengajar, mak ak takut jadi apa2 kat ktorg...
-dulu, time kecik2, dengan ekonomi merudum thn 1997, bapak ak diberhentikan, dapat lagi ahli baru, siap ada orang kesian nak amik adik ak jadi anak angkat tapi mak ak tak mau..tak sampai hati katanya...
-adik ak merajok lari dari rumah..ikutkan hati nak lempang laju2, tapi mak ak nangis2 cari. tak dapat cari, dia buat solat hajat, baca yassin. syukur rupanya adik ak g lari tido surau je T____T
-walaupun mak ak kat rumah tak masak and suro ktorg masak, mak ak tetap make sure barang2 mentah ada...dia sanggup jerit2 ajor masak sampai lebam.and kalo tak sedap, dia sanggup telan..
-mak ak kuat hadapi macam2 dugaan dan karenah ktorg. i dont think i, myself could handle us if i were her.

tak kisah la semua tu, walaupun mak ak tak perfect, walaupun masih cari gaduh dengan ak..hahaha..lagi2 bab2 berboipren. kuar dgn kawan pun dia serkap jarang kata boipren. tapi, dia jugak la yang jadikan ak manusia hari ni...tak ada mak kat dunia ni yang perfect sebab mak2 kita semua manusia...mak ak pukul memang sakit. tapi tak pernah sampai nak membunuh. tu semua mengajor sebab ak ni degil sangat. ya Allah, lindungi la ak daripada sifat amarah seperti video diatas...

my mother yang tudung hijau tu...sebab ni laptop opis, so gambor cilok pesbuk.tu yg kecik. bunga konvo tu beliau jugak la yang beli. 14 ekor bear mewakili setiap family member. tu adik ak yg kecik tu, ktorg yg slalu marah dia. mak ak tak sampai hati katanya. siap gi jenjalan mana bawak (*statement jeles ke ni? ). ritu siap boleh berdrama air mata sebab miscommunication. tapik mak ak sabau je dgn ak. maybe malas nak carik gadoh. she's indeed a strong heart, wonderwoman. i'll do my best to make u proud...

yosh, keje matik2, nak anto umi gi Mekah. ada rezeki buat haji, terus buat haji la...so, sesapa tanya ak bila mauk kawin, ni jawapannye...huuu...tetiba jek =P

omma, saranghae~~~

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...