Tuesday, 7 June 2016

Busan & Jeju - Day 4 (Part 2) - Busan Tower (Yongdusan Park) & Jagalchi Market

 

Assalamualaikum....

Dah masuk Ramdhan pun... Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam yang sedang membaca ni~~

Gigih aku teruskan sambungan Busan... Telan2 ailio tengok gambar makanan... Rinduuu nya makanan, cuaca, orang2 yang baik2 kat sana, environment yang bersih T__T

Rasa macam nak berhijrah and kerja kat sana je. Boleh tak? Hehe...

So, lets continue from Day 4 (Part 1)---------

Lepas check in and solat, around 4pm kitaorang keluar semula...

Dari Austin Guesthouse, jalan kaki sikit ke stesyen Boemnaegol and berhenti dekat station Nampo.



Dari Station Nampo, jalan kaki ke Yongdusan Park


Lotte Mall nearby Nampo station

Stairs to Yongdusan Park

Etude House... Comel~~~


Etude House dari depan... Comel giler konsep kedai ni :)

Hati2 nak melintas tu~~


TANGGA LAGI!


Akhirnya sampai. Lotte World kat belakang tu~~

Scenery Busan City dari atas

Ada park untuk exercise


Us and Busan Tower sebagai background~~


Tangga lagi.. bertabahlah kaki T__T



Lepas tangga, tangga... T__T





View dari tangga ke-2 before Busan Tower~~

Disebabkan masa kitaorang sampai dah lewat petang, so orang pun tak ramai and kedai? kecik2 ni pun tak banyak yang bukak...



 

Yongdusan Park ~~

 

Giant bell~~

 

Tangga ke-3 before reaching the top!

Kepada sesiapa yang pelik kenapa kitaorang susah2 naik tangga - jawapannya, dah terpaksa dik non~~

Parking kat Yongdusan Park ni hanya untuk handicap, bas2 persiaran (tourist bus) & kereta2 orang kenamaan je. Boleh baca dekat sini...

So, untuk rakyat marhaen macam kita2 ni, memang gigih la kena panjat tangga.

Kot ada yang Tanya cara lain nak pi sana, jawapannya - tak tahu..hahaa






3 of us :)



Dragon Year 88 :)

Hmm...kenapa kitaorag tak naik explore bangunan merah ni pun aku dah tak ingat. Korang kalau gi nanti, explore puas2 ya
Masa ni si Raihan and ain kata nak naik Busan Tower...

Aku dah pening and kaki sakit, tak sanggup nak naik... So, kitaorang pun berpecah and aku jalan sensorang kat sini....

Masa ni la yang bertegur dengan sorang mamat korea ni & beliau dah tolong amikkan gambar aku:)
Recreational area








Thank you oppa amikkan gambar cantik :p
Lepas bergambar, borak2 sikit then ain jerit panggil nama aku (kacau daun betul la :P) rupanya diaorang cancel nak naik Busan Tower, itu yang terus mencari aku tu... baru ingat nak mengorat mamat korea. eh?

Hari dah gelap, so lets turun~~






Dah turun, shopping dekat Etude House  (menggila harga murah 50% dari Malaysia wei...Menyesal tak bawak duit lebih untuk shopping mekap T__T).

Puas shopping, lets bergambar last dekat tangga~~



Dari Yongdusan, jalan kaki dalam 15 minit (ke lebih?) untuk ke Jagalchi Market.
 
Masa ni, memang kita ask around...
 
Tak ingat sangat tapi kena jalan dekat bawah Tanah untuk ke seberang jalan...
 
Masa ni ber-window shopping la kita~~
 
Harga depends pada barang. Ada yang murah, ada yang mahal... Since kitaorang memang aim untuk ke Jagalchi, so, sempat jeling2 je kedai2 kat sini...




Tadaa... dah sampai~~

rilek je orang meniaga seafood tepi2 jalan~~




Besar giler kot Jagalchi market ni... Dalam ni bermacam-macam hidupan ada. Hidup2 pulak tu. Ketam, udang, ikan, abalone semua ada. You name it. 

Yang bestnya, walaupun market ni jual makanan laut je, tapi bau tu kurang. tak pasti la sebab udara ke, system ke apa...







Dah puas merayau2 dekat sekitar Jagalchi, kitaorang berhenti dinner dekat kedai area2 situ...
 
 
Tetiba je ada ahjumma panggil Tanya Malaysian?
Bila kitaorang angguk, dia senyum and pelawa masuk...
 
Tapi sepatah haram menu English takde... T___T
Macam ayam dengan itik la kitaorang order






Kedai ahjumma yang peramah~~
Nak Tanya tak paham, in the end amik gambar ajela...siapa tau apa bintang2 dalam ni??

Lagi makanan laut yang tidak dikenali~~
Nampak tak udang besar tu?? Uuuuiii kalau masak lomak sedap ni~~
Grill fish katanya. tapi Nampak macam ikan goreng aje :P

Tersalah order. Ini belut goreng dengan sayur, bawang, kimchi... sebenarnya kitaorang nak makan sotong T___T
Sup, ikan goreng, daun2...




asap berkepul2

Tak puas satu, dua gambar aku up :P

The real shell out

Laparrr la pulak



cengkerang2 di bakar~~


Muka kekenyangan~~
Selang 1 or 2 buah gerai, ada gerai yang siap dengan menu English T__T

Ralat giler kot sebab tak merasa nak order ikut apa yang kita betul2 nak instead of apa yang ahjumma & kitaorang faham..huhu...

Takpe, next time kalau datang sini jalan2 dulu tengok kedai yang ada menu English baru masuk... Lepas tu makan mahal pun puas hati :)

Total damage dekat sini: 20,000 won (set ikan and cengkerang bahagi 3) + 15,000. (set belut yang disangkakan sotong bahagi 2)...


Next teruskan berjalan ke Lotte World.




 
 
 
 
 
 
Macam biasa la dekat sini borong susu and kopi untuk breakfast esok, yang paling banyak Ain la dia borong kopi banyak giler2...
Katakan setiap brand / jenis ada kombo 3 perasa. Pastu member gi beli sampai 6,7 jenis....
 
Aku perati je perangai dia ni. hehe...
 
Dah sampai guesthouse, susun barang2 souvenier untuk tengok apa yang tak cukup lagi and solat  before we call it a day...
 
My portion~~

 

Friday, 3 June 2016

Busan & Jeju - Day 4 (Part 1) - Travel to Busan and check in @ Busan City Centre

Hari Ke-4 kita balik semula ke main land - Busan City Centre.

Pagi2 bangun and siap2 checkout untuk pulangkan kereta ke Lotte Auto House. Since kita amik jam 8am, pulangkan pun lebih kurang jam 8am takut nanti ada extra charges...

Lepas parking, akan ada staff yang datang dengan IPad yang akan check condition kereta. Ada calar sikit dekat rim pasal terlanggar divider.

Tapi since dah beli 100% CDW (collision damage waiver), so tak perlu bayar apa2...

Tuan Tanah :)

Dah settle semua, naik free shuttle to airport...

Next time nak try sewa basikal pulak la...
Ramai pulak harini~~
 
Dari Jeju - Busan, kitaorang naik JejuAir (cara2 beli tiket and price ada dekat Day 0, sila rajin2 cari ya). Since kali ni ingat ada free luggage, lets utilize :P
Hello JejuAir, bye Jeju TT_TT
Eh?
 
 
 
 
Check-in luggage dalam 15kg sorang. Lepas settle semua, sementara tunggu flight kol 11am, lets amik gambar around Jeju International Airport :)










 



 
 

 

Flight dari Jeju ke Busan dalam sejam aje. Lepas touchdown Busan, kita gerak ke Metro station Jeonpo, exit No.3 and tunggu tuan rumah guesthouse dekat Busan untuk jemput.





 

Lama2 kat sini boleh jadi kurus pasal tangga everywhere...

Bila dah keluar dari metro and naik atas, signal wifi pun hilang...
 
So, kitarorang minta tolong student yang lalu kat situ untuk call kan landlord and inform dia. huhu... Itula, walaupun most of the place ada wifi, tapi  bukan semua tempat. Sorang mesti kena subscribe internet kat sana untuk lebih selamat

2 orang mamat ni tengah repair lif, tapi ada ahjumma datang sambil tolak kerusi depa and berhenti depan lif and tungguuu je. Last2 mamat technician tu bukak laluan and bagi diaorang guna... So sweet :P

Austin Guesthouse ni terletak dekat tingkat 44 bangunan apa tak pasti. huhu... korang google je mesti jumpa punya.

Siap ada pamphlet Busan lagi :)
Guesthouse ni adalah kondo yang disewakan pada orang. Kondo ni memang tuan rumah duduk siap ada barang2 diaorang lagi. Cuma, bila ada guest, diaorang akan stay tempat lain...

Dekat bangunan ni, Austin Guesthouse satu-satunya yang ada balcony...

Dari situ boleh Nampak hampir seluruh Busan City :)
 

 

 
 


Sharing kitchen

Perkakas semua lengkap so boleh la main masak2 :)

Living area
Spacious and kemas je kan? Cantik giler!!

Good review left by previous guests~~
 
 
 Disebabkan excited giler, gambar bilik lupa amik -_-"

Walaupun kitarorang bayar untuk bilik yang sharing toilet, tapi first night tu dapat master bedroom. Basically bilik tu ada 2 queen bed, bilik air, shower, bath tub (tapi tak boleh guna pun), and tempat solek...

Overall puas hati la walaupun takleh berendam. huhu... Memang kena puas la kan ini accommodation yang paling mahal kot  >_<

Ntah apa system ni. Canggih nau
 
Area between bilik and toilet is tempat bersiap...

 
TV dalam bilik

 
View dari balcony

 
View dari balcony :)

 
Busan City

 
 
 Lepas solat baru kita keluar ke ..... hehe tunggu next entry - Busan &Jeju - Day 4 (Part 2)

 

Thursday, 2 June 2016

Busan & Jeju - Day 3 (Part 4) - Jeju Dongmun Traditional Market & Jeju Lotte World

Balik from Folk Village, Raihan kata nak continue drive.

Aku orait aje.... Manatau, petang2 dah penat ni syahdu pulak rasa. Terus terlelap. hahaha...ampun raihan...
Left side driving....
hiway di Jeju

Sampai LotteWorld dalam jam 6pm. Aku Tanya mana nak solat, si Raihan suruh belasah je solat situ.

Tapi fikir2 balik, hostel pun dekat aje dalam 9km (eh, ke 9 minit?) so balik hostel dulu, solat jama' takhir and tunggu maghrib, jama' takdim pulak...

Dah settle, terus keluar balik. First stop - Jeju Dongmun Traditional Market nak cari souvenir. Lotte World tutup jam 11, so tu gi lambat sikit takpe...

Masa kitaorang sampai, banyak kedai dah nak tutup. So, xde apa sangat nak dilihat.

Ada a few kedai souvenir yang masih bukak, so lets beli...


Macam pasar malam je situasi dia
Ada Nampak ajushi jual sotong grill tapi tak beli pun sebab macam tak rasa nak makan.
Sotong grill
Antara souvenir yang boleh dapat kat sini - keychain, patung jeju yang kecik2 macam kat bawah ni, fridge magnet, madu jeju, coklat jeju....


Souvenier selection

Harga untuk fridge magnet and ketip kuku is slightly mahal daripada kat Busan (harga kat sana nanti aku cerita).

Antara souvenir yang aku beli kat sana:

1. Fridge magnet 2 set (1 set ada 4, 1 lagi ada 6) and ketip kuku (1 set ada 6) = 25,000 won

Macam tak mahal kan? Tapi lepas convert RM87 T_T

2. Lepastu beli coklat 10 kotak (1 kotak ada 6 pcs) =10,000 won @ RM35

3. Stokin comel2 sepasang 1,000 won @ RM3.50

Ada barang boleh bargain, ada yang tak boleh. Pandai2 la tengok keadaan and seller. Kalau mood diaorang ok, and korang pun nak beli banyak, boleh la bargain.

Kalau dia dah kasi harga offer, beli or walkaway terus. Depends la pada bajet masing2~~


belah kiri tu kedai jual barang makan macam coklat etc.



Running man's shooting location
Dah dapat apa yang nak, lets pergi Lotteworld pulak. 

Si raihan ajak cari face mask ada orang kirim katanya.

Sekali, dengan kitaorang sekali terjebak..hehe

Murah giler kot facemask kat sana. Ini dalam shopping mall ya, yang ada brand bukan tepi jalan punya.

Masa kitaorang pergi, ada offer. Lagila menggila. Mana tak giler satu facemask boleh jatuh 500 won je. Memang borong habis la...

Pastu gi section supermarket dia, pun giler jugak. Tapi gambar tak amik pulak. kat situ, segala jenis kimchi ada siap boleh timbang kilo lagi.

Kalau korang macam kitaorang yang giler tengok makanan, memang eksaited pasal macam2 jenis kopi ada.

Kat sini kitaorang beli seaweed, banana milk and kopi...

Dekat sini hanya certain barang je dapat plastic bag. Lain2 barang tu, pepandai la bungkus masuk dalam kotak.

Kotak, solotip, gunting ada disediakan kat tempat khas...

Borong face mask

Borong seaweed

Kat  belakang aku tu orang tengah busy packing groceries masuk kotak. Belah kiri gambar macam ada locker tu kan, itu locker untuk binatang peliharaan korang.... letak je situ sementara korang gi shopping...

Dah settle semua terus balik hostel. Kol 11pm hostel akan dikunci and lights off (macam asrama pulak rasanya). Kitaorang sampai dalam kol 10.30pm kot tapi ain je turun dulu untuk masak dinner (megi je pun. huhu) , aku dengan raihan gi cari parking.
 
Mencabar jugakla cari parking kat celah2 bangunan tu. Dah la lorong antara bangunan kat sana kecik and berbukit2...
 
Dah naik atas, aku baru perasan fon takde. cuak giler dah la gambar banyak....
 
Dah jumpa, kol 10.52pm baru nak start makan. Mamat receptionist tu tegur kata ada 8 minit je lagi before lights off. Laju2 kitaorang makan. hahaha... lagi 2 minit nak lights off masuk bilik.
 
Kitaorang nakal sikit, tak lights off pun. Berjaga packing barang etc dalam kol 12 lebih baru tido~~
 
Next entry - Busan & Jeju - Day 4 (part 1)

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...