Monday, 13 October 2014

Jalan Raya




Dulu masa tinggal di Shah Alam,
Hari2 berulang S.alam-KL-S.alam
sekurang-kurangnya 5 hari seminggu, 
20 hari sebulan,
aku akan lalu tempat LRT construction (sebelum tol Batu 3)
sekarang sekurang-kurang seminggu sekali aku akan lalu jalan yang sama
untuk ke Batu Tinggi, Klang.

Pemandangan hampir sama
manusia berkejar-kejar dengan masa untuk pulang atau mungkin ada yang lewat ke tempat kerja shift malam
ada juga manusia yang, aku selalu sematkan dalam fikiran, memotong kerana "kecemasan". 
Di Malaysia, emergency means not giving signal, cut que and drive like you are the only person paying toll. *Imej ihsan gugel*
ini bukan cerita memotong berhemah, 
tapi yang kategori memotong guna emergency lane
memotong tak bagi signal
memotong sesuka hati
seboleh mungkin aku akan bersangka baik
kerana itu lebih baik dari aku bersangka buruk dan terfitnah mereka yang betul2 dalam "kecemasan"

tapi aku bukan nak cerita pasal manusia yang punya kereta hebat
atau motor yang laju bikin aku makan asap
aku nak cerita pasal pemandangan yang sama, 
seorang pekerja contractor duduk menjaga trafik (read: trafik lori bawa barang construction keluar masuk)
duduknya dia dalam satu pondok tidak berdinding, hanya bertiang 4 dan beratap zink
tidak kira cuaca - hujan, panas, mendung...dia tetap setia

Imej construction ehsan gugel

kadang2 bila audit client construction company,
lebih kurang pemandangan yang sama
hujan panas bekerja

bila membeli barang dapur,
mereka2 ini yang selalu aku nampak dijalanan
perih bekerja hujan panas
mereka ini membeli barang dapur yang asas sahaja. bawang, garam, beras, kicap, telur. 

tidak bermewah-mewah
tetapi dinegara asal, mereka harapan keluarga.

aku tabik- kekuatan, kegigihan, kecekalan mereka untuk survival
bila melihat ini, 
baru ku sedar, kisah survival ku bukan la hebat mana
aku hanya hero dalam dunia sendiri
lebih ramai lagi hero yang lebih jerih, lebih hebat kisah mereka
tak terbanding rasanya

aku harap hati aku tak terus buta dan mendabik dada
tak juga mudah putus asa
kerana kesenangan aku sekarang --- ada lagi yang lebih senang
kepayahan aku sekarang --- hanya secebis ujian dunia




motivasi ada dimana-mana
pandanglah --- bukan dengan mata, tapi dengan hati yang bersyukur.

2 comments:

  1. huhu..so true ida.kita ni complain harga barang naik, tapi still mampu nak lepak minum kopi RM5 secawan..apa sangatlah kan berbanding mereka

    ReplyDelete
  2. Sal Bee Yah: sorry awak, takboleh nak like komen. kalo tak dah like. kekeke.
    yelah, kadang2 kita tak sedar, bertapa beruntung nya kita. hanya kerana secebis dua ujian, kita terus lupa nikmat2 yang kita dapat... kena selalu perati orang yang kurang bernasib baik, supaya selalu sedardiri..heee

    ReplyDelete

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...