Wednesday, 18 September 2013

5 weeks back to back assignments...

Lama mana tak bersiaran tatau la. 

Depends pada masa dan pada mood

Walaupun takde orang rindu

Tapi i is rindu membebel...

Later~~

Wednesday, 4 September 2013

#sepetkahwin

aku start berblogging ni secara suka2 
back in 2009 kot?
bodo2 buta IT tapi memandai daftar blogspot
sampai sekarang aku tak reti nak buat wallpaper cantik2 ke apa

so, memula ada blog ni kerja aku is bloghop
pastu kalau aku rasa blog orang tu best, memang aku follow
aku rasa aku follow kak jeng dulu kot
pastu kak jeng selaluu je cerita pasal adik beradik dia
and end up aku terfollow la kak ceera and si sepet ni

best baca blog sepet 
sebab aku rasa cara dia tulis sangat comel =)
macam orangnye jugak
maka saya pun menjadila reader tetap

nak kata silent tak la jugak
sebab aku jual VCOA ni pun sebabkan sepet gak (means ktorang bertegur jugak la walaupun urusan biznes)
nak kata die hard fan pun tableyyy (sebab aku die hard fan *lantiksendiri* TOP and drfaiz =P )
dan aku bukan jenis baca and komen entri dia satu2..haha
so, boleh consider as reader yang sedang-sedang =)

aku pun ada add dia fb and #IG
ntah, aku prefer follow #IG blogger dikalangan rakyat marhean daripada retis2 
sebab pada aku, update diaorang lebih real and related dengan life aku and lebih ikhlas =)
tatau la kalau ada yang rasa related dengan mana2 artis---it's up to you

bila #sepetnoh up status jemputan kahwin
terus laju2 mark kalendar and mintak beliau PM alamat
sebab dah lama2 baca rasa macam kita ni goodfriend
walaupun bukan jenis yang laga pipi hari2 tapi kawan la =)
kawan dialam maya or kawan tanpa sempadan

one thing best baca blog orang and berkawan is-
kau kenal dulu perangai orang tu baru kawan
so, kau takde masa nak judge dia or dengar orang kata apa
well, there's an argument ada blogger yang fake la apa la
tapi apa nak risau? 
kalau rasa the blog is disturbing or fake or mengada ke apa ke
just remove jelah dari list. kan? 

so, hari ahad ritu 
lepas kenduri kat seremban dengan mak and adik2 aku
aku terus ke Kg Cheras Baru
giler aku rasa firsttime kot drive kesana
tapi apa ada hal? GPS kan adooo

set address and ikut je la arahan
kalau dia kata turn left, aku turn left
kalau dia kata turn right, aku pun turn right
syukor la aku pakai apps ni tak sesat dan takde dia bawak aku ikut jalan bukan2 
cuma redha je la kalau tetiba dia bawak jalan yang banyak tol..hehe...

sampai rumah #sepetnoh terus cari parking
dah siap parking tetiba segan..haha...
aku hampir2 nak ajak mak aku balik kot
tapi takpe, bila lagi kan nak jumpa...

masa sampai tu dah kol 3 lebih kot? 
tak ingat la tapi orang dah ramai beransur balik
kitaorang disambut oleh kakak2 sepet
yang kelakarnye semuanya aku kenal (tapi opkos diaorang tak kenal aku kannn)
tapi segan sebab kenal kat blog #adikberadiknoh je..haha
salam ape semua terus makan...

angle paling penting. nampak cam makan sikit. padahal.....
mula2 mak aku kata rumah ke-3 ni jamah jela 
amik nasik sikit, sambal belacan sikit
sekali tak lama lepas tu tambah pulak..haha
sebab sambal belacan dia sedap. memang sedap pun. terbaikk...

mata meliar2 pandang sekali nampak a few blogger yang lain
ada k.peej, k.filla (and bff beliau), k.elly, k.moon
semua datang berpasang-pasangan
siap bawak anak2 terus rasa cam eh, ramaiii nye aku kenal kat sini
padahaalll kenal kat screen je khenn..

terus rasa alahaiii segan gilers
k.peej dengan k.filla aku setakat 'haii' je 
sebab blurr tak reti nak cakap apa
Dengan mak buyung yang comell =)

tak lama lepas tu k.peej, k.filla, k.elly balik
aku memberanikan diri tegur k.moon
nasib k.moon pun tak sama blur dengan aku
borak2 sikit baru naik atas jumpa pengantin...
*dah kenyang baru ada keberanian. sangat dot dot*

muka segan takleh kaver T__T
jumpa sepet lagi segan
sebab chantek sangatt
macam tak cayer je kan jumpa depan2 

amik gambar pun sepet yang offer
sebab aku dah terlampau segan..haha

tema baby blue + gold
cantik okeihhh...terus rasa nak kawin jugak..haha

anyway,

to sepet---
time kasih untuk jemputan T__T
Tahniah untuk sekian kalinye 
semoga menjadi isteri yang solehah
semoga dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga... =)


pintu gerbang cantikk

Lepas amik gambar, terus larii pecut..nampak langit tu gelap? hujan okieh..syukur sempat jumpa.

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...