Tuesday, 19 February 2013

adik dan kak dragon =)

Cuti yang panjaaaang......
CNY kan cuti sampai selasa.
Boss bagi cuti free hari rabu
Dipaksa rela amik AL untuk Khamis and Jumaat =)

Cuti ofis jelaa
Kepsi on seperti biasa...huhu
Bila nak bersara pun tatau...nanti la kalau tak larat sangatt

And last week gi hantar one of my brother mendaftar Form 4 kat MRSM, Kuantan
Lepas kerja pagi kat kepsi, malam tu gerak from s.alam ke seremban
Hantar stok2 baju untuk didobi =P
mesin rumah s.alam yang rosak ritu belum berganti. adoilaa landlord, sampai bila katonyo nak suro ekseais basuh baju manual??
sekarang ni sebab selaluu merasa bizi,
so, iolls tak banyak masa nak spent untuk belai2, sental2 baju selai2
senangg hantau dobi, picit2 button mesin pastu goyang kaki..hahahaha...*dasar malasss
tapi barang2 sensitip tu still manual ye...
kang tudung ada yang tercabut batu, *** ada yang tercabut hook...hahaha

sampai seremban around 8 macam tu pastu terus gerak ke kuantan
btw, ktorg gi 2 kete. satu kete bro no.1 aku drive bawak bro no.9 and momma
macam kelakar je eskot sampai 2 kete..
alkisahnya si momma telepon berbunyi gini "jom la ikut sekali. susah la jalan dengan orang lelaki. asyikk nak cepat"
amboiii...hint suroh bawak jenjalan la tuu
beliau seronok sungguh bila anak2 dapat asrama jauh2.
ada alasan nak berjalan katonyo..

melaka- dah puas sebab bro no.1 and bro no.5 study kat Jasin, aku kat Terendak, and bro no.6 kat Alor Gajah. kira dah puas jenjalan. padahal semua sekolah asrama jenis ulu2. dalam hutan, dalam kem...
Johor- pun dah puas sebab aku dip dulu kat Segamat 2 tahun. padahal tu pun dalam hutan. 
KL/Selangor- ini dah biasa sangat ulang alik gi Library negara. ans since iolls pun tinggal s.alam, selaluu je la ulang alik.

ni beliau request untuk sis no.10 apply sekolah kat perak plak...pffttt...
tunggu jelah nanti ada je panggilan pulang untuk menjadi drebar....


ktorg gi Kuantan sehari je. malas nak berlama-lamaan sebab.....sebab
sebenarnye aku tertinggal baju kat s.alam. *facepalm
sampai Kuantan rumah Pakcu dah kol 2 am teruuss tido. 
itu cara2 tukar2 shift dengan akak aku. kalau aku sensorang drive, mau kejung agaknya dok lama....
esoknya, hari Rabu siap2 terus gerak ke mrsm. 
tengok keliling alahaii lenggangnyaaa.
apsal tak ramai yang mendaftar? 
padahalll rupanya ktorg yang datang lambat...haha...aptb
register start dari kol 8.30 sampai 11.30. tp ktorg dtg kol 11 >_<


masa sessi taklimat, akak2 gi mydin sebab si adik bagi list untuk beli barang
sekali time susun2 barang2 beliau dalam locker, rupanya banyaaakkk lagi benda basic yang takde. contohnya macam mug. basic kan? kalau dahaga malam2 nak bancuh air panas ke. lepas tu minyak gamat. pfftt...masa baca list ni akak2 dah start kuar asap dari idung. 

ritu momma gi langkawi punya la borong minyak gamat berbotol2. 
sekali si budak ni tak bawak pun. sengaja je nak bankrapkan akak2 and kayokan en.mydin tuhh...

benda basic2 boleh bawak dari rumah tapi takk. membazir jee. masa beliau kat k.klawang, 2minggu sekali telepon bgtau ada je barang tinggal. sis no. 3 la yang mithali selalu balik and jadi mangsa menghantar barang2 yang tinggal. hoho. 

so, mengenangkan kali ni beliau duduk jauh, layankan aje la selagi mampu.malas nak pikir2 sampai kuar asap lagi... tu kalau tak belajar rerajin lagi, memang saja je nak testing akak transform jadi naga bebetul. 

dengan bro. no9 ni memang banyak bersabar. karenah dia ni lain macham sikit. kat luar nampak cam cool je, padahal kaki sentapp...tegur sikit merajuk. tegur banyak nak lari dari rumah. mana la akak dia tak tension. bila tension, rasa cepat lapar. napsu makan pun menjadi...mana tak demok..pffttt..

so sebab akak2 tengok banyak benda yang takde, merasa la buat lawatan ke mydin kali ke-2. tu semua RM tu.. T_____T

sebelum tu ktorg singgah makan kat Teluk Cempedak. 
kali ni bawak kamera tapi gambar kat seremban plak. tunggu la sis no.10 bagi gambar... 
gambar makanan takde la tapi. tak sompek nak amik sebab masing2 lapar tahap dewa. pagi bfast mihun je. pastu kol 4 baru lunch. 
ktorg order:

sayur- cendawan. cendawan butang goreng biasa
lauk- sotong cili. aku nak sotong goreng tepung tapi tepung habis =(
tomyam seafood, kerabu sotong dengan telur dadar. 

mula2 ingat dah banyak la order. sekali (lepas 30min) brother tu hantar lauk dulu, nasi 5 minit kemudian baru hantar. nasi sampai, lauk yang tinggal telur dadar dengan tomyam. lain semua dah lesap. hahaha... lapar sangat kata kau. terus order siakap 3 rasa, sotong and cendawan lagii.....

lepas  tu brother kedai datang kata sotong habis...pffttt...pulok. tadi tepung, ni sotong habis. huhu

setel apa yang patut, gerak balik dalam kol 6 gitu. 
benti kat muadzam untuk minum and tukar driver. 
sampai seremban dah pukul bpe tak hingat. 
lepastu pengsann...heh.

itu baru cerita sorang adik. iolls ada 8 orang adik lagi. bayangkan....
yang cakap aku gawang la, kasar la tu semua sebab kesan sampingan bersilat bergaduh dengan adik2 sekalian. 
nak harapkan momma ku nak garang2 takde makna nyee...sekejap je lepas tu sikit2 tak sampai hati. biasala mak2 jiwa taufufa... dulu time muda2 je beliau gawang. kejar aku satu rumah pastu pukul guna hanger. kemain dulu aku lari ingat dah cukup laju da. rupanya idok. kaki dulu pendek. huhu...
dah kena belasah, nangis2 terus tido... esok, buat perangai balik. hahaha ;) 

harapnye adik2 semua berjaya la hendaknya...
ilmu je boleh tolong korang. 
mak apak bukan orang senang
nak harapkan akak2, sekarang tengah sololist boleh la.
sok da ada family sendiri, korang kena belajar berdikari okieh...

tapayah nak bercinta monyet ke cinta beruk ke tu semua doniaaa
tapi nak admire orang bulih..hahaha...sebab iolss dulu admire orang la jadi rajin belajar. walaupun tak pandai mana pun.hahaha.



No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...