Tuesday, 15 August 2017

First time hiking Gunung Datuk

Assalamualaikum...

Last year December, aku dan Nurul gi hiking Gunung Datuk.
Untuk siapa yang belum pernah sampai Gunung Datuk, fasa pertama gunung datuk adalah almost 90'degree. Mencanak habis wei... Memang kena strongly control breathing.
So, kat situ lah yang aku fail T_T

Jantung rasa macam nak pecah and in the end aku suruh Nurul proceed je and aku tunggu dia kat bawah.
Tipu la kalau tak sedih kan sebab pergi sama2 tapi balik asing.
That's why aku masukkan hiking Gunung Datuk sebagai azam 2017 :)

So, 30 July haritu bila Nurul ajak hiking Gunung Datuk, aku ON aje walaupun hati ada nervous..hehe
On that day plannya pagi2 nak hiking tapi ada member yang lambat, in the end 8.40am baru start naik. Tapi sempat gak la breakfast nasi lemak :P

Before hiking
Dari parking, kena turun sikit and register dekat guardhouse. Entrance fees RM5 sahaja per person.

Track Datuk tak berubah, masih sama macam December 2016 tapi yang berubahnya aku jela. Stamina improved.
The first phase tu memang terasa azab nak habiskan. Trek berbatu and agak bahaya especially bila hujan so make sure pakai kasut yang mencengkam. If kasut tak cengkam, penat kaki nak tahan badan weiii....

2nd phase basically trek akar. Okla (ok kat sini bermaksud aku berhenti setiap 5 minit amik nafas. Hahaha). Lepas daripada 2 batu hampar (2 batu yang sangattt sangatt besar) baru jumpa puncak.

Along the way tu, everytime nampak batu memang aku tanya Nurul "kita dah nak sampai ke" "ini ke batu besar tu?" hahaha.... bertabahla Nurul and Akhtar layan aku.

Kitaorang sampai atas around 11.15am macam tu. 2jam 15minit - 2jam 30minit gitu. Badan berat memang lambat la. huhu...

Dah sampai atas ada tempat bergambar untuk puncak tapi sebab ramai sangat orang, kitaorang decide naik dulu puncak batu.

Nak lepas puncak batu ni kalau tengok gambar memang gayat weiii. Tapi kat sana ok je sebab tangga tu diikat kuat. Cuak sikit2 bila angin kuat tu normal la. hehehe...
Ini second tangga. First tangga rendah je. Aku tak sempat amik gambar

Ini tangga terakhir ke puncak batu. Memang beratur orang nak naik and turun. 

Sementara tunggu turn nak naik tangga last, kita posing sikit :P Ini kalau tergelincir memang nangis weiii kemain tinggi lagi T_T

Dah sampai atas. hehe...

4 orang pompuan + 3 lelaki. 

Dari kiri: Nurul, adik nurul, aku and cousin nurul


Orang sangat ramaiiii..

Kitaorang tak lama kat situ. Dah settle bergambar, tetiba hujan. memang lelaju la nak turun. Tapi takleh laju mana pun sebab still kena  beratur turun tangga. 

Masa dah sampai 1st tangga, masa tu 11.30am. Sampai guardhouse 1.00pm
Oklah sejam setengah je turun. So far aku turun Ledang, Angsi and Datuk aku boleh laju macam takde break. Maybe sebab jantung aku tak perlu work hard kot. Tak semput macam naik atas or maybe psychology je sebab aku takde pilihan lain. 
Bila naik, if penat aku ada pilihan untuk turun and balik --> that's why lambat
Bila turun, if penat, aku takde pilahan lain melainkan turun --> that's why cepat. hehe

Alhamdulillah, one of 2017 wishlist dah boleh strike off :)
 Cuma berat badan ni. bila nak strike off tah. huhu...
Since raya makan tak jaga. Diet kelaut. Naiikkkk balik berat 4kg T_T

Monday, 24 July 2017

My 29days to Viper Challenge 2017

This story was drafted a long long time ago. But, being busy with I-dont-know-what, it remain in my draft inbox until today. So today, let just finish it one and for all :P

....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
So, countdown from April 1st ada 29 hari lagi nak Viper.
Tapi diet makin ke laut.
1st and 2nd April ada belated Birthday celebration dengan the girlfriends
Kek dah confirm2 part of the menu :P
So, kesudahannya, naik balik ke 80kg (penimbang rumah)

This week aku looking forward untuk mulakan diet semula. Yoshhh....Gambate ne~~
.....................................................................................................................................................
Harini 12th April. Macam biasa, weekdays memang boleh control makan dengan makan bekal je. Tapi come weekend, memang kelaut.
Hari Sabtu lepas gi kenduri kawin Haida dekat Kapar. Makanan sedap2 memang akak tak tahan T__T
Hari Ahad balik seremban, pun makan nasi...
Lepas tu stress sebab berat naik... huwaaa....
So control balik and alhamdulillah, result penimbang hari ni dah 77.6kg.... Lompat bintang aku wei..

Weekend ni kitaorang akan naik Gunung Irau.
So, short term target aku adalah untuk kawal makan 2 hari ni so takde la  berat sangat badan masa hiking. 

p/s: I am 2.6kg away from getting the gold locket promised by Nurul. yeayy!!

.....................................................................................................................................................
Harini dah July...

Tapi entry #journeytoViper still tak habis lagi T_T
So, what happened was, seminggu lepas Mt Irau, aku hiking Gunung Angsi pulak.
Tak tinggi tapi putus napas jugak la T_T
Stamina aku improved dari dulu tapi belum terbaikk lagi...huhu...

Disebabkan diet tak berapa nak jaga, aku anggap hiking2 ni sikit sebanyak bantu stamina aku :P

So, on 29th April kitaorang bergerak ke Johor.
Aku, adik aku dan kawan dia tido dekat hotel dan Nurul and the gang tido rumah makcik dia.
Dah sampai Johor baru aku start nervous sebab countdown aku bukan days lagi tapi hours. Huwaaa....

30th April, 4am aku hantar adik aku dan kawan dia sebab diaorang volunteer, then, 7am macam tu jemput Ah Pek and Darrel before gi Medini.
Since Nurul janji nak jumpa awal, we assume kita akan bfast sama. Manatau dia dah bfast dulu -_-
Tu takpe, later dia belikan pisang and roti untuk alas perut.

Lepas register and warm up, flag off jam 9am.
Masa ni dah tak nervous tapi lebih pada whatever I just nak finish everything and balik. hahahaha...

Me with Pek
Dari 9-10 orang yang promise, tinggal ini aje. Itupun Aktar tu replacement...
Ni baju SCKLM 2016 tak silap. Ktorg #H memang janji nak pakai baju merah
Viper challenge ni konsep dia marathon + challenge. Means, kena lari la kan? Mula2 je aku lari sebab orang lain semua lari. Pastu bila dah penat dah terus tak kosser.

First obstacles after 500m adalah tayar + water T__T
The whole body basah berlumpur. And aku punya phone cover masa tu macam leaking sikit ada masuk air tanah. Memang buat aku cuak je.
First obstacle T__T
Lepas 1st obstacle, ada orang yang continue lari tapi since seluar aku berat (ni padahnya tak research betul2 before pergi), aku jalan je all the way...

In total ada 18 obstacles and mostly kitaorang ada try buat and successful. Obstacles yang susah (pada aku) adalah those yang melibatkan tangan (e.g., panjat tali, monkey bar) ada yang kitaorang skip terus ada yang cuba tapi fail. Bak kata Pek, every obstacle yang ktorang skip is a loss so we tried to minimize our losses dengan mencuba sebanyak boleh. hahaha. typical accounting background yang calculative :P

Disebabkan phone dalam casing and casing pun dah berlumpur, aku memang sangat malas amik gambar. Ada certain obstacles Nurul dah amik gambar, aku takde la keluarkan phone dengan harapan dia akan share gambar... Until today - tak...walaupun aku dah remind banyak kali. Takpela, kalau remind banyak kali orang tak bagi aku jugak yang sedih so biarla. If dia share nanti (hopefully), aku akan share jugak kat sini...

In the meantime, tengok jela apa gambar yang ada... Ada gambar tak clear sebab cover phone dah berlumpur and aku takde kain bersih untuk lap.... Jadi la kan buat kenangan :)


2nd obstacle - terkejut sebab I didnt expect besar macam ni. Rupanya ini bukanla teruk sangat. Dah hujung2 lagi teruk

Why tak teruk? Sebab kau still boleh guna both tangan and kaki + ada tali untuk berpaut...
Tayar trelar dia bagi aku... boleh terberanak kalau nak tarik sorang2 T_T

Kat mana2 manusia ramai tunggu giliran~~

Ini dah tak ingat obstacle no berapa. Aku try je tapi tak buat sampai habis sebab licin and tangan tak kuat

Ini pun try je tapi gambar aku dekat phone Nurul

Obstacle ni senang je. basically masuk dan jalan dalam lumpur. tapi yang tak tahannya, lumpur dia busuuukkk gila kot

Masa nampak ni aku happy gila sebab nampak SENANG. Tak ye. Kau kena imbangkan badan tapi ruang kaki limited and kaki kena senget plak tu. 
Ini taktau mana tapi still on track. Kelapa sawit kiri kanan~~

Dah tu je gambar yang dekat aku. Ada satu obstacle ni kena panjat kayu tinggi (refer pict google) and memang tak sangka aku berjaya walaupun terasa badan macam dugong berat ya ampun nak naik T_T
Tq sesangat pada yang tolong aku masa tu. Tak kisah dah kau team mana and kau siapa, just tolong each other. Terharu sungguh masa tu.
source: google. Tinggi okay macam 1/2 tingkat banggunan and the only way to panjat adalah dengan lompat and berpaut dekat tali which is super mencabar sebab tangan aku kan tak kuat nak berpaut~~
Dah naik tu satu hal, turun kau rasa macam mana? Takde maknanya tangga okay. Lompat. yes. lompat tiruk. salah lompat boleh tergeliat kaki... Masa turun cantik kalau ada orang tolong sambut but yang nak tolong tu kurus2 wei, tak sampai hati aku. Kalau nak tunggu kat atas menyemak pulak sebab orang ramai lagi nak naik.

Masa few obstacles terakhir, jalan memang literally aku seret kaki kot. Since aku tau kalau berhenti aku akan susah nak start balik so aku jalan je slow2 non-stop dengan kaki yang sakit. And alhamdulillah aku berjaya finish as one piece.
Finisher :)
 Those yang teringin nak join Viper, nasihat aku, join jela untuk experience. Kalau suka kau boleh teruskan, kalau tak suka atleast kau tau kau pernah try. But before all that, make sure stamina kena ada. Bukan sikit2 stamina kau diuji weiii....

As for me, aku rasa bangga giler kot dapat jadi finisher. Untuk join lagi maybe tunggu gila aku datang tapi as of today, aku rasa nak tepuk bahu sendiri and cakap "Syabas Ida"...hahahaha

Adakah ada next time?

Wednesday, 7 June 2017

Hiking Irau for the first time

Aku dengan Nurul selalu akan check each other punya schedule untuk plan aktiviti fitness kitaorang #idaJourneyToViper

since tinggal berapa hari je lagi nak ke Viper Challenge, aku ajak Nurul naik Gunung Datuk untuk  test stamina aku. Tapi minah tu dah plan ke Irau pulak.... Tengok schedule memang dah pack, so ntah macam mana aku cakap nak ikut Irau untuk test stamina.

Gunung Irau or orang panggil Mossy  Forest ni memang famous (untuk hikers). Aku busy tak sempat nak research betul2 pasal Irau ni so nekad je la nak go through. Literally, aku tak expect apa2. Aku tak research cuaca, tak research pasal trail, tau tau hanya serah diri je masa 15hb haritu...

14hb lepas balik kerja, kami ber4 satu kereta and Hazman drive kereta sendiri, gerak dari Simpang Ampat dalam jam 9.30pm macam tu. Mula2 perjalanan, Nurul drive and aku tido. Singgah je RnR Sg Buloh, aku take over drive sampai ke Brinchang.

Diaorang suruh lalu Tapah sebab lagi dekat. Tapi aku kenal diri aku so aku decide exit Simpang Pulai je lebih senang. Rupanya tak senang mana pun. Kalau dah nama pun drive malam, every selekoh pun kau rasa cuak....

Alhamdulillah Tuhan mudahkan and sampai Brinchang dalam jam 4.30am. Lepak dulu Masjid Sultan Abu Bakar and tido sampai la Subuh.
Bersihkan diri and berkumpul di 7E Nova Hotel.

Di sana kami diberi taklimat ringkas oleh team Tebing Tinggi Backpackers (TTB) tentang Irau.
Encik Andy explain yang trail Irau adalah W.
Starting point adalah puncak Brinchang, then kena turun kebawah and mendaki untuk sampai ke Mini Irau. Official time ke Mini Irau adalah 2jam.
Dari Mini Irau kena turun kebawah and mendaki untuk sampai ke Puncak Gunung Irau. Official timing dari Mini Irau ke Puncak adalah 1jam.

Masa briefing tu, aku perhati je ahli group yang lain. Nampak fit je masing2. Budak Melaka 4 orang tu memang aku tau fit. Barulah timbul kesedaran dihati and rasa berdebar-debar.

Dari 7E ke starting point (Puncak Brinchang) dalam 10min menaiki 4WD. Sampai di sana, stretching sikit, berkenal-kenalan and amik gambar apa yang patut.

Phase 1 - melalui tangga / jambatan kayu.
Dekat sini lagi aku dah fail kawal nafas. Guide kitaorang si Mat Di ajar cara bernafas yang betul (inhale guna mulut, exhale melalui hidung) untuk steadykan jantung balik.

Muka masih boleh senyum lagi time ni :)
Phase 2 - trail hutan hingga ke Mini Irau
Pernafasan dah better tapi masih perlu berhenti sekejap especially lepas memanjat
Trail sentiasa lembap dan berlumpur. Pakai kasut getah RM10 je kalau malas nak sental kasut... Probability nak termasuk lumpur 50-50. Kena pandai cari tempat pijak yang sesuai and stabilkan diri dengan berpaut dekat mana2 dahan. Cakap pasal berpaut ni, dont bother nak bawak hiking stick sebab both hand kena free untuk berpaut / panjat etc. Advisable pakai glove sebab nanti tangan kotor macam mana nak pegang kamera? hehe... Aku ambil masa dalam 2.5h untuk sampai Mini Irau sebab tak biasa / tak pandai nak cari jalan. Main redah je lumpur tu yang jadi berat and slow

Oh ya, lagi satu, aku memang pakai beg hiking tapi silapnya semuaaaa barang nak bawak. Ini pun jadi penyebab lambat~

Phase 3 - Mini Irau ke Puncak Irau
Kesilapan terbesar aku adalah rehat terlalu lama di Mini Irau. Kalau jenis macam aku yang slow, rehat sekejap je cukup sebab bila dah terlalu lama rehat, badan berat lagi oiii...Aku tinggalkan backpack dekat Mini Irau and hanya bawak sebotol kecil mineral (tumpang beg orang) and of course handphone.
Mula2 journey, aku tak jauh dari geng2 USIM. Tapi makin lama, diaorang makin laju. Aku masa tu seluar dah berat sebab asyik tenggalam dalam lumpur T_T

Aku dah terpisah dengan geng USIM tapi tak risau sangat sebab aku tahu guide dengan sorang lagi hiker ada dekat belakang. Most of the time aku sorang (adalah hikers lain tapi tak kenal pun). Dekat sini la mencabar sikit sebab ada part yang kena panjat batu... Nasib baik ada hikers lain baik hati tolong. Syukur sangat Tuhan bagi pertolongan dari macam2 cara.

Masa ni dah start rasa penat giler. Dahaga tapi air dekat orang lain. Nak tenaga tapi coklat tumpang beg orang jugak. Sepanjang jalan aku tak putus2 berdoa pada Tuhan agar lindungi perjalanan aku and kuatkan semangat aku untuk sampai puncak. Masa ni, penat lelah aku hanya Tuhan je yang tahu.

Aku  bukan dari background yang fit (on the way nak fit tapi jauuuhhh lagi perjalanan) so track Irau ni adalah satu cabaran yang sangat besar buat aku.

Guide bagitau sebelum ni, 2pm adalah cut off untuk dia. By hook or by crook, 2pm dah kena turun. Alhamdulillah, aku manage untuk sampai puncak pada jam 1.30pm. Masa sampai je puncak and nampak je Nurul, Akhtar and K.jiji, terus aku nangis... hahahaha
Tak sangka dapat sampai jugak puncak pada ketinggian 2000m dari paras laut...

Diaorang ada provide lunch pack tapi aku tak makan habis pun sebab terlalu penat kot so tak rasa lapar. Nak bergambar beria pun takde mood sangat sebab pada aku, biarlah Tuhan jadi saksi aku dah sampai sini. huhu.

By 2pm, kitaorang gerak turun.

Phase 4 - Puncak Irau ke Mini Irau
Penat tapi masih boleh teruskan perjalanan. Nurul and Akhtar jalan tak jauh pun. Tapi aku tak suka. Sebab aku tau aku hanya akan melambatkan timing diaorang and membuatkan diaroang lagi penat. Takpe, biar aku jalan sorang.Masa ni no backpack boleh la turun laju. Bila kutip balik backpack, rasa nak tercabut bahu.

Phase 5 - Mini Irau ke Jambatan kayu
Remember aku cakap trail Irau ni W? Kalau tadi dah puas turun, kena la naikkk balik..
Trail dia semakin berlumpur sebab dah ramai yang lalu. Ini yang mencabar sangat2 especially bila kau tengah penat.

Mula2 dari Mini Irau kena turun dulu. Masa ni everytime kena melangkah kayu tinggi or turun dari batu tinggi ke, mana yang larat aku buat. Mana yang tak larat tu, aku redha je slide down.

Seluar memang dah berlumpur sampai ke pinggang.
Beg aku kebetulan ada kakak ni (group hiking sama tapi dia jauh kebelakang) tumpang beg mekap dia.... Ditambah dengan air mineral 1.5 liter, coklat 4, banana 2, roti etc memanggg sangat berat. hahahha

Gelak je yang aku mampu sebab takkan kau nak tinggalkan barang2 tu kan?
So, dengan gigihnya aku kendong la sampaii K.jiji offer nak tukar beg.

Masa balik ni K.jiji memang jalan tak jauh dari aku sebab dia risau hari dah start gelap. Masa dia tukar beg tu, dia cakap patutlah aku stress sebab memang berat giler. hahahaha...

So, ktorang teruskan perjalanan turun naik panjat batu, panjat akar semua...
Nak menyesal pun dah tak guna sebab kalau berhenti bukan ada orang boleh dukung bawak keluar. hahaha...
Lama2 bila aku semakin slow (kasut berat, badan berat), aku suruh K.jiji jalan je dulu taknak bagi dia penat sama. In the meantime aku ikut je mana2 group kat situ.

Alhamdulillah, Tuhan sekali lagi mudahkan perjalanan aku dengan temukan aku dengan guider yang baik2. Walaupun aku  bukan dari group diaorang, tapi diaorang ok je aku menyelit.

Phase 6 - Jambatan Kayu
Masa jumpa jambatan kayu tu happy syukur sangat. Tapi siksaan belum berakhir tau.
Kena naik tangga, turun tangga sampai la ke starting point. Tak jauh pun. 5-10 minit dah boleh sampai.
Tapi masa tu badan aku penat giler and that was the longest 10 minutes in my life.

Irau ni tak susah tapi jugak tak senang.
Siapa yang memang fit, stamina tinggi, insyaallah takde masalah.
Siapa yang kurang fit macam aku, mental la kena kuat sebab combination trail yang lembab + berlumpur + sejuk memang sangat mencabar.

Walaupun aku bukan la hebat mana, tapi ni tips aku untuk siapa yang nak hiking Irau ni. Semoga bermanfaat:
1. Free hand baby. Toksah nak bawak hiking stick sebab tangan kita perlu berpaut, senggayut etc dekat tengah2 hutan tu. Aku punya hiking stick memang suci je balik tu sebab tak guna langsung...
2. 2 weeks before pergi, training la sikittt especially naik tangga sebab Irau ni memerlukan kaki yang kuat untuk memanjat / melangkah.
3. Rajin2 exercise high knees. Coach aku memang stress kan(read: bebel) aku untuk excersice high knees. Masa kat sana, baru aku sedar manfaatnya... huhu... Kaki tak stress bila kena melangkah besar / tinggi.
4. Cuaca di hutan tu sejuk. Tapi masa hiking pakai selapis dua pun dah okay sebab badan kita akan berpeluh and tak rasa sejuk sangat. Tapi bila balik, cuaca makin sejuk and masa tu la korang perlukan windbreaker / jacket untuk kurangkan sejuk.
5. Cuaca di sana sejuk (ulang lagi. hahaha). So, korang takkan cepat rasa dahaga (dibantu dengan pernafasan yang betul jugak). Takyah bawak air banyak2 buat berat beg je...Makanan pun bawak coklat 2,3 jenis je untuk energy recovery.
6. Pakai kasut and pakaian yang kalau kau rasa malas nak basuh, tak sayang nak buang. haha...serius wei lumpur dekat baju susah giler nak hilang.
7. Invest dekat the right bag sebab kalau pakai beg yang bukan2, nanti akan sakitkan badan korang -_-

Itu aje la kot. Lets layan gambar. Ni banyak mintak dari orang sebab aku terlalu penat untuk bergambar....


Beautifully scary







Apa nama ni? Periuk kera eh? banyak kali jumpa kat sana

See... cantik kan?
Imagine lalu trail macam ni -_-


Muka budak baru lepas nangis :P
Done! Lumpur sampai pinggang weii...

Thursday, 1 June 2017

Overwhelm

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan...

This past few months was too overwhelming for me. 
At work, I am busy with the transition phase. 
I was transferred from in-house auditor to New Model
It was a good move (am yet to decide whether it's a good choice) as I am able to learn a lot of new things. Things that I wont know should I remain in my previous post.

During weekend, I'm busy with my extra curriculum activities :P
Hiking, snorkeling, running you name it.
But it was fun and exciting knowing that I can do what I assume I cant do before.

Despite all the fun, my father passed away on 22nd June 17, 5 days before Ramadhan.
The feeling are surreal.
He was sick since 2011, and has been bedridden since late 2015 (if I remember it correctly).
Although he was sick, we always knew that he is there.
But now, the bed where he used to lie on is empty.

MAY specifically is a month of mix emotions.

And currently, I feel so overwhelm.





I dont know how to describe it but  this is what I feel like doing now~~



Happy fasting guys.
May this year bring more barakah in your life. 

Tuesday, 11 April 2017

What if...

 In order to believe, you need to see.

What if I tell you, seeing doesn't necessarily will lead to believing.
Are we blinded by our ego that we cant see things through and through?
Or is it our ignorance that we discard whatever we see?


Confusing huh?

People see differently from their own perspective, and although they have seen it, they can still end up not believing it.

How you see things depends on who you are.

You can see a glass half full as half empty.

I have been misunderstood by people hundreds time, and I do too make the same mistake.

Compassion, understanding, openness, common sense, our environments make all the difference.

If only we are more open to accept that.








Monday, 10 April 2017

Dear Allah,

I surrender my heart to you
Guide me to the path that you choose
Guide me to the person of your choice
Guide me to be a better person than I was yesterday

Life is a test, that's why it is not easy, that I understand.
but give me the strength to keep through this obstacles,
for I am weak,
for I am nothing without you.
for those people are nothing if you choose to.

I am at my weakness stage
I feel lost and vulnerable





Monday, 3 April 2017

Independent woman

Last weekend aku terserempak dengan ex-schoolmate di Dataran Pahlawan.
Masa tu phone Z5 aku rosak so I was on my way pergi Sony Centre

Dia dengan kawan dia. Kita ada short catch up.
Tapi yang buat aku terkesan (bukan terasa hard feeling ke apa. just terkesan dan buat aku berfikir) bila mereka (both S and kawan dia) tanya why aku jalan sorang. 2,3 kali jugak mereka tanya.

Tak salah pun tanya.

Cuma, aku nak tahu --- pelik sangat ke perempuan jalan seorang??

Aku tak tahu la orang lain, tapi aku ok je untuk jalan pergi mana2 sorang.
Shopping, makan, bayar bil, pergi bank, beli motor, beli kereta, servis motor, servis kereta, outstation...
Kalau ada orang teman tu bonus, kalau takde tak apa.
Sebab pada aku, if aku terus tunggu,  benda yang boleh settle awal akan jadi lambat.
Dan satu lagi, aku tak suka orang menunggu aku siapkan urusan aku (pernah jugak kena tunggu tapi bukan selalu).

Aku ni sejenis yang lambat warm-up.
Kalau pergi mana2 aku akan perhati keadaan sekeliling dulu before approach orang atau buat something.
Tapi once aku dah konfiden dengan keadaan sekeliling, aku akan lebih open up.
That's why ada masa2 aku rasa aku perlukan peneman. Tapi if keadaan memaksa, aku akan teruskan juga sebab if teruskan menunggu, sampai bila?

Aku yakin ramai lagi perempuan kat luar sana yang lebih independent daripada aku.
Tapi aku juga yakin masih ramai yang rasa pelik if perempuan jalan sorang2...


Kepada yang pelik tu, ketahui lah, kalau perlukan peneman, kami akan cari. Kalau ada yang nak teman, kami ok je. Tapi bila takde or keadaan memaksa, takkan nak tunggu? Hidup kenalah diteruskan ye dak :)

Bahaya tu betul. Tapi bahaya tu ada dimana-mana hatta rumah sendiri. Jadi, Tuhan sahaja lah tempat kami berlindung dari segala bahaya~~




Lastly... eh?








Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...