Friday, 17 June 2016

Busan & Jeju - Day 5 (Part 1) - Nampo Subway Shopping Heaven, Gukje Market

Sekejap je masa berlalu dah hari ke-5 di Busan....
 
Pagi tu Raihan merajin masak breakfast nasi lemak :)
 
Dah alang2 ada cooking facilities, lebih baik manfaatkan, ye dak?
 
Nasi lemak instant brahim senang je rebus2 gitu.
 
Satu kotak portion untuk 2 orang makan tapi kitaorang share bertiga...
 
Seafood semalamnya ada lebih, bawak balik and kita panaskan jugak.
Thank you for the food!
Plan asal nak keluar awal pagi tapi cuaca pagi tak menyebelahi kitaorang.
 
Hujan lebat giler T__T
 
Mula2 decide nak tunggu reda tapi dah kol 11 lebih pun hujan tak berhenti.
 
Luckily ada baju hujan standby from Malaysia & pinjam paying guesthouse :)
 
So, we decide to redah aje...

 

Hujan + angin kuat... T_T
Aiseyman lupa nak catat Day 5 & 6. Takpe, aku tulis berdasarkan ingatan aku je la ya. Kebanyakkan nya betul tapi storyline mungkin tak exactly sama.

Disebabkan masih hujan, first destination - Nampo Dong subway.

Kat situ ada jual macam2 barang. Nak kata macam version uptown or pasar karat kat Malaysia pun boleh. Ada macam2 barang - baju, kasut, beg, mekap, jaket semua ada... cuma sediakan duit je~~

Kat sana kitaorang jumpa face mask (brand biasa jela tapi), beli hand cream and face mist.

Masa Day 4 aku macam perasan ada satu kedai ni jual beg 10,000 won tapi bila cari balik tak jumpa...

Ain ada la jumpa seluar tapi kaki dia kecik, boleh la. huhu. aku tak berani pasal kaki aku ni limited edision sikit. hehehe...

Pusing2 jumpa kuih ni. Macam wafer tapi bentuk ikan and ada inti. Kitaorang beli inti kacang & cream...




Sedapnyaaa
Dah masuk zuhur, kitaorang cari spot tepi2 kawasan and solat gilir2.

Amik wudhu kat toilet tapi mind you ya toilet diaorang laki pompuan dipisahkan dinding separuh aje.... nak ke toilet pompuan memang akan lalu depan toilet lelaki. So, pepandai la cover mata tu ya jangan ternampak yang bukan2 :P

Takde gambar solat tapi itu first time aku solat in public and memang experience sangat!

Cuma, orang kat sana, dia tak biasa dengan Islam and tak familiar dengan practice kita so bila Nampak 3 pompuan buat something yang extraordinary, diaorang akan tends to jalan slow2 bila lalu depan kawasan kitaorang solat. Slow je and perhatikan kita.

Even pakguard pun lalu lalang depan kitaorang 2,3 kali. Itu yang mencabarnya bila jalan kat tempat orang. Tapi as long as diaorang tak kacau, so ok la kan :)
 
 

Macam2 barang ada

Aku guna SeQy BBCream Code Natural + lip tint sahaja. Muka kekal fresh :)


Kitaorang teruskan perjalan sepanjang Nampo subway ni untuk ke Gukje Market.
 



Tak boleh ramai2 tengok map nanti pening. So, tugas aku adalah bergambar, bergambar, bergambar :P


Lepas ask around, akhirnya sampai la ke  Gukje Market!
 





Kat sini nak cari souvenier korea~~
 
Keychain, fridge magnet, ketip kuku, tshirt semua ada... Harga lebih murah dari Jeju Island. Contoh, kat Jeju t-shirt selai 12,000 won tapi kat sini, 3 helai 10,000 :)
 
Kualiti not that bad. Bukan nipis sampai boleh Nampak tuttt :P
 
 
And, rajin2 la survey 2,3 kedai. Aku terkena satu kedai ni. Ahjumma ni memang peramah. Harga satu magnet 2,500 won and bila beli banyak sikit dapatla murah 1,800 won. Masa tu aku happy sangat la sebab murah sekaliiiiii tempat lain 1,500 boleh dapat...
 
Takpe, rezeki ahjumma tu...
 
Kitaorang tak pusing habis sebab dah petang and angin kuat. Sebab takut hujan, kitaorang gerak cepat2...
 
 
Tapi sempat lagi menyinggah makan tteobokki spicy rice cakes & odeng... Sejuk2 dapat hirup sup panas2 memang sedap...



 
Licin aku makan :)

Next entry Gamcheon Village ya...

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...