Monday, 16 May 2016

Busan and Jeju - Day 1 (Part 1) - Check in at Hauendae Beach

Finally we are in Busan!

All of us were literally excited  for this trip and were counting days :P

Sorry entry ni mix sikit Malay dengan English sebab aku kalau excited tends to write in English walaupun English aku bukan betul sangat. hehehe....

Flight 1 am 29 April 2016.

Nervous je beg tak lepas naik cabin sebab kitaorang memang tak amik luggage langsung.

Lagi satu nervous kalau makanan kena tahan sebab Brahim's tu ada sambal bilis (kategori liquid). huhu....

Tapi tawakal sesangat. Brother belakang kitaorang bawak sardine 2 tin and baked beans 2 tin. Sardine tak lepas sebab high liquidity and terus masuk tong sampah tanpa belas ihsan T______T  terkejut aku....
Aku faham memang tanggungjawab pegawai tu demi keselamatan negara, cuma terkejuitt first time nampak depan mata...

28hb tu aku kerja full day - balik Seremban kejap untuk mandi - pecut ke KLIA takut lambat. So badan memang penat giler2... Rezeki aku dengan raihan dapat quite zone. So, aman giler tido.

Aku amik gambar ni sebab bosan tunggu sorang2. Biasalah yang paling jauh la yang paling  awal sampai. hahaha....
Aku tak add-on makanan sebab aku pasti yang aku mesti akan tidoq baik punya pasal mengantok sesangat... Tapi sementara tunggu budak2 ni sampai, habis jugak la 1/2 foot sandwich dekat Subway tu. hahahaha....


On the way ke Gate. Excited faces indeed!!


Kengkonon taknak bawak beg tarik sebab nak feeling backpackers. Hmm... jiwa tak kental oi. Sakit pinggang je lebih. hahaha

Oh ya, kebetulan sangat kakak aku balik from Melbourne 29hb 8am....So, cantik la aku tinggalkan kereta and bagi kunci kat Kak Huda. Lepas tu bergegas ke Gate P08


Ramainyaa orang~~
 
Dah lepas masuk Gate terus legaaaa giler.
 


Excited much!
 

Letak beg dalam 5-10 minit macam tu terus gone sampai Korea. hahaha... ngantok giler sejam before landing  baru aku bangun gi toilet semua....

Touchdown Gimhae International Airport jam 8am (waktu Korea) @ 5am (waktu Malaysia)

Immi kat sana tak strict macam Melbourne ituari. Alhamdulillah semua lancar aje....

Keluar je dari Arrival Gate tu terus berpinar-pinar tengok tulisan Hangul everywhere...

Nampak tak Busan Gimhae Light Rail Transit? Dari situ la kitaorang naik, tukar train dekat Sasang station before ke Haundae Beach.


Singgah 7Eleven jap. Aku beli banana milk, cable fon (cable aku masa tu dah nyawa2 ikan) and topup T-Money 10,000W

Kad T-Money tu Raihan yang provide. Dia beli dari trip ke Seoul dengan kawan2 dia.

Banana milk....Dap2.. Tapi kena minum time sejukla. Kalau tak sejuk dia punya manissss boleh potong kaki.
Cuaca masa tu 12 celcius. Memang sejuk tapi since ada matahari lagi, so still bearable.

Keluar je dari airport korang akan Nampak signboard ni. Terus dan kekanan untuk ke Light Rail


Comel je ahjushi a.k.a taxi driver kat sana. Sementara tunggu customer, diaorang main badminton, dam aji (
Laluan Light Rail

Entrance ke Light Rail.

T-Money
Masa touch T-Money dia dah directly tolak 1,200 won. Berhenti mana2 station pun tetap sama....
Kalau takde T-Money boleh beli dekat convenience store macam 7Eleven or mesin2 macam ni yang terdapat kat stesyen. Tak pasti berapa harga....
Hello Busan~~~ View dari dalam train
Dah sampai Sasang station, gerak ke Lane 2 and exit 203 Hauendae. Sebelum tu, jangan lupa amik train map dekat airport... Sangat2 membantu...

From train to metro

Muka tak mandi woi! haha

Jauhnya nak jalan ke Line 2
 

Ke arah Jangsan & Hauendae


Muka fresh after cuci muka dekat public toilet dia :)
 9.40am boarding ke Hauendae and sampai sana around 10.40am
Dah sampai Haeundae...yeay!!
 

Masa mendaki tangga ni aku bersyukur giler bawak Backpack. Sebab beban beg tu dua2 bahu rasa...huhu

After turun station Haeundae, kitaorang amik exit no.7..... Dari sini ke hotel hanya 10-15min jalan kaki :)

Dekat sini, hotel bersepah. Cuma tak pandai baca hangul aje. hehe... Hotel ni kitaorang booking dengan booking.com and bayar cash masa check-in...

Rezeki kitaorang dapat early check in jam 11.40am (waktu Korea).

Harga dekat booking.com 58,100 tapi add-on 1 person 10,000 jadi 68,100 @ RM237 untuk 1 malam (1 pax = RM79)

Bilik complete with bath tub, 2 queen size and free wifi
Bangunan pink tu la hotel kitaorang :)


Ketua rombongan register



Nampak tak getah paip kaler hijau tu? Itula pili bomba diaorang.





Toilet takde hose tapi tu semua boleh adjust...hehe

Since dah waktu lunch, kitaorang pun masak Samyang ramyun.


Sebenarnya ni adalah ala-ala mee goreng tapi aku boleh terlupa and campur everything. Jadi la ramyun sup.

Pedas giler tapi sedap and ketagih. Tu ciri2 berkuah pun dah pedas kau bayangkan kalau buat kering?
Ramyun WIP

Tadaaa....Makan dalam besen. Mintak mangkuk diaorang tak faham, so apa dia bagi bedal ajela...

Lepas makan, solat and off we go to Gwangalli Beach.
 
 
*Rate 1000won = RM3.48 
 

Friday, 13 May 2016

MELBOURNE DAY 7 - My brother big day :)

From Day 3 terus skip ke Day 7. heheh14 February, tarikh keramat untuk si adik bertuah aku.

Majlis di Shepparton simple je. Nikah dan makan2...


Thank you kepada keluarga perempuan yang sudi terima adik aku walau banyak kekurangan.

Takde apa sangat nak cerita. So, layan gambar ajela ya. Kami bagi 5 berbalas 7.

Adik aku tak bagitahu pun ada hantaran pada mulanya.

Bila dah sampai sana, 3 ke 4 hari before majlis cousin kitaorang mention yang ada hantaran....

Terkejuit la jugak. hahaha....Ikut kan aku, takde hantaran pun takpe. haha... Tapi makcik2, parents semua bising, layankan ajela.

Budak bertuah ni beli barang hantaran and hiasan senyap2 je. Tapi tau la lelaki kan (tak semua) beli asal boleh je janji ikut tema. Segala mala riben kaler purple dia beli tapi tak fikir sesuai ke idok or macam mana nak hias ke apa....

Bila kitaorang (yang akak2 ni) tengok, fuhh urut dada kau...

So lets beli lagi...

Hari Sabtu balik kerja awal terus bergegas ke supermarket cari apa yang patut. Malam tu aku dengan Zakeera tido lewat kot kol 1 macam tu sebab nak decorate hantaran. Masa tu la idea2 kreatif (lah sangat) semua tak keluar.

Tapi walaupun tak semeriah or secantik hantaran orang2 kat Malaysia, aku tetap bangga dengan diri sendiri (tepuk2 bahu) sebab ini first time aku buat hantaran and hasilnya better dari apa yang adik aku buat. hahhaha...matiklah perasan sendiri :P








 
 
 
Pagi tu dalam kol 8 kitaorang bergerak ke Masjid.
Imam yang nikahkan adik aku ni sempoi je. And proses and lafaz dia mudah je. Tak macam kat Malaysia. tapi aku taknak komen pasal tu sebab mahzab lain2...

Memang majlis kecik je. Masa nikah tu hanya family je ada.

Kakak kepada isteri adik aku pun nikah sekali kat sana :)
Majlis akad nikah. Sama je macam kat Malaysia, memasing macam paparazzi....hehe

Alhamdulillah selesai. Pengantin dengan sijil memasing

Aku - Kakak aku - Zakeera a.k.a Zack
After nikah, kita gerak ke one of rumah Malaysian kat sana untuk jamuan ringan.

Meriah giler makanan. Dapnyee bila ingat balik.
Nasi hujan panas. Kak Ruby (mak pengantin ppn) yang masak semua ni.... hebat2



Ayam masak merahh... nyumm3



Kuih2 ni order dekat Malaysian yang stay sana















Sebagai kakak, aku harap adik aku jadi ketua yang adil pada keluarga, boleh bimbing isteri dan anak2. Selamat pengantin baru....
 

Semoga Tuhan rahmati keluarga baru korang :)

Thursday, 12 May 2016

Busan and Jeju - Preparation Day!

Hi...Anyong~~

Entry ke Melbourne pun tak settle lagi tapi ada hati buat entry baru...hehe...

Takpela, since semangat Korea tu masih membara lagi, lets blog pasal trip ke Busan. Yang entry Melbourne tu to be continued :P

Trip busan adalah trip yang impromptu atau bahasa kampungnya - trip mengejut. Asalnya kitaorang nak memang nak bercuti sesama tapi takde destinasi pilihan. Bila browse2 AA promo, return tiket Busan sangat menarik around 700++ so apa lagi, terus book... hehe...

Ada yang kata Busan takde apa sangat berbanding Seoul. Aku belum sampai Seoul lagi so tak boleh nak buat comparison. Cuma yang aku boleh cakap, Busan has its own thing to explore. Banyak je benda yang kau boleh tengok dan belajar dekat Busan.

Cuba tengok peta kat bawah ni. Banyak je tempat menarik boleh pergi :)


Masa buat research untuk itinerary, aku tengok peta Busan is nearer to Jeju so discuss2, last2 Jeju pun masuk dalam iti :P



Dari Busan untuk ke Jeju, ada 2 cara - by air (udara) or by sea (laut).

Jalan laut macam menarik je tapi 12jam perjalanan dah rugi 1/2 hari...

Naik flight around 1 jam je. So, flight it is.

Bukak skyscanner.com --> tulis destinasi --> keluarlah semua jenis flight provider yang ke Jeju.
Tapi aku tak book direct dari sana. Instead, aku gi satu2 website service provider tu and check price sendiri.

After compare price and everything, kitaorang decide naik AirBusan untuk flight Busan - Jeju pada 30hb April and naik JejuAir untuk flight balik Jeju-Busan pada 2hb May.

Ni summary expenses incurred for Air Transportation..

Air transportation settle.
Next land transportation pulak.

Di Busan kitaorang memang rely sepenuhnya pada public transportation dia especially Subway. Subway diaorang sangat efficient and user friendly. Ada jugak try naik bus tapi aku tak recommend sangat especially kalau nak pergi kampung2 kecik sebab semua dalam tulisan Korea. tak paham weii... tobat aku sesat 2 kali naik bus kat sana T____T

Tapi yang bagusnya, bila kita dah sesat and Tanya driver bus, diaorang akan try very hard untuk explain walaupun cakap macam kucing dengan ayam. haha

If korang dah buat full research and confident naik bas, go on. Haritu aku memang tak sempat buat research.

Di Jeju, most of tempat yang nak pergi adalah jauh2. So, kami decide nak sewa kereta di lottecar rental.



 

Sign up as member and boleh dapat diskaun up to 60%!!
Kitaorang amik kereta kecik Kia Morning untuk one day. Price after discount and full Collision Damage Waiver (CDW)- 53,600won @ RM186.53

Mahal sikit sebab sewa on weekend. Tapi yang bestnya free GPS :)

GPS dia hanya key-in nombor telefon pun boleh. The power of technology!

Payment untuk kereta hanya terima credit card. So, please make sure aktifkan cc sebelum fly ya...


Untuk subway and bus, kami beli T-Money and topup 30,000won @ RM104.4 sepanjang di sana. T-Money konsepnya sama je macam Touch N Go kat Malaysia...

Summary transportation cost:


Settle booking transportation, kita go to second most important thing - Makan! Ada orang prefer bawak makanan dari Malaysia, ada yang adventurous mesti nak try makanan Korea tapi ada jugak yang macam kitaorang yang 50-50. Bekal dari Malaysia pun bawak, makanan Korea pun cuba :)


Shopping bekal makanan di AEON Big Alamanda
Total makanan yang ktorg bawak. Share 3 orang - RM30.40


Raihan ni Very2 important person. Trip ni takkan Berjaya kalau tanpa itinerary and confident level yang dia ada :P


Sado giler lengan T_________T

 

Ramyun peket hitam tu pernah viral kejap haritu pasal isu ada unsur yang tak halal la apa.
 
Tapi aku ada baca penjelasan dari bekas student Korea macam Maream's Omma (kalau sebut nama dia mesti ramai kenal) andalso Korean Muslim Federation (KMF) mengenai isu ini. That's why kitaorang beli dari Malaysia dan bawak sana instead of beli di sana. huhu...
 
Aku tak nak cerita banyak pasal ni. Korang research sendiri la ya.
 
Selain tu, ada jugak kitaorang refer facebook Halal Korea untuk makanan jenis2 makanan lain yang boleh makan kat sana :)
 
If tak sure, kitaorang stick to veggie/ seafood option. Sebab tak semua tempat / orang di Korea faham Halal tu apa.
 
Summary expenses untuk makanan from Malaysia :)
 
 
 
So total basic expenses kitaorang adalah: RM1,112.71+ RM245.46+ RM30.40 =RM1,388.57
 
 

 

 
 
 

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...