Showing posts with label jeju. Show all posts
Showing posts with label jeju. Show all posts

Thursday, 14 July 2016

Busan (Day 6): Hard to say goodbye


Day 6 bangun awal pagi... Around 5.30am bangun, mandi and siap2....
Sedihnya nak say goodbye to Busan :(
 
Cuaca Alhamdulillah cantik. Tak hujan so senang nak berangkut ke airport...
 

View awal pagi dari Austin Guesthouse

Rinduuu
 Walaupun makan susah nak cari (sebab tak pandai speaking Korean) tapi yang lain2 tu best sangat.
Kalau tak pergi, tak tahu...

On the way ke airport tak henti2 cakap nak migrate ke Busan. hahaha...
Tapi itula, aku ni tak cukup "daring" nak tetiba migrate. Aku pessimist sikit selalu ada what if T___T
Tanggungjawab hutang piutang kat Malaysia banyak belum langsai...huhu..
The only reason yang akan buat aku migrate is kalau kawin orang sana which is mimpi je. haha
:(
Dari guesthouse ke nearest subway memang kitaorang jalan kaki berangkut la beg 2,3 bijik sorang. haha... Sempat lagi ditegur sorang ahjumma ni. Dia ajak minum2 dulu tapi tak sempattt... aaaaa...kalau sempat memang kitaorang ON je.

Beg aku la yang paling tak praktikal. Masa datang eksyen sebab rasa macam susah je nak bawak luggage turun naik tangga...

Rupanya masa balik aku yang susah pasal depan belakang nak carry beg yang berat sepanjang jalan ke subway and member 2 orang rilek je tarik. hahaha...

Korang yang ada hati nak shopping bila travel tu, takyah la nak acah2 backpackers sangat... Bawak je luggage tu senang nak tarik2. Toksah risau turun naik tangga leceh sebab dekat subway ada je lif (derrr....)



Beg beranak pinak. Imagine macam mana aku bawak? Macam penguin ok jalan T___T
3 beg aku sorang jeee.... kitaorang memasing 3 beg sorang T__T


Dalam train awal pagi pun ramai orang. Ada yang gi kerja, budak sekolah etc

 
 Betul2 sedih masa dah sampai airport. Rasa macam tak caya je dah nak balik. Tak puas betul dok sana setakat 5 hari. Kalau la boss bagi cuti panjang2 T__T
 

See... beg beranak pinak...Semuaorang sama je...

Goodbye Busan. Goodbye Korea



Goodbye Busan... See u again...

#hatikutertinggaldikorea


Aku takde promise kat sesiapa nak bagi total expenses kat sana tapi sebab aku tengah mood baik, meh la nak share sikit kos yang incurred.

Dalam entry awal2 tu ada aku share sikit kos transportation. Tapi kat sini aku share lagi sekali semua kos incurred (Exchange rate 1000KRW=RM3.48)
Air Transportation: KL-Busan-Jeju-Busan-KL (RM1,113)

 
Land transportation: (RM245)
 
Accomodation: Motel, Hostel and Guesthouse(RM332)
3 basic expenses untuk mana2 percutian - Air transportation, Land transportation and Accomodation. Settle je 3 benda ni, memang dah boleh tarik nafas lega....

Next, set aside budget untuk entrance fees (kalau ada) and FOOD..... hehe..
 
 
Entrance Fees: 2 tempat je yang kitaorang pergi kena entrance fees...  

Bekal makanan dari Malaysia: RM30.40 je sorang

Makanan di Korea: RM416. Total makanan Malaysia + Korea = RM74/day untuk 6 hari 5 malam

 
Aku sengaja letak detail apa yang aku makan sebab nak bagi gambaran kos2 kat sana. Compare to Malaysia, ada makanan yang murah (contoh: strawberry) and ada makanan yang mahal (contoh: seafood). So pepandai korang la nak bajet macam mana.

Macam kitaorang tak sekat makanan tapi berpada-pada. Tu pun still mahal T__T tapi dah alang2 datang sana, lets puaskan hati dengan apa yang nak makan. Balik Malaysia takde la ralat ke apa.

That's why pentingnya buat bajet and ada tabung untuk travel.

Saje aku tak masukkan berapa spent untuk souvenier sebab lain orang lain taste dia. Apa yang aku beli korang mungkin  tak beli.

Total semua kat atas = RM2,170

Berapa kos travelling ni sebenarnya depends pada kita jugak sebenarnya. Ada orang tak kisah tak dapat tengok cherry blossom janji tiket murah. Ada orang tak kisah makan megi hari2 sepanjang percutian and tak terliur dengan makanan local kat sana. Ada orang travel nak selesa taknak jalan kaki jauh2... terpulannggg laaa duit memasing kan... Janji tak berhutang or menyusahkan orang.

So, ada ke yang nak gi Busan and Jeju nanti?? bestnyaaa kirim salam la orang kat sana. hahahha...

Jeju aku memang nak repeat lagi sebab tak puas kot haritu..huhu...


Untuk reference entry2 sebelum ni:

Preparation Day
Day 1- (Part 1) (Part 2)
Day 2- (Part 1) (Part 2)
Day 3- (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4)
Day 4- (Part 1) (Part 2)
Day 5- (Part 1) (Part 2)
 

Thursday, 2 June 2016

Busan & Jeju - Day 3 (Part 4) - Jeju Dongmun Traditional Market & Jeju Lotte World

Balik from Folk Village, Raihan kata nak continue drive.

Aku orait aje.... Manatau, petang2 dah penat ni syahdu pulak rasa. Terus terlelap. hahaha...ampun raihan...
Left side driving....
hiway di Jeju

Sampai LotteWorld dalam jam 6pm. Aku Tanya mana nak solat, si Raihan suruh belasah je solat situ.

Tapi fikir2 balik, hostel pun dekat aje dalam 9km (eh, ke 9 minit?) so balik hostel dulu, solat jama' takhir and tunggu maghrib, jama' takdim pulak...

Dah settle, terus keluar balik. First stop - Jeju Dongmun Traditional Market nak cari souvenir. Lotte World tutup jam 11, so tu gi lambat sikit takpe...

Masa kitaorang sampai, banyak kedai dah nak tutup. So, xde apa sangat nak dilihat.

Ada a few kedai souvenir yang masih bukak, so lets beli...


Macam pasar malam je situasi dia
Ada Nampak ajushi jual sotong grill tapi tak beli pun sebab macam tak rasa nak makan.
Sotong grill
Antara souvenir yang boleh dapat kat sini - keychain, patung jeju yang kecik2 macam kat bawah ni, fridge magnet, madu jeju, coklat jeju....


Souvenier selection

Harga untuk fridge magnet and ketip kuku is slightly mahal daripada kat Busan (harga kat sana nanti aku cerita).

Antara souvenir yang aku beli kat sana:

1. Fridge magnet 2 set (1 set ada 4, 1 lagi ada 6) and ketip kuku (1 set ada 6) = 25,000 won

Macam tak mahal kan? Tapi lepas convert RM87 T_T

2. Lepastu beli coklat 10 kotak (1 kotak ada 6 pcs) =10,000 won @ RM35

3. Stokin comel2 sepasang 1,000 won @ RM3.50

Ada barang boleh bargain, ada yang tak boleh. Pandai2 la tengok keadaan and seller. Kalau mood diaorang ok, and korang pun nak beli banyak, boleh la bargain.

Kalau dia dah kasi harga offer, beli or walkaway terus. Depends la pada bajet masing2~~


belah kiri tu kedai jual barang makan macam coklat etc.



Running man's shooting location
Dah dapat apa yang nak, lets pergi Lotteworld pulak. 

Si raihan ajak cari face mask ada orang kirim katanya.

Sekali, dengan kitaorang sekali terjebak..hehe

Murah giler kot facemask kat sana. Ini dalam shopping mall ya, yang ada brand bukan tepi jalan punya.

Masa kitaorang pergi, ada offer. Lagila menggila. Mana tak giler satu facemask boleh jatuh 500 won je. Memang borong habis la...

Pastu gi section supermarket dia, pun giler jugak. Tapi gambar tak amik pulak. kat situ, segala jenis kimchi ada siap boleh timbang kilo lagi.

Kalau korang macam kitaorang yang giler tengok makanan, memang eksaited pasal macam2 jenis kopi ada.

Kat sini kitaorang beli seaweed, banana milk and kopi...

Dekat sini hanya certain barang je dapat plastic bag. Lain2 barang tu, pepandai la bungkus masuk dalam kotak.

Kotak, solotip, gunting ada disediakan kat tempat khas...

Borong face mask

Borong seaweed

Kat  belakang aku tu orang tengah busy packing groceries masuk kotak. Belah kiri gambar macam ada locker tu kan, itu locker untuk binatang peliharaan korang.... letak je situ sementara korang gi shopping...

Dah settle semua terus balik hostel. Kol 11pm hostel akan dikunci and lights off (macam asrama pulak rasanya). Kitaorang sampai dalam kol 10.30pm kot tapi ain je turun dulu untuk masak dinner (megi je pun. huhu) , aku dengan raihan gi cari parking.
 
Mencabar jugakla cari parking kat celah2 bangunan tu. Dah la lorong antara bangunan kat sana kecik and berbukit2...
 
Dah naik atas, aku baru perasan fon takde. cuak giler dah la gambar banyak....
 
Dah jumpa, kol 10.52pm baru nak start makan. Mamat receptionist tu tegur kata ada 8 minit je lagi before lights off. Laju2 kitaorang makan. hahaha... lagi 2 minit nak lights off masuk bilik.
 
Kitaorang nakal sikit, tak lights off pun. Berjaga packing barang etc dalam kol 12 lebih baru tido~~
 
Next entry - Busan & Jeju - Day 4 (part 1)

Tuesday, 31 May 2016

Busan &Jeju - Day 3 (Part 3) - Seonjipo Folk Village

 
 Tarik nafas... hembus~~

Sudah Day 3 (Part 3). Tulis entry2 ni buat aku rindu lebih pada Korea especially Jeju. Sayang sangat sebab tak stay lama kat sana. Pahadanla muka kau TT_TT

Jeju's map
Bila terbaca blog orang lain cuti2 Jeju 4h3m terus rasa nak tikam diri. over nau. haha...

Anyway, insyaallah, akan ada Jeju 2.0. Tapi bila tu, jangan Tanya la pasal kitaorang ada bucket list tempat lain lagi~~


So, anyway lepas puas amik gambar tepi pantai sambil berangan, kita ke Seonjipo Folk Village.

Sebelum tu, nah.....aku dah jumpa Tourist book yang orang Lottecar bagi.

Tajuk tourist book - FOC from Lotte House


Tempat2 menarik & fon number utk GPS
Eastern Area - Our focus for this trip ~~


Dia highlight attraction yang popular aje. Takpe, bolehlaaa daripada takde kan?

Admission fees

Admission fees untuk Folk Village ni 10,000 won @ RM34.80. Tak mahal and tak murah...




Dalam ni ada ditunjukkan sejarah dan lifestyle orang Jeju dulu2. 

Kalau ikut apa yang aku baca, Jeju ni sangat proud of 3 things - wind, stones and women (angin, batu dan wanita).

Berdasarkan pemerhatian aku, angin dan batu tu memang boleh dilihat dan dirasa kat mana2 Jeju.

Souvenier dia pun banyak terhasil dari batu2 volcano. Even rumah pun dibina dengan Tanah lumpur dan batu volcano. 

Walaupun tak sempat travel pulau Jeju sampai habis, travel Folk Village pun dah puas hati. Tau sejarah Jeju, half of korang punya vacation dah complete. The other lagi tu 'witnessing the majestic Jeju by your own eyes'

Lets layan gambar2 kat folk village. Tempat ni memang well preserved... Berbaloi la masuk bayar sampai 10,000 won kan? Hehe

Bergambar dulu near entrance :)

Tuan Tanah with tourist guide - Cik Raihan
Bergambar dengan kawan baik Ain. hehe... Ain suka nau patung gini. Ini actually booth public phone ~~
Simbol Jeju - wanita
Depan air terjun buatan~~
Cantikkan sini??
Tak dapat sakura, dapat ini pun jadikla...
Nama beliau - Oxeye Daisy
Tak tau nak tulis macam mana. Layan jela gambar ya :)











 










Alat untuk proses kapas. kot. sorry.  luferr

Kawasan rumah masyarakat Jeju dedulu...



Tempat simpanan makanan

Tadahan air hujan


Real look tempat tadahan air hujan di rumah2 lama Jeju

Rice grinding~~













Kedai cenderahati

Lagi kedai cenderahati
 
Suasana sekolah dolu2... Macam real people...Terkejut aku

Jamban orang dedulu. Belakang ain tu tempat pembuangan sisa2 tuttt and kat situ jugakla diaorang bela black pork -_-



 


 

Lagi kedai cenderahati

 








Live donkey!! macam patung kot dari jauh~~





 




Drama scene.... Tajuk drama tu aku tak pasti pulak...








Lepas daripada ni, bateri fon aku pun kaput. Next activity pakai traditional clothes sambil makan waffle.
 




Kitaorang sewa hanbok merelip 20,000 won untuk sejam. Kalau yang kurang merelip nya, 15,000 won baru...

Gambar dengan hanbok semua dalam kamera ain. Kalau cik ain dah bagi gambar, aku akan update entry ni lagi. Kalau tak, sampai sini jela eh dekat Folk Village ni.

After folk village dah kol 4 lebih kot. So, kitaorang decide nak balik city centre and gi Lotteworld...

Itu bersambung Busan & Jeju - Day 3 (Part 4)

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...