Assalamualaikum....
Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part.
31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up berjaya sampai puncak Fuji pada ketinggian 3776m dan kibarkan bendera Malaysia sempena Merdeka yang ke-62 tahun.
Siapa je yang tak kenal Fuji. Masa aku pergi Japan last year memang excited nak tengok Fuji. Alhamdulillah this year ada rezeki sampai puncak Fuji.
|
Berkumpul di Melaka Sentral |
Flight AA KUL - Haneda pada 28.08.19 @ 2.40pm.
Dari Melaka Sentral kitaorang naik bas ke KLIA2 jam 8am dan sampai around 10am.
Brunch di Mekdi and around 12.30pm baru check-in
|
Brunch siap2 dekat Mekdi |
|
Bacaan doa sebelum masuk gate |
|
Group photo |
|
Baju sponsored by Chikara Event |
Kami safely landed di Haneda airport jam 9.40pm waktu Malaysia or 10.40pm waktu Japan. By the time kami settle immigration dah pukul 11 lebih.
So masing2 amik port dekat level 2F Haneda airport untuk lepak and rehat sementara tunggu hari siang. Mula-mula tak selesa sebab terang sangat tapi paksa jugak tido.
4.30am aku bangun sebab dah start ramai orang and aku decide untuk mandi. Kos mandi 30minit = 1,080 yen = RM42.30 (rate tukaran 39.18). Same place macam last year tapi this year rasa mahal sebab exchange rate tinggi (last year aku pergi rate 36++)
6.30am ktorg turun level 1F ke arah bus station Haneda. Tiket dah beli dan print siap2 dekat Malaysia.
Since kali ni objective ke Japan adalah untuk hiking, so 80% luggage weight aku adalah barang2 persiapan hiking termasuk ration.
Rata2 pembacaan aku mendaki Fuji tak susah. Tapiiii all the reading tak guna kalau tak prepared mentally and physically. Everything can go wrong kalau kita underprepared. So, sebelum aku cerita detail pasal trip, aku nak cerita dulu pasal preparation ke sana.
Trip ke Fuji kali ni hanya 4hari 4malam. Untuk hiking sahaja, hanya perlukan peruntukan 2 hari 1 malam. 1 hari untuk jalan2 Fuji dan 1 hari lagi untuk jalan2 Tokyo.
1. Weather forecast
Ni memang ktorg sentiasa alert. Lagi 2 minggu nak hiking, kitaorang keep on updated pasal weather. Walaupun tak boleh nak ubah weather, tapi atleast kitaorang boleh prepare dari segi lain. Weather forecast untuk tarikh 30hb (hiking day) adalah hujan ribut.
2. Hiking Equipment
2.1 Hiking pole / tongkat hiking
Sangat - sangat penting terutama yang ada masalah lutut atau berat badan (macam aku), better bawak hiking pole untuk bantu tampung berat masa mendaki. Aku tertinggal tongkat azimat tu dekat Malaysia so merasalah sewa tongkat 1,000 yen (RM39.18) yang bersamaan dengan kos beli satu batang tongkat di Malaysia. huhu
Untuk lebih selesa, better bawak 2 tongkat untuk support lutut korang especially masa menurun.
2.2 Jacket, thermal wear, gloves
Masa starting memang tak rasa sejuk. Tapi semakin tinggi korang mendaki, semakin sejuk korang rasa. Thermal wear tu pakai masa nak summit attack. Jacket invest la sikit untuk jenis waterproof and tahan sejuk. Aku macam biasa beli dekat kedai bundle outdoor je. Barang branded, quality still okay and harga murah so why not kan?
2.3 Hot pad
Ni sangat penting and sangat membantu sebab dia ringan dan mudah di bawa. Selit dalam poket or dalam gloves pun boleh untuk panaskan badan. Paling terbaik brand daiso. Aku ada beli brand decathlon tapi tak se-effective macam daiso. Harga hotpad dekat daiso sangat murah dalam RM5 ++
2.4 Rain cover, rain coat
Ni tak detail sangat kot sebab korang dah tau untuk apa. haha. of course untuk avoid badan + beg basah...
2.5 Hiking shoes, gaiter
Ni pun memainkan peranan yang penting. Musim hiking di Fuji adalah musim panas dan juga peralihan monsoon. Masa ktorg pergi tu hujan + angin ribut. So, kalau boleh invest sikit dekat waterproof hiking shoes. Kalau kasut basah or kasut tak selesa, nak hiking pun tak best especially long distance.
Aku pakai high cut waterproof hiking shoes + gaiter. Main purpose high cut untuk jaga ankle and gaiter untuk elak batu2 kecil masuk dalam kasut. Masa hujan gaiter ni mengurangkan air hujan masuk dalam kasut.
2.6 Beg
Benda ni patutnya letak no. 1. Beg yang bagus takkan buat kita cepat penat. Aku beli Atmos AG. Beg ni best giler sebab aku mampu pikul 17kg tanpa rasa sakit kat bahu macam beg murah yang aku beli sebelum ni. Beg dah best, tapi aku pulak yang tak bijak. Disebabkan aku last minit kemas beg, dalam keadaan kelam kabut, aku decide untuk bawak beg tarik instead of beg Atmos AG yang aku dah beli mahal2 tu... Kahkah... Kalau kau gi Jepun nak hiking, toksahlah mengada bawak beg tarik. Nampak macam senang je boleh tarik bila jalan jauh tapi bila aku kena turun naik tangga subway bawak luggage, sangatlah menyiksa diri...
Subway kat Jepun ni memang ada lif tapi dia tak banyak dan tak dekat dengan exit... so korang kena pusing jauh...
Moral of the story, janganlah pack beg last minute lagi TT_TT
3. Extra money
Since dari awal weather forecast adalah hujan, so aku bagitau line up siap2 untuk standby 10,000yen untuk book hut dekat Fuji. Hut ni available di Station 7, 8 dan 8.5
4. Simcard
Ni sangat penting ya untuk memudahkan communication antara team. Ktorg beli pakej internet RM55/5 days dekat shopee travelhub. Walaupun mahal sikit compare to portable wifi, aku recommend pakai simcard sebab kau takyah bawak extra powerbank untuk portable wifi tu. Kalau sesat pun boleh guna gps cari jalan pulang. huhu
5. Makan and minum
Ni normal la kan untuk mana2 hiking kita kena standby makan and minum. Aku bawak Kembara Pack (sharing dengan Nurul) untuk dinner dan breakfast. Pastu untuk snacking ktorg bawak pisang, coklat, gula, roti, air 1.5L.
Tapi sebenarnya Kembara Pack atau any self-heating meal (makanan yang boleh dipanaskan sendiri) adalah diharamkan bawa masuk dalam kapal terbang. Be it AA, MAS, ANA, JAL ke semua sama.
Airlines memang tak check detail, Custom Japan pun tak strict macam Australia tapi still benda ni peraturan. Aku terlepas pandang rules ni. Korang jangan jadi macam aku. Self heating pack merbahaya boleh terbakar sendiri. Jangan bahayakan nyawa penumpang lain. Alternatively, korang boleh opt untuk beli makanan dekat Fuji macam halal bento (aku terserempak group Malaysia yang bawak naik ni) atau megi cup (beli air panas dari hut) atau bawak roti / banana / instant rice.... Nurul bijak, dia bawak termos and buat air panas siap2 dari hotel. By the time sampai hut, air still rasa panas. sedapnyaa dapat minum air panas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day 2
|
Breakfast di airport |
Pagi 29hb Ogos, kami menaiki bas (level 1F, Haneda International Airport) ke Kawaguchiko pada jam 7 pagi (1st batch) dan jam 9pagi (2nd batch).
|
Beratur nak naik bas... Beg kena susun siap2 nanti diaorang akan susun bawah bas |
|
Heading to Kawaguchiko |
|
View along the way~~ |
1st batch sampai di Kawaguchiko station jam 10ish dan terus ke hotel untuk simpan beg. Aku dah bertanya dengan receptionist hotel awal2 pasal nak letak beg dan mereka benarkan letak beg awal. Tapi check-in hanya dibenarkan jam 2petang.
|
Dah sampai Kawaguchiko station |
|
Fuji dari Kawaguchiko station |
Hotel yang kami stay sangat dekat dengan Kawaguchiko station (5min jalan kaki) walaupun harganya mahal sedikit tapi berbaloi sebab tak penat nak sorong beg jauh2.
|
Kawaguchiko Hotel... Hotel old school sikit tapi ni je yang murah and dekat dengan station |
By the time 2nd batch sampai around 12, kami ke hotel semula dan diberitahu satu bilik dah ready. Apa lagi, ktorg solat Jama' Takdim siap2 sebelum keluar cari makan.
|
Since satu bilik je yang dah ready, berhimpit la ramai2 solat dekat sini |
Dari hotel, kami berjalan sekitar 15min ke Restoran Aladdin yang berhampiran Kachi-Kachi Ropeway. Korang boleh je nak sewa basikal tapi jalan kaki pun best jugak. Kami tapau nasi dan kari dari Restoran Aladdin dan piknik di celah2 hutan dekat Kachi-Kachi Ropeway. Kedai Aladdin yang ni eksyen sikit. Ktorg nak beli nasi je dia kata tak boleh. Kalau order nasi je, better u pergi Lawson. Cis. nasi dia sedap kot biarlah nak order nasi je. hahaha... Tapi, in the end, aku add on curry untuk share2...
|
Nak tapau nasi and kari |
|
Cantik kedai ni. Otw dari Aladdin ke Kachi Kachi ropeway |
Entrance fees untuk Kachi-Kachi Ropeway dalam 960yen sahaja.
|
Menapak sikit nak naik ke cable car |
|
Beratur tunggu turn cable car |
|
View dari dalam cable car |
|
View dari dalam cable car |
Dah sampai atas, ktorg cari port untuk lunch dulu.... Jadilah janji perut kenyang...
|
Lunch celah2 pokok |
Lepas makan, ktorg naik ke observation deck.
|
Information counter |
|
Cantiknya view Fuji dari jauh |
|
View Fuji dari Kachi2 ropeway
|
|
Anggur |
Dah puas bergambar, ktorg turun and sempat membeli peach. Peach kat sana gebu2 and manis gilaaa...
|
Peach gebu |
|
Peach kuning |
Dari Kachi2 ropeway ke hotel, ada banyak souvenier shop. Ada yang free duty if beli 5,000 yen. Apa lagi, ktorg pun combine resit untuk dapat tax exemption.
|
Coklat Fuji |
Sempat jugak ktorg makan aiskrim lavendar. Ada satu kedai tu ada jual macam2 jenis aiskrim lavendar, peach, blackcurrant, matcha. Boleh mix flavor. Sedap betul.
Lepas makan aiskrim, aku dan Nurul decide untuk teruskan perjalanan ke Restoran Aladdin yang satu lagi sambil menikmati keindahan kawasan sekitar. Yang lain balik hotel untuk berehat. Boleh tahan jauh jugak perjalanan ktorg... Rasa macam 5KM ktorg berjalan.... Dengan beg berat lagi
|
Kawaguchiko hotel yang ktorg stay last trip |
|
Dinner @ Alladin. Location: 35.5046924, 138.7589999 |
|
Kawaguchiko station senja2... Otw balik hotel |
Sampai hotel balik dah maghrib around 6ish. Rehat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day 3
Plan asal kitaorang untuk start hiking 30hb Ogos jam 4pm sebab taknak bermalam di hut yang mahal. Tapi melihatkan pada weather forecast yang dijangka hujan ribut pada sebelah petang, so kitaorang decide untuk ke 5th station lebih awal.
30hb Ogos 10am ktorang check-out hotel & tinggalkan barang2 dekat lobby. Owner hotel uncle and aunty baik sangat.... Diaorang senyum je tengok ktorang...
|
Bergambar depan front desk |
|
Bergambar lagi depan hotel |
|
Bergambar di Kawaguchiko Station. Bangbil dari Chikara Adventure pun ada sekali |
Bas ke 5th station sangat frequent. Just beratur dan beli je tiket dekat kaunter bas. Boleh pilih option 1 way or 2 way. Ktorg beli 2 way 2,300yen (jimat dalam 500yen kot). Kalau 2 way, tiket valid untuk 2 hari sahaja. Contohnya, kau beli hari isnin, tiket balik ke kawaguchiko valid sampai selasa je.
Naik bas 11ish and sampai 5th station dalam 45minit kemudian. Perjalanan ke sana sangattt cantik. Jangan bazir and sila lah jamu mata puas2 sebab belum tentu masa balik korang dapat enjoy. Reason dia nanti aku cerita.
|
Bas baru nak meninggalkan perkarangan station |
Dalam 45min ke 1jam perjalanan dari Kawaguchiko station ke Fuji 5th station disebabkan bas ni berhenti - henti ambil dan hantar penumpang. Aku ingat dari station Fuji-Q pergi 4th station pastu bas start naik kawasan bukit. Subahanallah permandangan kat luar masa tu cantik gila. Masing - masing dah excited. Subahanallah tak terkata cantiknya. Aku ada amik video tapi tak reti nak attach kat sini. Korang layan gambar kat 5th station je lah ya... Sini pun sama cantik...
|
5th station. Ramai pelancong |
Turun je dekat 5th station, cantik sangat view. Tapi since angin yang terlampau kuat and kesejukan, terbantut hasrat nak jalan2. End up ktorg lepak dekat satu ruang makan (ada meja, kerusi) tertutup untuk lunch and solat zuhur...
|
View dari tempat lepak ktorg. Bawah tu parking untuk bas pelancong |
|
Viiew kat sini sebenarnya cantik sangat tak terakam dek kamera murahan aku ni... |
|
Awan carpet |
|
Muka masih boleh senyum lagi masa ni |
Sementara ktorg makan dan solat, bangbil pergi kecek jepung dengan staff Fuji Park untuk advice mendaki hari ni sebab forecast hujan ribut. Tapi kalau cancel, memang burn lah peluang hiking sebab esoknya Day 4 ktorg transfer to Tokyo untuk tido satu malam... Day 5 dah nak balik TT_TT
Bincang punya bincang, since hanya angin kuat je belum hujan, so ktorg decide untuk teruskan perjalanan one station at a time. Settle makan, pakai baju hujan siap2, stretching sikit2 and ktorg pun teruskan perjalanan.
|
Group selfie dulu sebelum start |
Otw ke entrance ktorg di tahan oleh staff Fuji Park and diaorang advice pasal cuaca and kutip duit "saguhati" 1,000yen seorang.
|
DOnt worry banyak landmark macam ni sepanjang jalan |
|
Jarak between group members tak jauh |
Dari station 5 ke station 6 banyak landai.... Dalam sejam confirm boleh sampai.
|
Jalan landai so happy je |
|
Ktorg ambil Yoshida trail |
|
Masih kategori senyum |
|
Happy lagi masa ni |
|
Masing2 macam eskimo sebab hujan dan takut hujan tiba2. Tapi Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke station 6, sekejap je hujan renyai |
Walaupun landai, tapi panjang tau... Jalan dia berpusing2 macam ular. Kau nampak member kat atas macam dekat je tapi kau kena berpusing jauh untuk kejar dia...
|
View sepanjang perjalanan memang cantik sangat |
|
Photo stop |
|
Photo stop. |
|
Pemandangan sebenar berkali-kali ganda lebih cantik dari gambar. Ni gambar no filter tau.... Awan karpet dimana-mana |
|
6th station |
Kat 6th station ada public toilet. Fees 200Yen sekali masuk. Takde makcik toilet yang kutip ya. Korang kena jujur sendiri letak duit dalam box yang disediakan...
Selingan sikit, aku terkejut tengok warna air kat situ yang gelap. Ingat orang cirit tak jirus. Rupanya diaorang recycle air bukit kat sana untuk flush sisa2 kumbahan korang.
Dari 6th station ke 7th station, start mencabar sikit sebab dah kena mendaki and jalan panjang2 macam ulau.
|
mendaki batu2 di Fuji |
|
lagi2 batu |
|
berhenti rehat dekat depan hut |
|
bangku depan hut tu boleh berehat tapi takleh lama2 nanti kena halau dengan pekerja hut |
|
Signage 7th station |
Dari 6th station ke 7th station slowly mendaki. Tapi tak terasa mendaki sangat sebab laluan dia banyak zigzag. Cuma kau rasa apahallll la tak sampai2 lagi ni. hahahaha. Angin semakin kuat and cuaca semakin sejuk. Aku dah start rasa putus nafas and susah. huhu.... Ktorang sampai 7th station around 4ish.
Dekat 7th station ada 7 mountain hut tau. Ktorang terlepas pandang benda ni. Penting untuk korang kira hut ni. Perjalanan masa ni dah start kena mendaki tangga batu sikit2. Dengan angin teramat kuat, memang langkah jadi slow giler. Ada few line up dah lepas few hut and diaorang ingatkan dah sampai 8th station rupanya belum.... Masa ni memang dah berpecah few group and communication pun dah start breakdown sebab cuaca hujan, fon ktorg simpan dalam poket.
The last hut dekat 7th station adalah Toyokan hut. Aku, Nurul, K.Nahlah, K.Kina, Remy and Rahim berhenti situ untuk toilet break. Btw, toilet dekat hut semua ada heater and bersih. Cuma warna air dia je keruh sebab dia recycle air gunung ke camne tah. Tapi better la dari toilet dekat 6th station. huhu...
Masa ni bila tanya line up lain, diaorang kata dah check-in hut sebab cuaca kat luar sangat tak elok (angin kuat and hujan), tapi tak inform which hut and ktorg assume diaorang dah dekat 8th station. Since aku and nurul jalan slow, ktorg decide gerak dulu sementara 4orang lagi settlekan hajat and gerak slow2.
|
Ni lah landmark yang ktorg assume 8th station tu. Nampak macam dekat tapi berpusing2 jalan dia jauuhhh |
Masa ni lah track yang paling mencabar sebab kena mendaki batu dalam 80 darjah kot dengan ribut. Aku hampir nak terbang kat situ. Bayangkan aku yang berat ni pun boleh terbang, apatah lagi orang lain. Masa ni memang takde orang dah depan and belakang ktorg. Setiap kali angin kuat je, ktorg terpaksa meniarap and berpaut dekat batu. Pukul 7ish masa dah halfway jalan, dapat call dari line up suruh ktorg patah balik sebab diaorang bermalam dekat Toyokan hut... Jawapannya memang tak lah nak patah balik sebab track merbahaya dengan angin kuat.
|
kat sini aku berhenti lama sebab tak larat sangat |
|
Akhirnyaaaa sampai |
|
1st hut at 8th station |
Ktorg teruskan perjalanan dan akhirnya sampai 8th station jam 8pm. Ramai hikers masa tu tengah tido. Dengan sejuk, lapar, penat memang rasa nak nangis je kat situ. Alhamdulillah Allah lindungi perjalanan ktorg. Lepas makan and pergi toilet, ktorg terus tido.
|
Map from google image |
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day 4
Aku bangun 12ish. Since semalam dari Toyokan ke 8th station dalam 2 jam, so ktorg bajet ktorg akan gerak around 2am sementara tunggu yang lain2. By pukul 1.30am, ktorg dah siap2 nak gerak and group padu sampai. Terkedu jugak lah macam mana diaorang boleh cepat. Selain padu, cuaca pun memainkan peranan... Walaupun hujan, tapi angin tak sekuat semalam.
Permulaan ktorg gerak sekali tapi lama2 gap makin besar. Nafas dah makin slow sebab oksigen makin berkurang. Aku dengan Nurul tak jauh tapi lama2 Nurul tak boleh tunggu sebab kaki dia sakit. Sangat2 mencabar hiking dalam keadaan hujan, sejuk, tak fit and tak cukup oksigen. Pukul berapa tah aku terserempak dengan k.kina and kitaorang jadi buddy. 7am ktorg belum sampai peak lagi and aku nak give up tapi k.kina kata dah dekat lagi 900meter je...
900meter tapi perasaan dia macam kena jalan berkilo-kilo meter. Aku dah start rasa menyesal ikut k.kina tapi kalau patah balik nanti susah nak contact k.kina since dia takde internet. Ktorg teruskan jugak slow2 sampai tertido pun ada...
In the end, dekat 8am baru sampai peak. Totally no view sebab hujan dan kabus tebal. Aku sempat bergambar dengan bendera Malaysia tapi tu pun tak lama sebab tangan dah beku.
|
Misi tercapai :) |
Sekejap je ktorg kat atas tu dalam 15min. Sempat la nyanyi lagu merdeka dengan group Malaysia masa tu. Lepas makan roti, terus gerak turun.Tak kuasa nak amik gambar dekat mercu tanda peak sebab sejuuuukkkkk sangat. Kena gerak cepat2...
Perjalanan turun tak lalu jalan naik semalam. Totally lain. Tak susah tapi tak jugak senang. Jalan dia penuh dengan batu kerikil yang kau kena jaga step supaya lutut or ankle kau tak injured.
Bas ktorg dari Kawaguchiko station ke Tokyo jam 2.15pm. Aku target kena gerak dari 5th station around 12pm. Tapi masalahnya badan dah penat and tenaga takde. Kau rasa dengan mental yang macam tu dan jalan yang mencabar, boleh ke nak jalan laju2 turun? Memang tak lah.
Sepanjang jalan memang menurun je ikutkan tak susah mana tapi takde rest area + cuaca masih berangin and kabus bercinta jugaklah nak turun.
|
Sempat amik gambar view masa kabus hilang sekejap. |
Dalam perjalanan turun, aku dah redha tiket burn kalau tak sempat kejar bas. Tapi Alhamdulillah, kami berempat (k.kina, a.man, k.mas) sempat kejar bas di 5th station ngam2 12.50pm.
Ktorg sampai Kawaguchiko station around 1.50pm. Buka rain cover, tukar kasut and rushing naik bas ke Tokyo pulak.
|
Ktorg dekat JR Tokyo station |
Dari JR Tokyo station, kena jalan cari subway untuk ke Asakusa station.
|
masing2 muka kepenatan dalam subway |
Exit Asakusa station (ikutkan dekat je tapi ada renovation so kena ikut jalan jauh) dan jalan kaki 15min ke homestay.
Malam tu sebagai reward, aku, nurul and a.man sekeluarga keluar gi makan wagyu. Version kali ni adalah shabu-shabu yang bermaksud steamboat. Plan nak makan daging bakar tapi layan jugaklah steamboat pun. Sedap wagyu ni lain macam. Daging dia betul2 cair di mulut. Berbaloi lah jalan jauh2, bayar mahal... huhu
|
Sedapnyaa bila teringat |
|
Jalan2 malam di asakusa |
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day 5
Esoknya, ktorg check out jam 10am and simpan barang dalam locker di Asakusa station. Jalan2 area Asakusa, Gi makan ramen dekat Akihabara, shopping dekat Donki Shinjuku and solat di Masjid Camii sebelum bergerak ke Haneda airport
|
breakfast wafer ikan inti kacang |
|
Semetara tunggu yang lain bersiap |
|
kemho kat mana2 yang boleh |
|
Menapak ke Asakusa station |
|
Sensoji temple |
|
Orang sangat ramai sebab weekend. Ketibas sangat sebab Japan tengah musim summer |
|
Sedapnyaaa |
|
Ayam goreng dia lembut. Sedap gila |
|
Ayam-ya ramen |
|
Shinjuku |
|
Tangan masing2 penuh barang shopping |
|
Group photo |
|
Masjid Camii |
|
Muka2 penat kejar train |
|
dah sampai Haneda airport boleh tarik nafas lega |
|
Dah check in luggage baru lega sebab tinggal boarding sahaja |
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day 6
Ktorg sampai kol 8ish terus check-in luggage. Since flight kol 11.30pm so ada masa jalan2 airport beli souvenir, makan, solat...
Ktorg sampai KLIA2 around 5.30am kot. Ambik barang, cuci muka, solat subuh and naik bas balik Melaka around 7am...
|
Dalam bas balik Melaka |
Kalau korang ada group 1st time berhajat nak pergi Fuji tapi tak berani redah sendiri, korang boleh tinggalkan komen. Aku and the team boleh arrange kan trip 6h5m (macam ktorg) less than RM2K termasuk tido 2x hotel + 1x mountain hut + 1 day jalan Tokyo + 1 day jalan Fuji. Kita buat trip private and selesa.
Korang takyah fikir apa, just beli tiket + sediakan passport je. Paperwork semua ktorg handle :)
No comments:
Post a Comment