Thursday, 19 January 2017

Jogjakarta: Day 1 and 2

Awal tahun haritu aku dan 3 orang lagi member kick start 2017's trip ke Yogyakarta (sebutan Jogjakarta). Kitaorang pergi 4H3M tapi yang betul2 berjalan hanyalah 2 hari je. Flight pergi tu dah petang 3pm after 2.5jam, sampai sana around 5.30pm waktu Malaysia or 4.30pm waktu Indonesia. 
Excited jumpa Family Mart (sebelum ni jumpa kat korea) dekat KLIA2. Tu yang terbabas beli aiskrim tu :)

Dapat seat sebelah tingkap.... Excited weiii
Cepat2 amik gambar before kena halau dengan security. hahaha.

Adisujipto airport ni kecik je. Kecik lagi dari airport Langkawi. So, dari entrance ke kastam and ke luar, memang dekat je and cepat settle. 

Aku beli tiket ni masa AAGo tengah promo, dapatla hotel + return flight + tax + credit card processing fees dalam 332. Kalau bayar pakai cc memang kena charga ituari dalam 40++ for 3 pax. 

Bilik kitaorang for 3 nights :) Bukan la banyak bintang (3 tingkat je and lif pun takde) tapi sangat selesa...



 
Lepas sampai, dari airport singgah hotel sekejap check in and direct pi rumah Makcik Raihan untuk makan. Malam tu makan sedappp gilerr especially sambal tomat dia. Sambal diaorang takdela pedas sampai pijar bontot tapi cukup pedas untuk buat aku nak lagi nak lagi. Tengah taip ni pun dah kecur air liur T_T

Thank you ibukkkkk..... Sedap bangatt... Sambal tomatnya belum sampai masa ni
Waaaa teringat ingat sampai sekarang. Makan panas2 and kunyah cili potong T_T

Makcik dia prepare Ungkep Ayam, Sambal Tempe kering, sambal tomat and risoles. Risoles ni adalah sejenis kuih isi dia ayam and makan dengan cili api or cicah sambal tomat memang sedapppp giler. Ish sampai hari ni tak boleh move on...

Lepas dah settle, jalan sekejap gi supermarket untuk beli breakfast (aku beli biskut and air) and terus balik hotel. 

Oh ya, taxi dari airport kalau jenis MPV is 100,000 IDR. Kalau sedan tak silap dalam 80,000 IDR je. Masa tu makcik raihan pun ikut sekali so tak muat sedan kita amik MPV. 


Esoknya around 8am supir jemput di hotel and off we go to --- Candi Borubodur. 

9am+/- sampai borubodur and terus masuk. Since masa tu hari Sabtu, ramai giler pelancong Indonesia ada yang trip sekolah, ada yang trip liburan. Entrance fees adalah 260,000 IDR. 

Ramai giler orang masa ni...

Peta taman? candi ni. Kat bulatan tu la terletaknya candi







Lepas dah masuk, ada banyak option nak ke Candi. Boleh jalan kaki, boleh naik beskal and boleh naik tram. Kitaorang pilih naik tram. Fees 7,500 IDR and dapat mineral 300ml free. 


Bukan tram la Ida tapi kereta Mini :P
Candi ni adalah sangat besar and sangat tinggi. Tujuan gi sana just untuk jalan2 and appreciate orang dulu2 punya artwork. 



View dari tempat drop off


Besar gilerrr and tinggi


Macam mana la diaorang ukir benda2 ni semua kan?


Banyak gambar amik tapi view nya sama je di setiap tingkat. Yang membezakan, makin tinggi, makin kau nampak gunung Merapi dengan jelas. 

Tapi Merapi masa tu tertutup dengan awan so jalan2 tengok candi jela.

Settle semua dekat exit tu ada banyak kedai2 souvenier, shopping2 sikit 11am kita gerak ke Kalibiru pulak...

Masa tu nak lunch awal lagi so kitaorand decide nak gerak terus gi Kalibiru. 
Kalibiru ni yang jauh. Dari Borubodur 2 jam perjalanan....  

Kalibiru ni sebenarnya adalah dusun buah tapi since dia atas gunung, view adalah sangat cantikk..... 

Nak pi sana mengaum la kete nak panjat gunung. haha... tapi jalan dia tar so okla. 

Parking fees dalam 5,000 IDR je. Dari parking nak ke entrance memanjat lagi. 
Kat situ setiap orang entrance fees 10,000 IDR. Pak Arep (supir kitaorang) cakap boleh beli tiket spot photo terus dekat entrance. 
Tapi disebabkan pergi time weekend, tiket photo spot available dekat setiap spot je. Korang boleh tengok and pilih spot mana yang berkenan di hati...

Setiap spot tu ada charge berbeza. Aku rasa ok je tak mahal sebab memang cantik and diaorang siap safety gear lagi. 



Spot2 amik gambar

Price di setiap spot foto

Map Kalibiru
 Mind you, kalibiru ni atas gunung so kawasan dia ada yang kena mendaki sikit, ada yang kena naik tangga, ada yang kena turun tangga. 

Kitaorang tak cover habis pun sebab penat. hahahahahaha... Walaupun takdela mencabar fizikal giler tapi takde tenaga sebab belum lunch. hahaha


The nearest spot adalah 1-3. Kalau nak naik high rope, siap2 la pakai seluar woi sebab dia adalah ala2 flying fox. Aku pakai dress so kimsalam la nak seksi seksi kat situ kan... 

Ain tanya berapa lama nak tunggu, diaorang kata 3 jam. pehhhh.... berdarah hidung nak tunggu. walaupun memang gambar cantik tapi kitaorang taknak la buang masa tunggu. 


So pusing2 in the end tanya spot panggung and masa menunggu 30minit je. Apa lagi, cecepat bayar....
Spot panggung dari kamera handphone...Nampak tali tu? itula tali untuk spot high rope / flying fox

Ni bukan spot foto tapi tempat menunggu. Masa ni bukan rezeki kitaorang tak nampak pulak buah2...nampak pokok je~~

Ini tengah contemplating nak turun ke tak. haha... dah penat dah masa ni. sana sini hijauuu je

Ini gambar dari official photographer
Dari atas spot panggung ni boleh je nak amik gambar selfie sendiri tapi angle official photographer dia yang paling cantik... 

Kalau nak softcopy gambar2 ni, charge dia adalah 5,000 IDR satu. kitaorang amik dalam 27 keping kot. Transfer dekat satu handphone and later whatsapp each other. 

Dah puas bergambar and dah lapar, cepat2 turun and gi cari makan. 

Pak Supir bawak kitaorang gi satu kedai ayam penyet ni. Taktau la katne. tau2 dah sampai je. 

Dekat situ terus solat jama' takhir. 

Aku order ikan nila. Ingatkan ikan apa rupanya ikan talapia. Ranggup tapi aku rasa ayam lagi sedappp. 

Banyak kitaorang order masa tu. Sambal Ijo and Sambal terung sedapp. Pecal sedap. Cumi sedap. uihhh banyak la sedap2. Gambar makan tak banyak sebab kata dah gigil lapar kan. hahahha...padan muka. masa tu makan nearly 6pm. 
 
Dap2


Board kaler oren belah kiri tu adalah Top 10 sambal kat sana.

Total bil 252,000 IDR untuk 6 orang makan tapi divide 4 je sebab ibuk and Pak arep tu kitaorang belanja. Jadi, cost seorang dalam 42,500 IDR or RM14.30 je. Murahhh bangattt...

Sampai hotel dalam jam 8pm macam tu. Awal tapi memalam mana ada aktiviti. So, rehat kat hotel je la.

Hotel ni namanya The Grove Express Hotel. Walaupun simple je tapi wifi laju,international adapter ada, iron ada, tilam empuk. Apa lagi nak? Lift je la takde tapi 3 tingkat je so okay la...

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...