Friday, 13 May 2016

MELBOURNE DAY 7 - My brother big day :)

From Day 3 terus skip ke Day 7. heheh14 February, tarikh keramat untuk si adik bertuah aku.

Majlis di Shepparton simple je. Nikah dan makan2...


Thank you kepada keluarga perempuan yang sudi terima adik aku walau banyak kekurangan.

Takde apa sangat nak cerita. So, layan gambar ajela ya. Kami bagi 5 berbalas 7.

Adik aku tak bagitahu pun ada hantaran pada mulanya.

Bila dah sampai sana, 3 ke 4 hari before majlis cousin kitaorang mention yang ada hantaran....

Terkejuit la jugak. hahaha....Ikut kan aku, takde hantaran pun takpe. haha... Tapi makcik2, parents semua bising, layankan ajela.

Budak bertuah ni beli barang hantaran and hiasan senyap2 je. Tapi tau la lelaki kan (tak semua) beli asal boleh je janji ikut tema. Segala mala riben kaler purple dia beli tapi tak fikir sesuai ke idok or macam mana nak hias ke apa....

Bila kitaorang (yang akak2 ni) tengok, fuhh urut dada kau...

So lets beli lagi...

Hari Sabtu balik kerja awal terus bergegas ke supermarket cari apa yang patut. Malam tu aku dengan Zakeera tido lewat kot kol 1 macam tu sebab nak decorate hantaran. Masa tu la idea2 kreatif (lah sangat) semua tak keluar.

Tapi walaupun tak semeriah or secantik hantaran orang2 kat Malaysia, aku tetap bangga dengan diri sendiri (tepuk2 bahu) sebab ini first time aku buat hantaran and hasilnya better dari apa yang adik aku buat. hahhaha...matiklah perasan sendiri :P








 
 
 
Pagi tu dalam kol 8 kitaorang bergerak ke Masjid.
Imam yang nikahkan adik aku ni sempoi je. And proses and lafaz dia mudah je. Tak macam kat Malaysia. tapi aku taknak komen pasal tu sebab mahzab lain2...

Memang majlis kecik je. Masa nikah tu hanya family je ada.

Kakak kepada isteri adik aku pun nikah sekali kat sana :)
Majlis akad nikah. Sama je macam kat Malaysia, memasing macam paparazzi....hehe

Alhamdulillah selesai. Pengantin dengan sijil memasing

Aku - Kakak aku - Zakeera a.k.a Zack
After nikah, kita gerak ke one of rumah Malaysian kat sana untuk jamuan ringan.

Meriah giler makanan. Dapnyee bila ingat balik.
Nasi hujan panas. Kak Ruby (mak pengantin ppn) yang masak semua ni.... hebat2



Ayam masak merahh... nyumm3



Kuih2 ni order dekat Malaysian yang stay sana















Sebagai kakak, aku harap adik aku jadi ketua yang adil pada keluarga, boleh bimbing isteri dan anak2. Selamat pengantin baru....
 

Semoga Tuhan rahmati keluarga baru korang :)

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...