Tuesday, 21 June 2016

Sale Raya 2016!!!

Salam....

Hari tu aku ada pergi Vietnam untuk shopping raya... Dah alang2 tu, ada beli lebih sikit kot ada sesapa berkenan....

Ada naelofar and bokitta original copy, telekung, kain pasang, beg...

Nak let go harga murah2 je...

1) Superdry Dry Bag (foldable) Size L

 Color dari kiri:- Hitam (SOLD), Hijau Lumut, Merah, Biru (SOLD), Kelabu (SOLD), Orange
    
Pandangan belakang dan Sisi
   
         
 
Description beg:
- Kalis air
- Satu compartment khas untuk laptop
- Ruang beg besar and muat letak few barang lagi (baju hujan, wallet, etc)
- Satu hidden pocket kat luar untuk phone / ID card etc
- Sesuai untuk brader2 rider hati kental yang selalu redah hujan~~
- Untuk tutup beg, lipat dari atas dan lock
 
Price: RM150 (without postage)
 
2) Superdry Dry Bag (foldable) size M
Color dari kiri:- Electric  Blue, Merah, Hitam, Kelabu, Dark Blue, Light Grey
 
Bahagian dalam beg
 
  
 
 
 
Description beg:
- Kalis air
- Satu compartment untuk laptop
- Satu hidden pocket diluar
- Satu pouch kecil untuk letak phone / ID card etc
- Untuk tutup beg, zip, lipat dan lock
 
Price: RM120 (without postage)
 
3) Superdry Zip Bag
 


Description beg:
- Kalis air
- Semua zip kalis air
- Satu compartment untuk laptop
- Banyak poket kecil di luar

Price: RM135 (without postage)

4) Japanese Cotton Bidang 60
 
 
Design dari atas kiri and ke bawah: Biru bunga putih, Pink Love, Biru bunga kecil, Purple leapord, Hijau bunga pink, Hijau daun & Purple bunga chrysanthemum
Warna diatas slightly different daripada original sebab pengcahayaan.

If berminat untuk tengok, whatsapp 011-37065158.

Price: RM65

5) Bokitta
Bokitta Voila - Hitam bunga, coklat love, putih polkadot pink, hitam M, Putih biru, pink belacan, putih hitam

 
Bokitta Basic (dari atas kiri): - Purple biru, purple pekat, purple belacan, pink belacan, pink, merah, orange cream
(bawah dari kiri):- Coklat, kelabu, electric blue,biru, striking blue, hijau pucuk pisang, kuning mustard  
 
Bokitta Voila Maxi
6) Naelofar printed



Stock adalah limited ya, kalau berminat whatsapp terus Ida (+6011-37065158).

COD
Weekdays - Seremban, Alor Gajah
Weekend - Shah Alam


 

Monday, 20 June 2016

SeQy Beauty: BB Cream terpaling best sesuai untuk kulit Asian

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share apa yang aku pakai untuk hari2 gi kerja, gi Tesco, gi jalan2....

Sebelum ni, rutin aku akan pakai toner | krim siang | temulawak | bedak | eyeliner.
Krim siang dengan temulawak ni belasah je apa brand pun sebab kulit aku takde masalah sangat....
Cuma yang tak best nya, bila berjalan banyak and berpeluh, start la muka berminyak & aku perasan setiap 2 or 3 hari je pori2 aku start penuh (korang faham tak pori-pori penuh tu camne?) especially tang hidung sebab aku kuat peluh kat hidung :P


Until one day (2014 kot), favourite blogger aku Sepet bagitahu dia keluarkan produk BB Cream.
Yang buat aku yakin dengan Sepet sebab dia ni graduate Pharmacist. So, bahan2 kimia ni memang dia kenal. And dia jenis yang akan study setiap produk yang dia jual dulu untuk dia benar2 yakin before jual and explain kat orang.... Dan dari explanation dia, boleh Nampak dia betul2 faham apa yang dia baca and buat dan bukannya copy paste dari Mr Google je...

Tapi, masa tu aku still baca dan perhati dari jauh je sebab dah memang perangai aku. hehehe...

Lama2 bila dah banyak testimony wanita jelita (favorite word Sepet :P) lepas guna produk SeQy, aku pun try la...

Aku pernah cuba nak substitute BB Cream SeQy dengan BB Cream yang melambak dekat farmasi (aku pernah cuba May*****ne, Sil*****L, Ha** Lo**) yang oil based, water based tapi semua pun still berminyak dan buatkan pori2 aku cepat tersumbat (tak sukaaaaa!!)

So, end up aku kembali semula ke SeQy.
Dah nearly setahun since aku guna BB Cream Seqy and lepas cubaan bertukar ke brand lain and gagal, aku nekad nak setia dengan BB Cream Seqy je...

Ada 3 code: Fair, Natural and Brown.

Tapi yang aku pakai is Natural. Ada orang suka mix kan Natural and Brown tapi ikut suka laaaa... Aku ok je Natural ni. hehehe...
Apa yang bestnya SeQy based on pengalaman aku - ringan, flaw less tak sumbatkan pori2...
Punyala tak boleh berenggang dengan SeQy, aku bawak ke Melbourne, Korea mana2 semua aku bawak.

Percaya tak kalau aku cakap sekarang ni rutin aku toner| BB Cream SeQy | Lipstik. Itu aje. Kadang2 kalau rajin sikit baru calit eyeliner (I'm malas like that :P)

Kalau nak cuci, aku just guna Cleanser by SeQy Beauty.

Ni tahun lepas bulan 8 kot. Nampak macam glowing ni pasal aku baru je lepas berpeluh. Tak tau la orang lain, tapi aku kalau pakai BB Cream SeQy and berpeluh, dia akan effect gini...huhu
Ni sebenarnya aku tengah berpeluh giler. Tapi tetap menten je BBCream. tak capuk pun....
Ni muka peluh jugak tapi tak pakai BBCream. So glowing effect tu takde :P

Masa team building bulan 9 tahun lepas. Pepanas terik relax je~~
Yang paling aku amaze and rasa nak share dengan korang is pengalaman aku sendiri guna BB Cream SeQy Beauty masa dekat Melbourne...
 
Masa aku pergi Melbourne kan musim panas, and kerja petik buah pun bawah panas tapi kulit aku tak terbakar sangat sebab ......aku make sure before gi kerja sapu SeQy...
 
 

Tengok kakak aku kat belakang tu dah sunburn teruk giler tapi aku sunburn lite2 je sebab aku memang make sure calit BB Cream before gi kerja

Ini masa last day kat Melbourne. Walaupun cuaca Nampak sejuk tapi UV kat sana still tinggi. So, SeQy beauty sangat berguna...
Ini seminggu lepas balik dari Melbourne. Ada event bawah panas dekat Bangi. Still sunburn but recovering~~ and tak lupa routine BB Cream SeQy

Nah satu lagi selfie dengan BB Cream SeQy
 
Muka gi kerja~~
Just in case korang wonder macam mana rupanya close up. Ini aku hanya pakai toner + BBCream + eyeliner... floles sangat tu idokle tapi elok je macam pakai bedak...Sorryla aku tak banyak amik gambar close up.

Cuaca kat Korea memang sesuai sangat pakai BBCream. Effect glowing dia lainmaciam :P *gambar depan kaunter sewa kereta*
Ni gambar last day kat Korea. Cuaca + peluh tak menghalang untuk menten jelita :P BBCream tak capukkk (masa ni calit BBCream + lipstick SAHAJA)



Fungsi dan Kelebihan BB Cream
 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Menutupi cela di muka.
  • Sebagai bedak asas.
  • Lebih ringan dari foundation.
  • Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
  • Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
  • Melambatkan penuaan.
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Bahan-bahan dalam BB Cream by Seqy Beauty


Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol
Lama jugak la aku pakai before aku war-warkan kat sini. Sebab aku nak betul2 puas hati before aku nak ajak orang lain pakai....
Untuk cleanser aku takde bukti bergambar nak cerita kehebatan dia. huhu. Cuma aku boleh kata, puas hati <3 baru="" cuba="" font="" kena="" sendiri="" tahu="">

Selain BBCream yang menjadi kecintaan aku, SeQy jugak ada set skincare, sakura mask & terbaru kolagen & losyen XXS...
Taknak cakap banyak korang boleh tengok sendiri contoh testimony yang SeQy dapat:
 



 Kalau rasa nak cantik raya nanti boleh whatsapp Ida +6011-3706 5158 untuk order.

Sempena ramadhan, SeQy ada promo baik punya.... Lekas wei... Raya lagi 3 minggu je lagi...




  

Friday, 17 June 2016

Busan & Jeju - Day 5 (Part 1) - Nampo Subway Shopping Heaven, Gukje Market

Sekejap je masa berlalu dah hari ke-5 di Busan....
 
Pagi tu Raihan merajin masak breakfast nasi lemak :)
 
Dah alang2 ada cooking facilities, lebih baik manfaatkan, ye dak?
 
Nasi lemak instant brahim senang je rebus2 gitu.
 
Satu kotak portion untuk 2 orang makan tapi kitaorang share bertiga...
 
Seafood semalamnya ada lebih, bawak balik and kita panaskan jugak.
Thank you for the food!
Plan asal nak keluar awal pagi tapi cuaca pagi tak menyebelahi kitaorang.
 
Hujan lebat giler T__T
 
Mula2 decide nak tunggu reda tapi dah kol 11 lebih pun hujan tak berhenti.
 
Luckily ada baju hujan standby from Malaysia & pinjam paying guesthouse :)
 
So, we decide to redah aje...

 

Hujan + angin kuat... T_T
Aiseyman lupa nak catat Day 5 & 6. Takpe, aku tulis berdasarkan ingatan aku je la ya. Kebanyakkan nya betul tapi storyline mungkin tak exactly sama.

Disebabkan masih hujan, first destination - Nampo Dong subway.

Kat situ ada jual macam2 barang. Nak kata macam version uptown or pasar karat kat Malaysia pun boleh. Ada macam2 barang - baju, kasut, beg, mekap, jaket semua ada... cuma sediakan duit je~~

Kat sana kitaorang jumpa face mask (brand biasa jela tapi), beli hand cream and face mist.

Masa Day 4 aku macam perasan ada satu kedai ni jual beg 10,000 won tapi bila cari balik tak jumpa...

Ain ada la jumpa seluar tapi kaki dia kecik, boleh la. huhu. aku tak berani pasal kaki aku ni limited edision sikit. hehehe...

Pusing2 jumpa kuih ni. Macam wafer tapi bentuk ikan and ada inti. Kitaorang beli inti kacang & cream...




Sedapnyaaa
Dah masuk zuhur, kitaorang cari spot tepi2 kawasan and solat gilir2.

Amik wudhu kat toilet tapi mind you ya toilet diaorang laki pompuan dipisahkan dinding separuh aje.... nak ke toilet pompuan memang akan lalu depan toilet lelaki. So, pepandai la cover mata tu ya jangan ternampak yang bukan2 :P

Takde gambar solat tapi itu first time aku solat in public and memang experience sangat!

Cuma, orang kat sana, dia tak biasa dengan Islam and tak familiar dengan practice kita so bila Nampak 3 pompuan buat something yang extraordinary, diaorang akan tends to jalan slow2 bila lalu depan kawasan kitaorang solat. Slow je and perhatikan kita.

Even pakguard pun lalu lalang depan kitaorang 2,3 kali. Itu yang mencabarnya bila jalan kat tempat orang. Tapi as long as diaorang tak kacau, so ok la kan :)
 
 

Macam2 barang ada

Aku guna SeQy BBCream Code Natural + lip tint sahaja. Muka kekal fresh :)


Kitaorang teruskan perjalan sepanjang Nampo subway ni untuk ke Gukje Market.
 



Tak boleh ramai2 tengok map nanti pening. So, tugas aku adalah bergambar, bergambar, bergambar :P


Lepas ask around, akhirnya sampai la ke  Gukje Market!
 





Kat sini nak cari souvenier korea~~
 
Keychain, fridge magnet, ketip kuku, tshirt semua ada... Harga lebih murah dari Jeju Island. Contoh, kat Jeju t-shirt selai 12,000 won tapi kat sini, 3 helai 10,000 :)
 
Kualiti not that bad. Bukan nipis sampai boleh Nampak tuttt :P
 
 
And, rajin2 la survey 2,3 kedai. Aku terkena satu kedai ni. Ahjumma ni memang peramah. Harga satu magnet 2,500 won and bila beli banyak sikit dapatla murah 1,800 won. Masa tu aku happy sangat la sebab murah sekaliiiiii tempat lain 1,500 boleh dapat...
 
Takpe, rezeki ahjumma tu...
 
Kitaorang tak pusing habis sebab dah petang and angin kuat. Sebab takut hujan, kitaorang gerak cepat2...
 
 
Tapi sempat lagi menyinggah makan tteobokki spicy rice cakes & odeng... Sejuk2 dapat hirup sup panas2 memang sedap...



 
Licin aku makan :)

Next entry Gamcheon Village ya...

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...