Wednesday, 20 August 2014

Raya 2014

So, this is it.
Dah raya ke berapa baru nak update minggu pertama raya punya cerita
Tadek mood nak menaip. Malas pun iye jugak
tengok je orang lain dah bersusun entry raya.

tapi lately rasa macam apehal  banyak benda lupa ni
Alzheimer ke apa ni? haha. baru doploh5 kot. 

so, sebelum terlupa langsung, elok la aku memaksa diri untuk menaip sesuatu
menaip sambil makan tembikai
tembikai tak gemuk kan? *dah se-tuppuware makan baru tanya. kahkah. tadek efek pun kalau benti makan sekarang.

ok, so where do we start? 
raya tahun ni adalah raya pertama aku setelah 4 kali raya di KFC.
the first 2 raya memang tak balik langsung
and the other two aku balik malam raya, pastu petang raya balik KFC semula untuk keroje.
sebab dulu ingat duhett segalanya. ingat kerja KFC tu boleh jadi ongkaya. kahkah
syukur jugak sebenarnya sebab motor aku tapenah miss bayar. selalu2 bila duit extra bayar lebih, kengkadang duit tak ramai kita bayar sendu2 je. haha. 
tapi boleh kata survival aku masa study dulu more on KFC. 
banyaakkk cerita kat sana TT__TT
cis. pehal mengimbau kenangan tak pasal2 ni. 

Raya kali ni ktorang raya dekat nisimlan je
tak balik kg bapak aku - kuantan pasal adik badik tak cukup korum
3 orang adik aku telah ku hasut kerja contract raya kfc. hahaha. tudia, dah resign pun still jadi agen tu..

so first raya:
lepas sembahyang raya, harus lah melantak lemang rendang soto produk adik badik yang lain. 
aku tadek masak2 nih sebab malam raya baru balik (ini ada kesah dia. lenkali rajin aku story)
kemudian, sessi bersalaman before bergambau depan laman rumah

Model Raya

adik badik pompuan tahun ni aku temakan diaorang dengan batik
nasib baik baju dah tempah awal2 dulu, kalau tak menangis la baju tak siap sebab makcik tu kemaiiinnn dapat tempahan tekau menggunung. sampai call pun tanak angkat, sms tanak balas. 


ni Fatimah no 10. 
hari tu dia memang watak utama. kahkah
boleh plak berdrama sebabak pagi tu. 
ktorg tapaham kenapa yang dia sedih sangat 
ni adegan tengah nak pahamkan sambil pujuk. tapi tak jalan. hmm...

last2 rupanya dia kata dia lapar tapi ktorg 'paksa' amik gambar
cheh! lapaarr ke? time orang makan mana ko pegi??
sekali dapat makan lemang sepotong dua, terus diam. haha. 

adik badik laki mak aku plak temakan sebagai Ustaz Pilihan.
aku belum lagi nak sponsor satu family punya baju raya. takut kang gi kerja kena jalan kaki bajet duit minyak dah habis. haha
tapi Alhamdulillah mana yang ada kita sumbang sesikit.

sebab tahun ni kan first raya after 4 years, so fefeling perantau habis (lempanggg sikit), so aku telah tak sengaja membiarkan diri ini digoda oleh penjual2 kuih raya sampai beli 10 jenis kuih raya + 2 jenis kek lapis.
and bila sampai masa nak bayar baru sedar. kahkah. padan muka sikit kat diri sendiri. 
ingat nak buat cookies, tapi rumah PJ tadek oven. kang mana plak aku nak bakar cookies kan. 
takpe, next year target buat kueh raya sendiri. awas korang penjual kuih raya! jangan muncul depan gua.. 

lepas dah puas bergambar, agak2 tiak dah berlemuih sebab matahari memancar-mancar, so marilah kita ke rumah uwan.

rumah wan tak jauh pun. 15 minit chap chuss (terus tingat skewrt annas sebab dia rajin guna ayat ni) terus sampai.
macam ni la keadaan raya kat rumah wan. adik badik mak aku 11 orang semuanya. tapi 3 family balik kampung belah satu lagi, and satu family lagi onteway. meriah jugak la tapi sebab meriah ramai je. 
memasing sibuk dengan henpon. macamkan Ramadhan ituari pun puasa henpon gak. cheh. 
harapkan anak2 buah aku je buat hingar. tapi tadek plak diaorang nak drama belari satu rumah langgar kosi meja semua. kalau ada tu baru meriah tekau. 

p/s: eh, apsal tah tahun ni tetiba jeles tengok adik2 dapat duit raya. haha. korang ada jeles gak tak? ke aku sorang je? haha 

dah settle apa semua, 3 orang adik aku gi balik Shah Alam kerja
pastu satu kereta ktorg gi beraya ke......

1) Rumah wan nilai

Actually rumah wan mak aku. kira pada aku dah kategori nyang. 
tapi sebab mak aku selalu sebut wan nilai...wan nilai...wan nilai.. so, tak berubah la trademark dia. macam si yusuff taiyob punya kurma kan? dia dok bisik tiap tahun sampaikan bila ramdhan je ingat YT. bila YT je ingat kurma. 

nyang nilai makcik bongsu arwah atok aku. 
org dulu2 kan ramai kawin awal, that's why beza arwah atok dengan nyang nilai punn tak jauh beza.
so anak2 nyang (pangkat nenek aku) dengan mak aku baya lebih kurang je...

rumah nyang ni laman dia luas. memacam pokok ada. 
kalau raya musim buah, memang happy la ktorg dapat ngangkut buah bawak balik. 
tahun ni rezeki rambutan.
terus jam2 tu jugak ktorg tubuhkan parti rambutan.
adik bongsu aku chiko jadi presiden parti sebab kerja2 senang je dia nak.
kutip rambutan masuk plastik tanak sebab malas nak patahkan ranting yang takde buah.


gambar tengah tu pangkat nenek kot. nenek muda. hehe
2) Chenong, Chengkau

Ini rumah nenek sedara aku. Adik pada wan aku. Tapi wan dengan atok chengkau dah takde. so beraya melawat makcik2 sedara je. 

sementara makcik pakcik dok berbual, jom keluar bergambar la apa lagi. haha

aku teruja (read: gayat) bila jumpa rumah2 kampung camni. 
sebab wan aku dok rumah taman. so, nak feeling balik kampung, kena balik chengkau and bongek. 

budak ni time aku dah elok2 posing la dia dok main kejar2 depan aku.
lari laju plak tu memasing. macam watson nyambek. haha

3) Kg Chengkau, rembau

kat sini beraya rumah wan2 sedara (belah atok aku)
nama wan2 ni ingat la tapi kalau suruh den susun ikut nombor, osah la hai. mosti kalah. kahkah. 
fail betul nak cakap ong nisimlan.
kalau donga makcik2 beborak, haram tak paham. sesikit bulih la. 

since sampai pun dah petang and ketibas boleh tahan, 
so tadek gambar sangat pun. 
tapi makan tetap ON macam biasa. kahkah. 

raya ke-3 datang lagi sini sebab ada gathering keluarga nek yam.
nama sebenar eh mariam. mak kepada arwah atok aku.
kat nisimlan ni kan diaorang lobihkan anak pompuan.
kalau suku pun ikut omak bukan bapak eh.
itu yang panggil 'keluarga nek yam' bukan keluarga samad (ayah atok)

gathering ni konsep macam family day
ada sukaneka, ada jualan lelong, cabutan bertuah dan macam2 lagi
tapi terpaling penting - makanan sedap2. haha
ada ketupat, lemang, rendang, satay, kambing bakar.
itu yang time raya senang2 je nak gain 2-3 kilo balik T__T

Hari raya ke-2 tak gi mana pun. melepak2 je sebab penat raya pertama tak habis lagi. penat proses makanan sebenarnye. haha

petang tu gi beraya rumah Raihan kat PD.

Raihan ni roomate aku masa belajar kat Terendak dulu.
ingat dulu memasing homesick tekau sebab sistem pembelajaran sekolah lama dengan sekolah baru berbeza. 
lepas tu rumah jauh
monkey plak ramai

tiap kali nak gi makan kat teres teratai kena ramai2 sebab kalau sensorang, konfem kena serang dengan monkey.
pastu ada sekali tu balik dari prep tengok dorm kena ambush. stok makanan yang simpan dalam locker semua habis kena cekau

ko jangan memain.
monyet sekolah ktorg bijak2
tong sampah bertutup pun dia boleh bukak, setakat locker, kacang je kata dia



so, itula dia cerita raya petama dan kedua. 

yang penting, seminggu raya tu memang aku tak pijak langsung weighing scale. takut. tapi makan tak takut. hahaha

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...