Thursday, 19 January 2017

Jogjakarta: Day 1 and 2

Awal tahun haritu aku dan 3 orang lagi member kick start 2017's trip ke Yogyakarta (sebutan Jogjakarta). Kitaorang pergi 4H3M tapi yang betul2 berjalan hanyalah 2 hari je. Flight pergi tu dah petang 3pm after 2.5jam, sampai sana around 5.30pm waktu Malaysia or 4.30pm waktu Indonesia. 
Excited jumpa Family Mart (sebelum ni jumpa kat korea) dekat KLIA2. Tu yang terbabas beli aiskrim tu :)

Dapat seat sebelah tingkap.... Excited weiii
Cepat2 amik gambar before kena halau dengan security. hahaha.

Adisujipto airport ni kecik je. Kecik lagi dari airport Langkawi. So, dari entrance ke kastam and ke luar, memang dekat je and cepat settle. 

Aku beli tiket ni masa AAGo tengah promo, dapatla hotel + return flight + tax + credit card processing fees dalam 332. Kalau bayar pakai cc memang kena charga ituari dalam 40++ for 3 pax. 

Bilik kitaorang for 3 nights :) Bukan la banyak bintang (3 tingkat je and lif pun takde) tapi sangat selesa...



 
Lepas sampai, dari airport singgah hotel sekejap check in and direct pi rumah Makcik Raihan untuk makan. Malam tu makan sedappp gilerr especially sambal tomat dia. Sambal diaorang takdela pedas sampai pijar bontot tapi cukup pedas untuk buat aku nak lagi nak lagi. Tengah taip ni pun dah kecur air liur T_T

Thank you ibukkkkk..... Sedap bangatt... Sambal tomatnya belum sampai masa ni
Waaaa teringat ingat sampai sekarang. Makan panas2 and kunyah cili potong T_T

Makcik dia prepare Ungkep Ayam, Sambal Tempe kering, sambal tomat and risoles. Risoles ni adalah sejenis kuih isi dia ayam and makan dengan cili api or cicah sambal tomat memang sedapppp giler. Ish sampai hari ni tak boleh move on...

Lepas dah settle, jalan sekejap gi supermarket untuk beli breakfast (aku beli biskut and air) and terus balik hotel. 

Oh ya, taxi dari airport kalau jenis MPV is 100,000 IDR. Kalau sedan tak silap dalam 80,000 IDR je. Masa tu makcik raihan pun ikut sekali so tak muat sedan kita amik MPV. 


Esoknya around 8am supir jemput di hotel and off we go to --- Candi Borubodur. 

9am+/- sampai borubodur and terus masuk. Since masa tu hari Sabtu, ramai giler pelancong Indonesia ada yang trip sekolah, ada yang trip liburan. Entrance fees adalah 260,000 IDR. 

Ramai giler orang masa ni...

Peta taman? candi ni. Kat bulatan tu la terletaknya candi







Lepas dah masuk, ada banyak option nak ke Candi. Boleh jalan kaki, boleh naik beskal and boleh naik tram. Kitaorang pilih naik tram. Fees 7,500 IDR and dapat mineral 300ml free. 


Bukan tram la Ida tapi kereta Mini :P
Candi ni adalah sangat besar and sangat tinggi. Tujuan gi sana just untuk jalan2 and appreciate orang dulu2 punya artwork. 



View dari tempat drop off


Besar gilerrr and tinggi


Macam mana la diaorang ukir benda2 ni semua kan?


Banyak gambar amik tapi view nya sama je di setiap tingkat. Yang membezakan, makin tinggi, makin kau nampak gunung Merapi dengan jelas. 

Tapi Merapi masa tu tertutup dengan awan so jalan2 tengok candi jela.

Settle semua dekat exit tu ada banyak kedai2 souvenier, shopping2 sikit 11am kita gerak ke Kalibiru pulak...

Masa tu nak lunch awal lagi so kitaorand decide nak gerak terus gi Kalibiru. 
Kalibiru ni yang jauh. Dari Borubodur 2 jam perjalanan....  

Kalibiru ni sebenarnya adalah dusun buah tapi since dia atas gunung, view adalah sangat cantikk..... 

Nak pi sana mengaum la kete nak panjat gunung. haha... tapi jalan dia tar so okla. 

Parking fees dalam 5,000 IDR je. Dari parking nak ke entrance memanjat lagi. 
Kat situ setiap orang entrance fees 10,000 IDR. Pak Arep (supir kitaorang) cakap boleh beli tiket spot photo terus dekat entrance. 
Tapi disebabkan pergi time weekend, tiket photo spot available dekat setiap spot je. Korang boleh tengok and pilih spot mana yang berkenan di hati...

Setiap spot tu ada charge berbeza. Aku rasa ok je tak mahal sebab memang cantik and diaorang siap safety gear lagi. 



Spot2 amik gambar

Price di setiap spot foto

Map Kalibiru
 Mind you, kalibiru ni atas gunung so kawasan dia ada yang kena mendaki sikit, ada yang kena naik tangga, ada yang kena turun tangga. 

Kitaorang tak cover habis pun sebab penat. hahahahahaha... Walaupun takdela mencabar fizikal giler tapi takde tenaga sebab belum lunch. hahaha


The nearest spot adalah 1-3. Kalau nak naik high rope, siap2 la pakai seluar woi sebab dia adalah ala2 flying fox. Aku pakai dress so kimsalam la nak seksi seksi kat situ kan... 

Ain tanya berapa lama nak tunggu, diaorang kata 3 jam. pehhhh.... berdarah hidung nak tunggu. walaupun memang gambar cantik tapi kitaorang taknak la buang masa tunggu. 


So pusing2 in the end tanya spot panggung and masa menunggu 30minit je. Apa lagi, cecepat bayar....
Spot panggung dari kamera handphone...Nampak tali tu? itula tali untuk spot high rope / flying fox

Ni bukan spot foto tapi tempat menunggu. Masa ni bukan rezeki kitaorang tak nampak pulak buah2...nampak pokok je~~

Ini tengah contemplating nak turun ke tak. haha... dah penat dah masa ni. sana sini hijauuu je

Ini gambar dari official photographer
Dari atas spot panggung ni boleh je nak amik gambar selfie sendiri tapi angle official photographer dia yang paling cantik... 

Kalau nak softcopy gambar2 ni, charge dia adalah 5,000 IDR satu. kitaorang amik dalam 27 keping kot. Transfer dekat satu handphone and later whatsapp each other. 

Dah puas bergambar and dah lapar, cepat2 turun and gi cari makan. 

Pak Supir bawak kitaorang gi satu kedai ayam penyet ni. Taktau la katne. tau2 dah sampai je. 

Dekat situ terus solat jama' takhir. 

Aku order ikan nila. Ingatkan ikan apa rupanya ikan talapia. Ranggup tapi aku rasa ayam lagi sedappp. 

Banyak kitaorang order masa tu. Sambal Ijo and Sambal terung sedapp. Pecal sedap. Cumi sedap. uihhh banyak la sedap2. Gambar makan tak banyak sebab kata dah gigil lapar kan. hahahha...padan muka. masa tu makan nearly 6pm. 
 
Dap2


Board kaler oren belah kiri tu adalah Top 10 sambal kat sana.

Total bil 252,000 IDR untuk 6 orang makan tapi divide 4 je sebab ibuk and Pak arep tu kitaorang belanja. Jadi, cost seorang dalam 42,500 IDR or RM14.30 je. Murahhh bangattt...

Sampai hotel dalam jam 8pm macam tu. Awal tapi memalam mana ada aktiviti. So, rehat kat hotel je la.

Hotel ni namanya The Grove Express Hotel. Walaupun simple je tapi wifi laju,international adapter ada, iron ada, tilam empuk. Apa lagi nak? Lift je la takde tapi 3 tingkat je so okay la...

Monday, 26 December 2016

2016: Ida year of exploration

2016 dah nak sampai penghujung. Tahun ni aku boleh conclude sebagai tahun "Exploration". Ni ada sebab kenapa exploration?

1. Trip to Melbourne in February :)
1st oversea trip yang aku book and plan sendiri...
Ini la permulaan aku berani book flight sendiri :P
Aku ada cerita detail dekat sini





2. Trip to Busan and Jeju in Apr/May
1st trip dengan kengkawan yang aku belajar buat trip research. The best trip so far :) *baru 2nd trip je pun duhhh~~~* Detail cerita kat sini

 
 
 



3. Surprise evaluation in June :)
This is by far, the sweetest surprise during 2 years working in H. The best gift is the unexpected gift. Aku dapat lebih dari apa yang aku jangka.Thank you Allah. 

4. Trip to Vietnam in June
1st oversea trip dengan adik beradik (tak semua la tapi). Ini tak ada entry sebab 1. tak sempat sebab aku busy menyelamatkan dunia. haha.  and 2. tak banyak nak cerita sebab ni solely trip untuk cari barang bisnes.

Aku melabur banyak untuk trip and barang2 kat sini. Bukan Berjaya sangat tapi it something worth trying :)

The best thing about Vietnam adalah kopi dia. super super love. sehari 3 kali aku minum. hehehe

Kopi susu

Kopi O

Simple coffee stall setup

5. Trip to Langkawi in September
Aku ada bias opinion terhadap Langkawi sebelum ni. Langkawi = coklat je. Padahal, sebenarnya aku yang tak open up more to explore T_T
Ni 2nd time aku sampai sini tapi balik dengan pengalaman yang berbeza dari yang first. Trip ni lead by Nurul and best giler sebab aku berjaya atasi (bukan selesaikan lol) kegayatan aku :P

Walaupun skydiving tu adalah piece of cake untuk certain people, untuk aku, ia adalah satu pencapaian yang paling hebat..haha
Laman PADI

Skywalk

Gayattt tapi bestttt :)

5. Change of Dept Head
Last October, aku dapat new boss :) 
Too early to tell samaada kita boleh work as a team or not but doakan kerjaya aku ya....
 
6. Bukit Kayu Putih
Ini satu lagi kejayaan aku mengatasi gayat. Bukit Kayu Putih ni kalau google view dia adalah sangat cantik, tapi, kena hiking naik batu yang tinggi... Untuk orang gayat macam aku, ini memang boleh kategori sebagai success! <3 font="">





 
7. First time ice skating
Selain gayat, my sense of balancing is sangat2 teruk. Tapi aku survive main ice skating with minor injury :)


 
8. Bangkok with strangers
Tahun ni adalah kali ke-3 aku jejak ke Bangkok. And semua pun sebab business trip. Tapi yang bezanya kali ni, aku open myself up untuk mingle dengan colleague dari Negara lain and with language barrier, we manage to explore Bangkok together :)
Asiatique

 


Tunggu train
Alhamdulillah atas anugerah kesihatan yang diberi untuk aku melangkah jauh. Alhamdulillah atas peluang yang Tuhan bagi untuk aku melihat keindahan di Negara luar.
Alhamdulillah atas rezeki yang Tuhan bagi untuk aku survive throughout the year ---> masih ada kerja, ada rumah untuk berteduh, ada duit nak makan dan bayar segala bil dan hutang piutang.

Alhamdulillah :)

The only resolution aku yang tak tercapai adalah untuk kurus. hahaha.... Tapi takpe, kita carry forward lagi ke tahun depan apa ada kes kan?

Azam 2017 aku:

Personal Development
1. Capai ideal weight before VIPER Challenge April 2017
2. Start saving untuk ke Mekah :)
3. Settlekan hutang 'jahat' (credit card and PTPTN)
4. Start saving untuk rumah :)
5. Stop unnecessary shopping :P
6. Tamatkan zaman bujang? doakan ya!

Career Development
1. Start new things in life (change job scope)
2. If no.1 fail, take professional paper. Be bold.

So, apa azam tahun baru korang?



Wednesday, 30 November 2016

This, too, shall pass

Hmmm....
ada banyak draft entry tapi aku still tak publish sebab gambar belum transfer2 lagi
sampai aku rasa kalau cerita2 aku ni adalah sejenis mangga, dah lama jadi jeruk :P

nak start dari mana pun tak tau. haha...

masa memang mencemburui aku for the past months
busy memanjang.
weekdays balik lewat, weekend kadang2 masuk ofis
lumrah kerja la kan tapi kadang2 aku rasa berbaloi ke aku kerja sini? haha
tapi rezeki aku kat sini, tak patut mengeluh kan...

tak sabarnye nak habiskan peak period and regional audit ni
lepast tu boleh la gi jalan :)

.
.
.
.
.
tajuk kat atas tu, sesuai sangat untuk aku time tengah stress2 ni
sebab setiap kesedihan kita, dia takkan selamanya stay
just go with the flow and harungi nya~~
because, this, too, shall pass
 

Thursday, 1 September 2016

When life give me lemon

When words are limited, lets picture do all the talking~~
 
 
 
 
 
 
 

The most important thing to remember is:-
 
 
 
 
 


August has been a roller coaster month for me. There were times when I feel like going somewhere isolated from everyone. But I have to be real and be sensible. No matter where I go, there are always bills to pay, car that needs gas, house that needs maintenance, family to care. So, I shouldn't let anyone to just break into my life, turn it upside down and ruin everything. I should take charge of what is happening and atleast take care things that effect me personally.

Or maybe this is a signal for me, to pause from whatever worldly things that is happening and just pray harder.

Oh ya, when life give me lemon, take it like an adult and make a juice out of it ;)

Thursday, 14 July 2016

Busan (Day 6): Hard to say goodbye


Day 6 bangun awal pagi... Around 5.30am bangun, mandi and siap2....
Sedihnya nak say goodbye to Busan :(
 
Cuaca Alhamdulillah cantik. Tak hujan so senang nak berangkut ke airport...
 

View awal pagi dari Austin Guesthouse

Rinduuu
 Walaupun makan susah nak cari (sebab tak pandai speaking Korean) tapi yang lain2 tu best sangat.
Kalau tak pergi, tak tahu...

On the way ke airport tak henti2 cakap nak migrate ke Busan. hahaha...
Tapi itula, aku ni tak cukup "daring" nak tetiba migrate. Aku pessimist sikit selalu ada what if T___T
Tanggungjawab hutang piutang kat Malaysia banyak belum langsai...huhu..
The only reason yang akan buat aku migrate is kalau kawin orang sana which is mimpi je. haha
:(
Dari guesthouse ke nearest subway memang kitaorang jalan kaki berangkut la beg 2,3 bijik sorang. haha... Sempat lagi ditegur sorang ahjumma ni. Dia ajak minum2 dulu tapi tak sempattt... aaaaa...kalau sempat memang kitaorang ON je.

Beg aku la yang paling tak praktikal. Masa datang eksyen sebab rasa macam susah je nak bawak luggage turun naik tangga...

Rupanya masa balik aku yang susah pasal depan belakang nak carry beg yang berat sepanjang jalan ke subway and member 2 orang rilek je tarik. hahaha...

Korang yang ada hati nak shopping bila travel tu, takyah la nak acah2 backpackers sangat... Bawak je luggage tu senang nak tarik2. Toksah risau turun naik tangga leceh sebab dekat subway ada je lif (derrr....)



Beg beranak pinak. Imagine macam mana aku bawak? Macam penguin ok jalan T___T
3 beg aku sorang jeee.... kitaorang memasing 3 beg sorang T__T


Dalam train awal pagi pun ramai orang. Ada yang gi kerja, budak sekolah etc

 
 Betul2 sedih masa dah sampai airport. Rasa macam tak caya je dah nak balik. Tak puas betul dok sana setakat 5 hari. Kalau la boss bagi cuti panjang2 T__T
 

See... beg beranak pinak...Semuaorang sama je...

Goodbye Busan. Goodbye Korea



Goodbye Busan... See u again...

#hatikutertinggaldikorea


Aku takde promise kat sesiapa nak bagi total expenses kat sana tapi sebab aku tengah mood baik, meh la nak share sikit kos yang incurred.

Dalam entry awal2 tu ada aku share sikit kos transportation. Tapi kat sini aku share lagi sekali semua kos incurred (Exchange rate 1000KRW=RM3.48)
Air Transportation: KL-Busan-Jeju-Busan-KL (RM1,113)

 
Land transportation: (RM245)
 
Accomodation: Motel, Hostel and Guesthouse(RM332)
3 basic expenses untuk mana2 percutian - Air transportation, Land transportation and Accomodation. Settle je 3 benda ni, memang dah boleh tarik nafas lega....

Next, set aside budget untuk entrance fees (kalau ada) and FOOD..... hehe..
 
 
Entrance Fees: 2 tempat je yang kitaorang pergi kena entrance fees...  

Bekal makanan dari Malaysia: RM30.40 je sorang

Makanan di Korea: RM416. Total makanan Malaysia + Korea = RM74/day untuk 6 hari 5 malam

 
Aku sengaja letak detail apa yang aku makan sebab nak bagi gambaran kos2 kat sana. Compare to Malaysia, ada makanan yang murah (contoh: strawberry) and ada makanan yang mahal (contoh: seafood). So pepandai korang la nak bajet macam mana.

Macam kitaorang tak sekat makanan tapi berpada-pada. Tu pun still mahal T__T tapi dah alang2 datang sana, lets puaskan hati dengan apa yang nak makan. Balik Malaysia takde la ralat ke apa.

That's why pentingnya buat bajet and ada tabung untuk travel.

Saje aku tak masukkan berapa spent untuk souvenier sebab lain orang lain taste dia. Apa yang aku beli korang mungkin  tak beli.

Total semua kat atas = RM2,170

Berapa kos travelling ni sebenarnya depends pada kita jugak sebenarnya. Ada orang tak kisah tak dapat tengok cherry blossom janji tiket murah. Ada orang tak kisah makan megi hari2 sepanjang percutian and tak terliur dengan makanan local kat sana. Ada orang travel nak selesa taknak jalan kaki jauh2... terpulannggg laaa duit memasing kan... Janji tak berhutang or menyusahkan orang.

So, ada ke yang nak gi Busan and Jeju nanti?? bestnyaaa kirim salam la orang kat sana. hahahha...

Jeju aku memang nak repeat lagi sebab tak puas kot haritu..huhu...


Untuk reference entry2 sebelum ni:

Preparation Day
Day 1- (Part 1) (Part 2)
Day 2- (Part 1) (Part 2)
Day 3- (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4)
Day 4- (Part 1) (Part 2)
Day 5- (Part 1) (Part 2)
 

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...