Tuesday, 17 June 2014

He get married, and I get a sister =)

Halluu....

Hati rasa nak update, tapi diri selalu feeling busy. haha. life macam biasa lah, ada turun naik busy nya
Anyway, 31.05.14 haritu abang sulung aku dah selamat bernikah dengan pasangannya Nur Khairunissa Tan =)

Aku rasa sepanjang hidup aku (amboii, macam kan dah lama hidup.hihi) ni la kenduri yang paling simple. 

End of April, tetiba abang aku announce kata dia nak kawin 31.05.14
Boleh tak? dia bagi sebulan je untuk preparation!

Disebabkan kak ipar aku ni muallaf, so, dia request nak buat nikah belah lelaki. 

So, we decided ok. Insyaallah urusan baik Allah akan permudahkan =)
dan Alhamdulillah, memang rasa dipermudahkan sangat. 
Pengantin uruskan borang2 apa yang patut, mak aku uruskan katering dan lain2. Kakak aku, kebetulan dia tengah menanam anggur kat rumah, maka secara unofficial-nya, dia jadi assistant merangkap driver mak aku kemana saja mak aku pergi. heee..

Aku pulak kerjanya beli barang hantaran sikit2. 
Mula2 ingat tak nak hantaran2 ni. Tu kan semuanya adat? yang penting - yang nak dikahwinkan, yang nak mengahwinkan, akad dan mas kahwin nye =D
Tapi makcik aku kata biarlah nak bagi kenangan kat pengantin.
Okla, nasib baik Makuda aku volunteer nak gubahkan hantaran...

Last minit, katerer yang dah janji nak pasang khemah kensel sebab dia busy banyak majlis. So, takde kakitangan yang cukup nak pasang.
Alhamdulillah, sekali lagi dipermudahkan, mak aku dapat sewa from another katerer. 

Gitu gini, 30hb ktorg adik beradik kumpul dekat rumah Wan, kemas apa yang patut. 
Besok 31hb final touch up. 
Kitaorang buat style hi-tea sebab majlis pukul 5 baru start. 

Pukul 4 petang, tetamu dah slowly datang. 
Jemputan tak ramai, dalam 200 orang sahaja. 
Close friend and family sahaja. 
Itupun, mana sedara mara yang tak dapat datang tu, takde kecik hati ke apa. siapa dan apa adanya lah. 
sebab tujuan utama menikahkan dan mewar-warkan pernikahan. 
Kalau dah jemput tu kira dah mewar-warka la. terpulang masing2 ada kelapangan, datanglah. 

Ini je la yang termampu di snap. Orang ramai sesangat...
200 pun, terasa tak menang tangan sebab jemputan datang lebih kurang serentak. 
lepas nikah, makan pun serentak. 
Boleh tak disebabkan busy terlampau (aku pun tak ingat apa yang aku busykan. setakat jadi penyambut tetamu je pun. haha), aku tak sempat nak amik gambar makanan.
Dan paling best, malam tu before tido, perut aku berkeroncong. Terus teringat, rupanya tak sempat makan pun... tsk. tsk.. 

Menu hi-tea ktorg petang tu:
1) Bihun goreng singapore (katerer)
2) Karipap 2 jenis (katerer + makcik aku sponsor)
3) Kuih Keria (katerer)
4) Kuih donut (sponsor)
5) Cakoi (sponsor)
6) Mee kari (sponsor)
7) Teh tarik (sponsor)
8) Soya (sponsor)
9) Koktel buah

Dalam last minute tu, ada jugak hamba Allah yang sempat nak sponsor sikit2 buat tambah. 
Itupun makanan banyak berlebih (kalau aku sempat makan, mesti tak banyak yang tinggal. haha). ada tetamu yang siap dapat bawak balik berkat. =)

Anyway, syukur. Akhirnya, hajat mak aku nak bermenantu dah tercapai.
Anak sulung, menantu sulung. Suka la hati beliau. 
Kak ipar aku ni fav color dia purple tau, mak aku tiap kali jumpa barang purple nak belikan untuk diaorang -__-" 
amboiii sangat tu. terus jadi kesayangan kot. 

Syukur ke hadrat Ilahi, walaupun dalam masa sebulan (omg. tak percaya kot!), semua urusan dipermudahkan. 
Tapi, ktorg memang keep it to the simplest way possible. 
yang penting, rukun nikah. 

Parents aku dengan their in laws. Rosdi_Tan family

The Tan's family. 
Ini ajelah gambar yang sempat. Itu pun korek2 dari kamera akak aku. 
dengan anak sepupu aku...
Sebab majlis buat lewat petang, tetamu dah settle makan, memang aim nak balik je. lagi2 yang jauh nun kat KL. 
Itu yang non-stop pengantin bergambar je. busy nau. sampai ktorg takde gambar family. 
gambar dengan adik beradik perempuan adalah, itupun sekeping je kot. T____T
Takpela, lepas ni bukan tak boleh amik gambar sesama, bolehhh je. cuma diaorang tak pakai baju pengantin je lah. tsk. tsk. 

-------------------------------------------------------------------------------
Next weeknya, family angkat abang aku buat majlis bersanding. Mulanya 2 pasang pengantin je. Tapi since abang aku dah selamat, diaorang add in jela..

Majlis bersanding dekat Pulau Misa Melayu, Bota Kiri, Perak... 

Kitaorang gi mengiring ni satu kereta aje. 
Benda last2 minit ni, planning kurang, bajet pun takde la banyak. 
So, apa ada jela. 

Bersanding ikut tradisi Melayu lama
Pengantin - close up
Orang happy dapat menantu...

Dua orang budak tu adik aku no 9 dengan no 12
le me, le big sister, le not so small sister...
Semoga dipermudahkan segala urusan rumah tangga korang. 
Dimurahkan rezeki, rumah tangga diberkati.
yang terutamanya, semoga cinta sampai syurga =)

2 comments:

  1. Semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat.. :)

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" . Kalau dah join tQ ek.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. .tahniah untuk abang n famili. .cantik kakak baru Ieda. ;)

    ReplyDelete

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...