Wednesday, 7 June 2017

Hiking Irau for the first time

Aku dengan Nurul selalu akan check each other punya schedule untuk plan aktiviti fitness kitaorang #idaJourneyToViper

since tinggal berapa hari je lagi nak ke Viper Challenge, aku ajak Nurul naik Gunung Datuk untuk  test stamina aku. Tapi minah tu dah plan ke Irau pulak.... Tengok schedule memang dah pack, so ntah macam mana aku cakap nak ikut Irau untuk test stamina.

Gunung Irau or orang panggil Mossy  Forest ni memang famous (untuk hikers). Aku busy tak sempat nak research betul2 pasal Irau ni so nekad je la nak go through. Literally, aku tak expect apa2. Aku tak research cuaca, tak research pasal trail, tau tau hanya serah diri je masa 15hb haritu...

14hb lepas balik kerja, kami ber4 satu kereta and Hazman drive kereta sendiri, gerak dari Simpang Ampat dalam jam 9.30pm macam tu. Mula2 perjalanan, Nurul drive and aku tido. Singgah je RnR Sg Buloh, aku take over drive sampai ke Brinchang.

Diaorang suruh lalu Tapah sebab lagi dekat. Tapi aku kenal diri aku so aku decide exit Simpang Pulai je lebih senang. Rupanya tak senang mana pun. Kalau dah nama pun drive malam, every selekoh pun kau rasa cuak....

Alhamdulillah Tuhan mudahkan and sampai Brinchang dalam jam 4.30am. Lepak dulu Masjid Sultan Abu Bakar and tido sampai la Subuh.
Bersihkan diri and berkumpul di 7E Nova Hotel.

Di sana kami diberi taklimat ringkas oleh team Tebing Tinggi Backpackers (TTB) tentang Irau.
Encik Andy explain yang trail Irau adalah W.
Starting point adalah puncak Brinchang, then kena turun kebawah and mendaki untuk sampai ke Mini Irau. Official time ke Mini Irau adalah 2jam.
Dari Mini Irau kena turun kebawah and mendaki untuk sampai ke Puncak Gunung Irau. Official timing dari Mini Irau ke Puncak adalah 1jam.

Masa briefing tu, aku perhati je ahli group yang lain. Nampak fit je masing2. Budak Melaka 4 orang tu memang aku tau fit. Barulah timbul kesedaran dihati and rasa berdebar-debar.

Dari 7E ke starting point (Puncak Brinchang) dalam 10min menaiki 4WD. Sampai di sana, stretching sikit, berkenal-kenalan and amik gambar apa yang patut.

Phase 1 - melalui tangga / jambatan kayu.
Dekat sini lagi aku dah fail kawal nafas. Guide kitaorang si Mat Di ajar cara bernafas yang betul (inhale guna mulut, exhale melalui hidung) untuk steadykan jantung balik.

Muka masih boleh senyum lagi time ni :)
Phase 2 - trail hutan hingga ke Mini Irau
Pernafasan dah better tapi masih perlu berhenti sekejap especially lepas memanjat
Trail sentiasa lembap dan berlumpur. Pakai kasut getah RM10 je kalau malas nak sental kasut... Probability nak termasuk lumpur 50-50. Kena pandai cari tempat pijak yang sesuai and stabilkan diri dengan berpaut dekat mana2 dahan. Cakap pasal berpaut ni, dont bother nak bawak hiking stick sebab both hand kena free untuk berpaut / panjat etc. Advisable pakai glove sebab nanti tangan kotor macam mana nak pegang kamera? hehe... Aku ambil masa dalam 2.5h untuk sampai Mini Irau sebab tak biasa / tak pandai nak cari jalan. Main redah je lumpur tu yang jadi berat and slow

Oh ya, lagi satu, aku memang pakai beg hiking tapi silapnya semuaaaa barang nak bawak. Ini pun jadi penyebab lambat~

Phase 3 - Mini Irau ke Puncak Irau
Kesilapan terbesar aku adalah rehat terlalu lama di Mini Irau. Kalau jenis macam aku yang slow, rehat sekejap je cukup sebab bila dah terlalu lama rehat, badan berat lagi oiii...Aku tinggalkan backpack dekat Mini Irau and hanya bawak sebotol kecil mineral (tumpang beg orang) and of course handphone.
Mula2 journey, aku tak jauh dari geng2 USIM. Tapi makin lama, diaorang makin laju. Aku masa tu seluar dah berat sebab asyik tenggalam dalam lumpur T_T

Aku dah terpisah dengan geng USIM tapi tak risau sangat sebab aku tahu guide dengan sorang lagi hiker ada dekat belakang. Most of the time aku sorang (adalah hikers lain tapi tak kenal pun). Dekat sini la mencabar sikit sebab ada part yang kena panjat batu... Nasib baik ada hikers lain baik hati tolong. Syukur sangat Tuhan bagi pertolongan dari macam2 cara.

Masa ni dah start rasa penat giler. Dahaga tapi air dekat orang lain. Nak tenaga tapi coklat tumpang beg orang jugak. Sepanjang jalan aku tak putus2 berdoa pada Tuhan agar lindungi perjalanan aku and kuatkan semangat aku untuk sampai puncak. Masa ni, penat lelah aku hanya Tuhan je yang tahu.

Aku  bukan dari background yang fit (on the way nak fit tapi jauuuhhh lagi perjalanan) so track Irau ni adalah satu cabaran yang sangat besar buat aku.

Guide bagitau sebelum ni, 2pm adalah cut off untuk dia. By hook or by crook, 2pm dah kena turun. Alhamdulillah, aku manage untuk sampai puncak pada jam 1.30pm. Masa sampai je puncak and nampak je Nurul, Akhtar and K.jiji, terus aku nangis... hahahaha
Tak sangka dapat sampai jugak puncak pada ketinggian 2000m dari paras laut...

Diaorang ada provide lunch pack tapi aku tak makan habis pun sebab terlalu penat kot so tak rasa lapar. Nak bergambar beria pun takde mood sangat sebab pada aku, biarlah Tuhan jadi saksi aku dah sampai sini. huhu.

By 2pm, kitaorang gerak turun.

Phase 4 - Puncak Irau ke Mini Irau
Penat tapi masih boleh teruskan perjalanan. Nurul and Akhtar jalan tak jauh pun. Tapi aku tak suka. Sebab aku tau aku hanya akan melambatkan timing diaorang and membuatkan diaroang lagi penat. Takpe, biar aku jalan sorang.Masa ni no backpack boleh la turun laju. Bila kutip balik backpack, rasa nak tercabut bahu.

Phase 5 - Mini Irau ke Jambatan kayu
Remember aku cakap trail Irau ni W? Kalau tadi dah puas turun, kena la naikkk balik..
Trail dia semakin berlumpur sebab dah ramai yang lalu. Ini yang mencabar sangat2 especially bila kau tengah penat.

Mula2 dari Mini Irau kena turun dulu. Masa ni everytime kena melangkah kayu tinggi or turun dari batu tinggi ke, mana yang larat aku buat. Mana yang tak larat tu, aku redha je slide down.

Seluar memang dah berlumpur sampai ke pinggang.
Beg aku kebetulan ada kakak ni (group hiking sama tapi dia jauh kebelakang) tumpang beg mekap dia.... Ditambah dengan air mineral 1.5 liter, coklat 4, banana 2, roti etc memanggg sangat berat. hahahha

Gelak je yang aku mampu sebab takkan kau nak tinggalkan barang2 tu kan?
So, dengan gigihnya aku kendong la sampaii K.jiji offer nak tukar beg.

Masa balik ni K.jiji memang jalan tak jauh dari aku sebab dia risau hari dah start gelap. Masa dia tukar beg tu, dia cakap patutlah aku stress sebab memang berat giler. hahahaha...

So, ktorang teruskan perjalanan turun naik panjat batu, panjat akar semua...
Nak menyesal pun dah tak guna sebab kalau berhenti bukan ada orang boleh dukung bawak keluar. hahaha...
Lama2 bila aku semakin slow (kasut berat, badan berat), aku suruh K.jiji jalan je dulu taknak bagi dia penat sama. In the meantime aku ikut je mana2 group kat situ.

Alhamdulillah, Tuhan sekali lagi mudahkan perjalanan aku dengan temukan aku dengan guider yang baik2. Walaupun aku  bukan dari group diaorang, tapi diaorang ok je aku menyelit.

Phase 6 - Jambatan Kayu
Masa jumpa jambatan kayu tu happy syukur sangat. Tapi siksaan belum berakhir tau.
Kena naik tangga, turun tangga sampai la ke starting point. Tak jauh pun. 5-10 minit dah boleh sampai.
Tapi masa tu badan aku penat giler and that was the longest 10 minutes in my life.

Irau ni tak susah tapi jugak tak senang.
Siapa yang memang fit, stamina tinggi, insyaallah takde masalah.
Siapa yang kurang fit macam aku, mental la kena kuat sebab combination trail yang lembab + berlumpur + sejuk memang sangat mencabar.

Walaupun aku bukan la hebat mana, tapi ni tips aku untuk siapa yang nak hiking Irau ni. Semoga bermanfaat:
1. Free hand baby. Toksah nak bawak hiking stick sebab tangan kita perlu berpaut, senggayut etc dekat tengah2 hutan tu. Aku punya hiking stick memang suci je balik tu sebab tak guna langsung...
2. 2 weeks before pergi, training la sikittt especially naik tangga sebab Irau ni memerlukan kaki yang kuat untuk memanjat / melangkah.
3. Rajin2 exercise high knees. Coach aku memang stress kan(read: bebel) aku untuk excersice high knees. Masa kat sana, baru aku sedar manfaatnya... huhu... Kaki tak stress bila kena melangkah besar / tinggi.
4. Cuaca di hutan tu sejuk. Tapi masa hiking pakai selapis dua pun dah okay sebab badan kita akan berpeluh and tak rasa sejuk sangat. Tapi bila balik, cuaca makin sejuk and masa tu la korang perlukan windbreaker / jacket untuk kurangkan sejuk.
5. Cuaca di sana sejuk (ulang lagi. hahaha). So, korang takkan cepat rasa dahaga (dibantu dengan pernafasan yang betul jugak). Takyah bawak air banyak2 buat berat beg je...Makanan pun bawak coklat 2,3 jenis je untuk energy recovery.
6. Pakai kasut and pakaian yang kalau kau rasa malas nak basuh, tak sayang nak buang. haha...serius wei lumpur dekat baju susah giler nak hilang.
7. Invest dekat the right bag sebab kalau pakai beg yang bukan2, nanti akan sakitkan badan korang -_-

Itu aje la kot. Lets layan gambar. Ni banyak mintak dari orang sebab aku terlalu penat untuk bergambar....


Beautifully scary







Apa nama ni? Periuk kera eh? banyak kali jumpa kat sana

See... cantik kan?
Imagine lalu trail macam ni -_-


Muka budak baru lepas nangis :P
Done! Lumpur sampai pinggang weii...

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...