Thursday, 4 November 2010

RINDU datang lagi

nahh...hari ni aku merindu lagi...
pada dia yang mungkin tak pernah mengerti...
hari ni aku cuba untuk memperbaiki diri...
cuba untuk tidak lagi membenci...

sepatutnya aku berterima kasih kepada dia yang sudi meminjamkan kasih sayang walaupun sekejap...aku yakin dia ikhlas.dia bawa aku pulang ke kampung, melayani karenahku yang aku akui memerlukan banyak kesabaran...walaupun hanya sementara, hanya sekejap tapi itu kenangan indah..

aku tak sepatutnya menyalahkan dia kerana menyayangi orang lain lebih dari aku.lebih- lebih lagi orang itu dikenalnya sebelum aku. lelaki ini TUHAN kurniakan dengan hati yang besar..yang boleh memahami, mencintai, menyayangi lebih dari seorang wanita dalam satu-satu masa...dan, yang paling dia cintai itulah yang akan dipilih..(the best girl win.)
kenangan, kegembiraan, cerita yang dikongsi bersama walaupun tak banyak tapi cukup membuat hati perempuanku tersentuh apabila teringat. dia sentiasa ada cara untuk membuatku kembali tersenyum..
dia seperti teman tempat ku bergaduh...seperti kekasih tempatku bermanja...seperti abang tempatku meluahkan rasa..kini, aku kehilangan....
hari ni aku terkenang pada pelukannya yang terakhir sebelum dia semakin menjauh...sangat kejap seperti tak mahu melepaskan..tanpa sebarang kata, dia pergi...kadang2 aku jadi emosi sebab aku mahukan penjelasan samaada aku masih diperlukan..

terasa seperti diperbodohkan tapi mungkin dia pun rasa serba salah memilih antara dua.sepatutnya aku lebih arif sebelum jatuh sayang, jatuh cinta. mungkin ini yang terbaik untuk kami. mungkin dia akan lebih bahagia disana..

aku tak boleh menipu mengatakan yang tak guna menangis kerana dia. aku tak boleh menipu yang aku tak merinduinya..yang aku membencinya kerana hakikat sebenar, aku masih menyayangi, masih merindui dan masih menangisi pengakhiran hubungan yang terjalin tanpa kata2..

terkadang sedar dari mimpi indah, aku terkedu dengan perasaan sendiri yang merindu..betapa dulu masa aku susah, dia rela menemankan aku tidur dalam kereta yang sempit dan panas..banyak benar kenangan tapi biarlah ia untuk tatapan aku seorang. terkadang menung di petang hari, teringat si dia makan apa hari ni...mahu saja aku memanjangkan langkah menghantar makanan (jarak tempatku ke tempat kerjanya sangat dekat)..tapi aku harus sedar dengan cinta, datangnya tanggungjawab..dia ada tanggungjawab terhadap kekasih hati..dia ada hati yang perlu dijaga...

sepatutnya aku bersyukur masih dikurniakan perasaan..mungkin TUHAN memberi aku merasa cinta dan kecewa berulang kali untuk aku lebih menghargai...menghargaiNYA sebagai TUHAN..mungkin aku semakin melupakanNya..ya Allah, betapa aku alpa dalam dunia yang telah kau cipta...

untuk engkau yang pernah aku sayangi dan masih menyayangi hingga saat ini;

terima kasih sayang kerana memberi aku peluang menyayangi
terima kasih sayang kerana memberi aku peluang merasa rindu
terima kasih sayang kerana kau aku semakin tabah
walau hati masih merindu, aku hanya mampu bersuara melalui mata...semoga kamu memahami
tapi, kau tak perlu risau...aku sedang belajar memahami dan melupakan...eyh, bukan melupakan tapi cuba memadam perasaan yang tidak patut hadir dalam diri ini.
maafkan aku terhadap kekhilafan ku yang terlanjur mencintai..nyata, soal hati susah untuk dimengerti...maafkan aku perempuan yang lemah dengan perasaan..yang mudah terharu bila kau memberi pertolongan..mudah terharu bila kau sedia berkorban..yang mudah jatuh cinta~~~

berbahagialah kau dengan pilihan hati...doakan aku akan berjumpa dengan sang kekasih yang boleh mencintai seperti kau mencintai dia...

hari ni aku bertatih menjadi seorang yang optimis..untuk sentiasa memikirkan yang baik2...semoga ini akan menjadikan aku lebih tabah... mungkin inspirasi ni dapat dari auntie nani yang penuh sifat keibuaan dan penyayang...terima kasih~~~

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...