Sebenarnye takde apa nak dikisahkan sangat
Epal ni baru beli tadi kat Mercato. Sebijik RM2 (sebenarnye RM1.99 tapi aku suka nak shotcut so bundarkan kepada sen terdekat. kalau 1.50 pun aku kata 2 hinggit. haha. macamkan apa sangat. pffftt)
Manis dan ranggup. bagus la buat snek di petang hari.
dah nak Ramadhan ni sibuk nak jaga makan konon.
kita tunggu jela apekah aku mampu bertahan dengan bazar yang bermacam tu. heh. dah memang napsu macam syaitoonn lagi nak salahkan setan tak dirantai.
Meja terabur bukan apa. stail kalau nak buat kerja.
kerja belum tentu lagi la tapi atleast ada usaha menyemakkan meja
dulu time study lagi best. siap tenggelam dalam lautan buku.
be it atas meja or atas katil. asal muat aku sepahkan buku. lepas tu selit diri diantara timbunan buku itu dan tidorr..haha
i'm keji like that. tapi suka je. cari ilham katanya.
entah. maybe stail kita lain2. stail ko duduk baca atas meja selak selai2. cara aku tido atas meja sambil mimpi ilmu masuk selai2. mungkin tu explain why keputusan tak semenggah mana. eh.
in some cases, aku kalau penat dimana saja boleh lelap mata. to that extent.
tula selalu rasa diri menteri bizi sana sini bisnes juta2, sampai dalam kelas pun tido.
tapi sekarang tabley buat itu macam. beza sangat hoii..
if diberi peluang repeat balik jaman belajar, aku tak berniat nak tukar stail belajar
cuma aku akan usahakan supaya tidor itu lebih sedikit dari belajar. baru cemerlang gemilang. haha
luckily one of the esaimen kena postpone next week,
boleh la settlekan apa yang patut, mana yang terhutang from 2 minggu punya esaimen
kalau minggu ni pun keluar, aku taleh bayangkan sakit kepala dia macam mana bila sampai ofis
keje tingkat2. pengsan @_@
Runningman pun aku dah lama tak hapdate.
berhantu weih. sapa yang belum pernah tengok JANGAN jebakkan diri
nanti tiap minggu ko macam ternanti-nanti
macam Candy Crush jugak la.
selepas di hasut-hasut, aku download apps terus tak benti main
sampai nak tido pun stress pikir kenapa tak pass2 level woih.
JANGAN la jebakkan diri.
dulu aku gila Farmville kat fesbuk
tak layan langsung orang chatting nak kenal ke apa
janji pokok bersiram, haiwan ternakan terjaga. gitu.
tak makan takpe, jangan tanaman withered. membaziaq katanya. padahal masa membazir hadap benda tu tak kisah T_______T
itu agaknye kenapa time belajar penat aku berganda-ganda
mana nak study, mana nak jadi petani lagi, nak keje part time lagi
ni semua bila dah start jebakkan diri, dia punya gigil kalau tak dapat main macam seminggu tak makan la.
peh. aku rasa game2 ni diaorang ada baca2 la. itu yang melekat je.
pastu dapat plak kengkawan pun sama naik syair kat telinga. mintak nyawa la apa la.
arrgghh!! stress. apa nak jadi ni doniaa??
ok, lagi satu nak war-warkan mengenai Projek Iqra
salah sorang pengasas ni kak sherry adalah alumni terendak
kira aku memang kenai la akak ni melalui ansara cuma tak berkesempatan bertentang mata je.
pada aku program macam ni adalah the right channel untuk menghulurkan bantuan kepada the right person yang memerlukan.
ada dua cara untuk hulurkan bantuan:
1) Taja sorang anak dengan nilai RM188 (tak kisah la macam mana korang nak share2 dengan member or family ke cane tapi sorang anak jumlah tajaan is RM188)
2) Jadi sukarelawan pada hari kejadian (27 July). Korang boleh pilih lokasi supermarket mana yang korang prefer untuk jadi sukarelawan. senang je. ambil anak jagaan, bawak shopping dan hantar balik. senang like that.
pada aku, daripada hulur singgit dua kat orang yang mintak derma dekat kedai2 makan tapi ko sangsi agenda diaorang, baik tapayah. pahala menderma tu insyaAllah la dapat. tapi, tak best la kan macam menggalakkan pulak 'aktiviti' macam ni. Contoh macam ini la. Sedih tapi aku boleh doa dalam hati je supaya ada insan yang lebih kuasanya, lebih pengaruhnya untuk keluarkan adik2 ni daripada perhambaan.
Pada yang ada rezeki lebih nak jadi penaja boleh la ke sini
Pada yang ada masa terluang dan tenaga terlebih boleh la apply jadi sukarelawan di sini
and the least you can do is hebahkan la perkara baik macam ni. tak susah. klik mana2 pautan kat atas dan share. eleh. korang kan ada pesbuk, twitter, semua kat ujung jari. setakat klik je. senang.
No comments:
Post a Comment