Thursday, 31 January 2013

Random #2

Jika sejarah itu tidak berapa manis

jangan sesekali menjenggukan diri

kerna mungkin kamu akan terluka sendiri

dan untuk mengexplain serta memujuk diri,  kau pasti tidak mampu.

lebih baik pura-pura tak tahu

*hati sayu tetiba

Random # 1

FB adalah medium communication yang pada aku sangat penting. 
Member mana yang dah kawin, member mana yang dah ada anak semua fb la yang banyak bagitau
nak harap aku sendiri gi contact sorang2, chit chatting adalah sangat payoh
*macam kau sorang bizi kennn......*

Aku paling suka tengok orang punya gambar. Be it cantik ke, hensem ke, duck face ke semua aku tengok
Kalau nak rasa aku ni stalker, silakan...hahaha...

So, bila stranger tetiba msg konon nak kenal. nak kawan. 
dan oleh kerana diri ini gatai melayan taknak digelar sombong, kita sambut la salam kenal orang dengan baik
lagi2 bila tengok ada mutual friend. takde la perasaan was2 lagi. 
maka conversation pun terjadii...

hi leh kenal.
nama tengku **** 
boleh panggil tengku or ****
male (pfftt.....perlu ke nak bgtau? mcmkan tak leh detect dari nama kau)
umur lebih kurang la 24

tapi bila dilayan, makin lain jadinya. sesuatuu je. 
tetiba nak kenal lebih rapat la hapa la. eh. tadi kau kata nak kawan2 aje kan??
Lepas tu suruh approve friend la hapa la. 
Baiklah. saya approve. 
Lepas tu gambo sendiri takde... yileekk! langsung nehi takde. 
Letak gambar robot la, apa la...
ape ke hal la nak kawan tapi memalu nak tunjuk diri sendiri??
lain la kalau kau ada niat lain kan?? eh. 
lagi laaa aku terasa sesuatu...

Bila ditanya, boleh jawab "laa....nak gambar ke. kenapa tak request?"

tetiba terasa diri ini sangat teruk. haihhh....

sendiri letak la bro. baru la tau berkawan dengan manusia ke, robot ke, komputer ke apa.

ini common sense kot. atleast bagi aku. 

melainkan engkau ni ada niat pelik2. hoihh...anti betul. 

ketahuilah adik2, setelah kerja, umor pun dah nak masuk suku abad, akak tak kosser nak main teka teki dengan orang yang tidak berwajah ni. 

lagi2 bila mood aku masih kelaut, lagiiii la tak kosser.... 

and, ya profile picture aku pernah letak gambar TOP *auwww....tetiba
tapi kan takde la langsung takde gambar diri sendiri. 

aku punya pemikiran: Facebook sendiri, gambar sendiri mesti ada. yeah! 



Wednesday, 30 January 2013

Kesukaan baru

After Family Outing, aku suka melayan Runningman. 

mula2 rasa cam bosan. sebab aku tengok episod 20 lebih. 

sekali terlayan plak.... 

adik aku ada episod 1 sampai 100. hamik kau, santakk melayan

favourite aku monday couple. comel gilaaa....heee....

and of course, Yoo Jae Suk. Kalau baca pasal depa ni, bukan senang jadi artis sana. salah sikit, kena. kalau ko bagus, diaorang memang puji melampau. 

tapi aku bukan nak cerita pasal runningman member, 

aku nak cerita pasal kesukaan terbaru

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Leessang!! 

lagu2 rap diaorang memang best. aku plak memang suka orang yang pandai rap ni *tapi kalau nak compare dengan TOP, aku gila lagi beliau sebab hensem*dasaarr...

tapi ultimate lagu yang aku suka is Remembrance. Sangat mendalam lirik dia....



and.....

siapa layan runningman, memang kenal sangat lagu ni =)

kalau Monday Couple punya moment je, mesti kuar lagu ni...


sambil buat kerja, layan lelagu diaorang memang tak pasan masa...
perut lapar pun tak sedar...
eh. kau memang slaluuu je lapar~~

layann kan ajela budak mood tengah tak betul ni kan...

Mood dan badan

Aku pernah....

Dapat customer yang sangat cranky. bila tak tertahan dengan beliau, hati terdetik "apsal la beliau ni. period agaknya"

sekali
.
.
.
.
.
.

aku pun bertukar menjadi cranky....

haa..... jangan main2 dengan hormon pompuan. 

sekali sendiri terkena, terus cakap depan cermin- padan muka!

oh. tak best....

bila cranky and moody, semua benda rasa macam tak jadi je.

orang buat kelakar, aku boleh sentap.

orang cakap sikit, aku terus rasa nak marah....

lepas tu tebiat makan pun menjadi-jadi

pipi ni nasib je tak macam baju ada size. 

kalau tak, tatau la nak bagi rating size apa. Extra Large?? hoih.hoih. hoih.

itu belum tengok drumstik sendiri. kalau drumstik ayam sedap la nak masak ciken goreng. 

drumstik sendiri?? alahaiii........

bila mood kelaut, badan sendiri pun rasa tak kena.

padahal selama ni orang dok berzikir kata gemuk, tak rasa apa...

ke, bagus jugak moody ni? bior sentap tengok diri sendiri and tersedar ke alam realiti...

azam kemain nak kurus. tapi dietnye idokk...haha...





Tuesday, 22 January 2013

benda kecik je baii


Masa aku kecik2, aku jenis kalau apa2 pun, mesti pendam dalam hati
Oih. Besau nau hati ni kan semua benda nak pendam. And as a kid, I have a really strong memory. So bayangkan la aku punya tantrum bila emo kan. Pastu kalau mak aku malas nak layan, aku masuk bilik nangis2 sampai tertido. Bangun2 ok balik.

Aku bukan nak cerita perihal “rumah tangga” kea pa
Cuma aku rasa aku dah di tahap buntu.

Kalau aku start bercakap kang, ada yang sentap menyentap
Tapi kalau tak cakap, aku pulak yang pendam perasaan.

Malas sebenarnya nak cakap lebih2 sebab masing2 dah besar.
Kalau nak orang layan kau cara orang besar, kau pun kenala act like adult.

Benda ni dah lama makan bertahun jugak aku perhati. So, takde istilah serkap jarang ke hapa.
Isu dia kalau korang baca pun mesti macam “ekeleh ida ni….”

Pasal toilet. Kebersihan toilet. Rumah aku tu ada 2 toilet. Satu dalam master bedroom, satu lagi kat luar. Semenjak duduk rumah tu, tak pernah langsung ktorg mengaplikasikan jadual cleaning. Masa tu masing2 paham sendiri yang bila duduk bersama, kita ada mutual understanding yakni masing2 sapa rasa nak bersihkan, dia bersihkan. So, bila jadi macam ni and tetiba nak buat jadual cleaning, agak canggung jugakla rasa dia.

Since belajar lagi aku perhati je. toilet tu pernah aku tahan tak cuci sampai la aku punya tahap geli dah maximum. Still, takde yang nak bersihkan. Padahal masing2 kalau mandi boleh tahan lamanya. Kalau keluar rumah dating keapa, boleh tahan wanginya. Bila bercerita, kemain lagi tak tahan geli nak guna jamban duduk kat public toilet. Tapiii…….sendiri punya tak pulak geli… aku bukan la expect toilet bersinar2 tiap kali mandi kena cuci ke hapa. Boleh je take turn seminggu sekali. Ini tak, sampai heihh…aku pun segan nak tulis!!

Bila dah start kerja ni, memasing sibuk. So, lagi la aku rajin nak buat observation.  Mcm hari tu 2 minggu setengah aku outstation, bila last aku balik tu, toilet nye macam gitu jugak. Nak kata berus takde, ada… nak kata sabun pencuci takde, ada…habis je aku beli. Tak pernah nak claim ke hapa. So, kalau korang nak  berkira nak bersihkan rumah, aku pun boleh listkan aku punya kira. Seperti kata pepatah “akauntan memang kuat berkira” >_<

Ruang tamu tak pakai?? Baju kau jemur, beg keroje, iron baju, barang2 kotak2 semua kat hall.

Dapur tak pakai?? Kau memasak (walaupun sekali  sekala), kau punya bawang, kau punya sampah makanan, kau punya beras etc. etc. tu bukan letak kat dapur??

Bilik air jarang pakai sebab jarang ada kat rumah?? Habis aku pun boleh kira aku outstation lagi, mandi sekali sehari? Eh.

So, jangan la nak cakap “I don’t ultimately used this area, so kenapa nak kena bersihkan” sebab indirectly kau memang guna pun. Cuma kau je tak nak mengaku. Ikutkan, orang lain pun jarang guna.

Kalau kau bizi, orang lain pun bizi. Jangan jadikan alasan. Aku malas nak cakap lebih2. Aku perhatikan aja. Tapi Nampak gaya macam kau ni jenis wat dunno je.

Satu je, kalau kau takleh commit nak tolong buat “spring cleaning” sekali sekala, tapayah susah2 nak guna area yang lain selain bilik ituu… baru terbukti yang kau tak ultimately use other area.

………the end……
Mesti korang rasa macam “ekeleh, benda kecik bai”
Memang la kecik, tapi kalau dah selaluuu sangat, makan hati weyh. 

Friday, 18 January 2013

Outstation dan VCOA?

Yup, aku rasa macam dah berjaman je tak up entri. 
Hatta entri merepek sekalipun
sebab iolls memang tak sempat...
3 minggu berturut aku back to back outstation...
Balik ofis, dengan paperwork lagi
pastu weekend dengan majlis kawin nye lagii
ohoiii....ramai pulak yang kawin tahun ni...
dalam pada happy2 tu, ada jugaklah sikit jeles
matiklah pompuan tak sedau diri =P

Siapa yang berminat nak beli VCOA,
aku buat COD (Cash on Delivery) untuk area Shah Alam and Plaza Damas
tapi kena confirm sehari sebelum supaya senang nak arrange kan
masa tu boleh la nak telek muka aku ke, nak tanya lebih2 ke apa ke
sebab sekarang ni, aku belum berkesempatan nak upload gambar ke hapa
boleh je kalau nak amik pakai kamera fon, tapi takde kualiti la gambaunye...sebelum dengan selepas nanti sama jee...huhuu....

and berita baik untuk korang yang beli 2 botol ke atas, 
aku tengah bermurah hati nak bagi free gift...
T-shirt from Jakarta or key chain dari bangkok...
hasil rembatan masa outstation itu hari...
so, siapa cepat dia dapat. t-shirt jakarta ada lagi 2 helai je lagi...hoho
tapi itula, gambau muka sendiri pun tak berupload, inikan gambau free gift. >_<"

aku tak berjalan sangat pun itu hari, sebab kena kerjaa..hwaa...
ini penat travelling pun tak habis lagi. 
semalam kemain lagi awal bertolak, sekali driver tu hantar salah airport...
dahla aku paham sawadikap dengan kap kun kap je....
merasa jugakla berlari satu airport dengan beg gedabak2, dengan heels bagai
untuk shuttle from Suvarnabumi airport to Don Mueng airport....T__T
pastu hari ni kena masuk kerja lagi...oih...

eh, dah kol 6. nak kena balik. aku tak pegang kunci office, so terpaksa meng-chowkan diri...

sapa yang nak beli VCOA, sms aku 0137960028 untuk COD okieh..sapa cepat, dapat free gift =)
harga VCOA ni RM40 sajo...jimat postage RM6...


Friday, 11 January 2013

VCOA: hot item in the house

*ini adalah sticky post. Tutorial how to make sticky post sila refer mak buyung hot ini


Nampak tak kat sidebar belah kanan tu??

Yup2.. saya disini mengisytiharkan bahawasanya saya telah menjadi agent Treenea VCOA under cik sepet.

Tak caya kalu, boleh tengok agent list beliau disini. Boleh juga like fb page Treenea Selangor. Situ ada jugak nama aku. kira kalau korang tak caya, boleh refer situ.

Maksudnya, jika sesiapa nak beli, boleh jimat RM6 postage sebab aku boleh COD. Area Seksyen 7 Shah Alam (sekitarnya juga bisa), Plaza Damas (ini applicable hari bekerja sahaja. tapi kena tengok date jugak sebab kengkadang iolls outstation) or Seremban (ini aku boleh arrangekan macam mana cerita). tapi Main area is seksyen 7, shah alam la.


VCOA ni nama manja. nama penuh Virgin Coconut Oil Antioxidant atau orang melayu panggil Minyak Kelapa Dara. What so special about VCO ni compared dengan minyak kelapa biasa? Aku tayah cerita pasal proses pembuatan la. Sebab dah banyak sangat artikel boleh jumpa di google. One of it boleh refer pada artikel ini. Apa yang best is kita nak tau apa benefit2 yang boleh dapat dari VCO ini.... Sebab aku punya main motif is nak cantik, nak sihat, nak kurusss... Siapa yang taknak cantik kan?? Cantik ni tak semestinya muka kau nak kena macam engilina jolie. Bagi aku cukup kalau kulit kita cantik, mulus, tulus...Selain mekap, kulit cantik bermula dari dalaman. Siapa yang taknak cantik?? 1st benda yang aku akan nampak dekat orang bila jumpa is kulit. That's why aku decide untuk amik VCOA ni sebab salah satu kebaikkan dia is membantu merawat pelbagai masalah kulit. Kebaikan yang lain tu aku anggap je sebagai bonus...



Meh nak senaraikan lagi kebaikkan VCOA:


-Membantu melancarkan sistem pencernaan (lain orang lain efek dia. aku perasan after a few days consume, aku punya ehem tu lancar je. pagi2 confirm ke toilet. dan tak lama pun nak memerut..sekejap je boleh selesai. woot...woot...)

-Meningkatkan sistem daya tahan tubuh badan

-Membantu mengurangkan berat badan. ini 2nd main reason aku pilih VCOA ;)

-Mengurangkan kadar kolestrol dan darah tinggi, serta risiko sakit jantung

-Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang 
sihaat. Oh, ini reason no.3. Rambut aku sekarang ni jenis kasar2 cam dawai. Tapi ada hati nak bela panjang2. So far, ada rasa lembut sikit. Nanti kita tunggu dalam sebulan macam mana yerr ;)

-Membantu merawat pelbagai masalah kulit  dan menghalus serta menyeragamkan struktur kulit. This one is my no.1 favourite. Walaupun ada kawan yang kata kulit aku fair, takde masalah la apa la. Aku tetap tak rasa konfiden sebab...sebabnya yang itu semua mekap. muka iolls sangat kusam kalau bangun pepagi. Kengkadang akak aku kongajo dia cakap aku muka tak mandi =( So, aim pakai VCOA is untuk mengurangkan kekusaman muka ini=) Memalam sebelum tido or siang2 tak gi mana2, aku picit VCOA and sapu kat muka. Kulit jadi lembut dan licin....nak bagitau feel dia yang awesome tu aku tak reti. senang cerita, try sendiri...

-Menyokong fungsi tiroid

Lupa nak bagitau, VCOA ni bentuk dia is soft gel. so korang boleh telan or cucuk soft gel dengan jarum bersih and sapu kat muka. tapi aku malas cari jarum, aku gigit je soft gel tu. gigit sikit kat hujung, and koyak la beliau...wakaka.matiklah pemalass. Selain telan, ko jugak boleh kunyah soft gel tu. Macam makan gegula je rasa dia. Cuma tak rasa manis la. kenyal2 gitu. 

Ok, tadi kan nama penuh is Virgin Coconut Oil Antioxidant. Apa yang best sangat antioksida ni eh??


Hari2 balik kerja, pergi kerja, pergi shopping mesti lalu jalan raya yang berasap, berdebu. Lagi2 area Klang Valley memang penuh asap. Aku kan naik motor, lagi la terdedah dengan asap. Kengkadang rasa macam sia2 je sembur perfume bagai sebab sampai ofis, CONFIRM lagi SOHIH badan bau asap....Asap2 ni, ditambah dengan sinaran UV adalah tidak elok untuk badan. 
So.... disini lah pentingnya makanan yang bersifat antioxidant. Vitamin yang kaya dengan antioxidant ni antaranya vit. E, vit. C and beta-carotene. Korang boleh refer sini dan sini untuk artikel mengenai kepentingan antioxidant untuk tubuh badan kita. 
VCOA by Treenea kaya dengan vit E yang bersifat antioksidant so amatlah berganda-ganda efek dia kepada kita.Badan menjadi lebih sihat dan tesktur kulit menjadi lebih halus dan seragam.

And to add other interesting fact, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). MCT adalah agen pembekal tenaga segera dan since ia senang didigest, maka MCT tidak disimpan dalam lemak badan tapi terus disalurkan kepada hati sebagai pembekal tenaga segera. Hati kita akan transform Asid lemak kepada sebatian keton (keton bodies). boleh refer sini untuk info tentang keton bodies. it's another option for our body kalau glukosa tak dapat berfungsi membekalkan tenaga. Sebatian keton ni juga boleh membantu pesakit alzheimer dan parkinson.

Selain kebaikkan diatas, pengambilan VCOA secara oral (maksudnya consume/makan. baik geget or telan) dalam kadar tertentu boleh melindungi kita dari serangan kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan meningkat, selsema dan batuk berkurangan. best kan bonus2 benefit VCOA ni??

Cerita kemain lagi tapi tuan badan tak nampak. hoh. Ok, Packaging dan design dia adalah macam gini. Ini gambar amik dari sepet. tapi aku jual benda yang sama jugak since beliau adalah dealer aku kenn...kira ktorg macam one big happy family. sepet ni ketua keluarga, dan aku serta agen2 yang lain adalah anak2 dia. *motif sangat anak kan. padahal sebayaa....ampunn sepet =P





 so far agent under sepet ni serata malaysia ada. so boleh cekkidaut blog sepet untuk list lengkap pastu korang boleh la deal dengan mereka. aku punya area keutamaan is seksyen 7, shah alam dan kawasan sekitarnya. Plaza Damas dan Seremban tu depends. tapi boleh diusahakan. Yang bestnya seksyen 7 ni kalau beli dengan aku, aku belanja korang cheesy wedges...nyum3..sedap tak?? 
aku tengah planning nak dapatkan free gift dari Jakarta untuk sesapa yang beli dengan aku..yeayy!! korang mesti suka kan?? aku akan balik Malaysia hari Khamis. so, Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah free. next week aku akan usahakan free gift dari bangkok plak. kita tengok acaner ;)

untuk set date, boleh email aku: mujahidah_rosdi@yahoo.com
or sms: 0137960028

sertakan:
nama
berapa nak beli
mana kita nak ngedate

harga is RM40 sebotol (60 biji soft gel sebotol)
untuk kulit yang agak teruk, makan la 2 biji pagi, 1 biji malam. pastu sebelum tido sapu sebiji di kulit yang bermasalah (boleh tahan 1/2 bulan). After 3 months or dah nampak pengurangan, boleh la makan 1 pagi, 1 malam (boleh tahan sebulan).

Investment untuk kesihatan apa salahnya? Badan kita ni satu je. kalau baik pun itula dia, kalau tak sihat pun itu la dia. So, kita kena la jaga dengan elok.   Badan sihat, kulit cantik, sapa yang happy??? korang juga yang happy kan... 


Thursday, 10 January 2013

Free gift VCOA sudah ada. mari grab!!

Semalam bershopping di Tanah Abang, Jakarta. 
Sangat puas hati sebab teramat murah
kalau sale di Malaysia pun belum tentu dapat murah macam ni. 
Best sangat okieh... tinggal lagi aku tak convert duit bebanyak ritu
sebab KONON2 taknak beli apa2. so, duit  bajet untuk makan dan standby jela
sekalii....bila dah sampai, terus lupa diri...hahaha...

Gila ke apa. Contohnya, Jaket kulit kalau kat Malaysia aku pernah survey dalam RM120 gitu kat uptown (*ye, level aku uptown sajoo)
Kat Indonesia, half of the price boleh?? Terus rasa macam nak beli banyak2 
Tapi padan la muka aku sapa suro tak tukar duit siap2 kan? 
Terus rasa macam nak kena planning gi liburan lagi disini...hoho...

Ofismate aku beli kasut dalam RM45 gitu. Kasut ala2 but ni. Di Malaysia harga dia berganda-ganda. 
Terus rambang mata. Tapi aku si kaki lebar ni memang susah nak cari size =( 

But anyhow, walaupun 2 jam je menyopping, aku still puas. 
Tapi kalau nak ikut napsu, opkos belum puas >_< hahaha...
harus aku menabung lagi untuk datang lagi. 
passport expired hujung next year. macam membazir plak....*eh, syopping tak bazir. dasarrr

Sapa yang order VCOA dengan aku, free gift T-shirt from Jakarta untuk sapa yang order minimum 2. siapa cepat dia dapat eh...

Tuesday, 8 January 2013

dimana sih??

Bangun pagi2, tersedar diri di Jakarta. 



oih...


ada macam cite mistik tak??haha

currently at jakarta barat... untuk oditt
iya, guwe masih kepeningan dengan campuran bahasa
di malaysia pun guwe cakap melayu terabur...cakap english masih berbunyik kampung
maka tidak heran la jika di sini guwe kebingungan...guwe kan ratu bingung...

mereka sangat helpful. cuma, perlu  diingatkan beberapa kali...
yang itu mencabar kerna guwe juga pelupa orangnya..
bagaimana orang pelupa mengingatkan orang lain untuk tidak lupa??? 
iya...kayaknya seperti ketam menyuruh anak berjalan lurus...

aish..berbelit lidah. tapi kan macam spontan mau ngikut dialek mereka.
walaupun kedengaran agak jengkel..
maafkan saya kerana bersifat jengkel begini...

tidak ada foto untuk dimuatkan...
kerna guwe masih cameraless...
mungkin kena mintak sumbangan orang ramai untuk menghadiahkan guwe kamera...

pulang hari khamis nanti. 

tiada target untuk bershopping ke hapa melainkan menyiapkan kerja..
kerja beres, barulah berjimba..
tapi menaip entri ni macam cakap tak serupa bikin plak
yelah...yelah...
nak say bye la ni nak buat kerja...
tapi ngatuk...alahaii

Monday, 7 January 2013

jehmaat lepass

Hari Jumaat hari tu rasa Jumaat  yang panjaanngg gile

macam biasa, start the day dengan masuk ofis. hoho...
sampai ofis dalam 930 gitu gini dengan AFS-audit fact sheet nak kena sent out kat client

fyi, audit fact sheet is ekceli macam pemberitahuan atau notis on your improvement....so, memerah otak jugak la kan sebab ko nak dia improve, ko kena suggest la alternative ways. tang tu la hakak faillll.....
masa tu la bermacam perasaan tidak berapa nak positif timbul (saja kan taknak guna perkataan 'negatif'. macam teruk nau bunyik nye..haha)

contoh soklan: kenapala aku amik oditt....hahahahaha...ini external ke, internal ke aku tetap la rasa gini. rasa nak tikam diri sendiri sebab gedik terlampau...

best sebab jenjalan la. in-fact adik aku yang darjah 6 tu sibuk nak jadi oditor
sebab katanya best tengok aku dapat jenjalan....

tetiba rasa best kan jadi budak sekolah. ko bebas set nak jadi apa, nak buat apa tanpa perlu risau apa orang kata. aku rasa, as a kid, we've more power to determine what we want in life. 
sikalang ini, kalau pakai macam ini, takut orang kata
tanak buat macam itu sebab tak 'in' 

kalau dulu, kasut apa mak aku beli aku pakai la sampai lunyaii
sekarang, kalau nak kuar, tengok kaki agak2 boleh diterima, baru pueh hati (walaupun aku rasa aku still je comot dan selekeh...matiklahh tak berubah)

eh. da pusing cite lain plak hai...
ok, after that tengahari gitu aku gi bank, pastu gi ofis client. 
buat f/up gitu gini nearly 6 jugak aku setel. 
pastu ujan. pastu stranded dekat mamak makan tosaii sardin dengan muka sardin >_<

tah macam mana, aku call mak aku, tetiba dia kata adik aku kuar rumah tak balik2
tak gitau buat apa, dengan siapa, pergi mana semua
aku pun call, rupanya beliau dalam bas ke jalan pekeliling
baru nak suro dia amik bas ke shah alam, dia kata, duit yilekk....

dah sudahh..tanya gi mana semua dia kata nanti cerita
aku dah risau je takut apa2 hal.
dengan tatau nak gi pekeliling tu cane, aku redahkan aje
sebab aku konfiden akan ada signboard. sekaliii......yilekk jugak
hahahaha...sengal! merata aku tawaf
bila orang explain, takkk jugak paham2. pastu sesat lagi T____T
in total 6 orang polis aku jumpa itu hari...dahla henshem henshem....wakaka

ok, bayangkan ye, dalam hujan nek motor dengan tatau jalan
 sekali bila sampai, adikk aku selamba tapir seret beg roda yang standed size tu. 
rasakan la berhimpit cam sardin atas motor. dahla kakak dia boleh tahan besau...setelkan hal beliau, cari tempat nak tido bagai sampai rumah s.alam kol 11 lebeyy...gila penat!!

nak marah2 aku da tak terdaya sangat.
kalau marah pastu dengar cakap takpe. ini serupa macam akak dia (matiklah...merasa berdepan dengan perangai sendiri), buat dekk je..
so, aku malas nak membebel ke hapa. cuma nasihattt...macam kategori bebel tahap 1.haha..

dahla tak marah2, siap aku treat dia makan kat seoul garden sebab nak celebrate PMR 8A...siap tanya, ada bju ke tak, ada kasut ke tak..belikan mana yang patuutt...
mungkin sebab aku tak sangka budak kuat menjawab tu boleh dapat 8A. itu yang aku tak tersangka duit keluar dengan lajuu je..
tapi takpela, bukan selalu...

p/s: adakah budak nakal memang bijok?? 


terkadang kita lupa
sementelah di atas, kita juga masih boleh berada dibawah

manusia tak selamanya hebat
untuk tidak akan ditimpa ujian
kau dan aku, kita manusia bebal
selalu lalai walau diberi peringatan

ku lihat disana, kau menderita
tidak pasti adakah aku harus gembira atau berdukacita?
luka itu sememangnya meninggalkan parut
parut itu mengingatkan aku untuk gembira melihat kau lemah 
tetapi nama ini mengingatkan aku tentang siapa kita

Tuhan, sayangkan aku dengan memberi ujian begini
Tuhan juga sayangkan kamu dengan ujian sebegitu
bukankah sakit itu penghapus dosa2 kecil??
semoga Tuhan mengampunkan kamu.

mungkinkah juga ini petanda, 
bahawasanya, hidup ini bulat...

kau, sudah mendapat bahagianmu
tetapi, aku?? untung nasibku masih belum tentu

sudah tiba masanya, aku redhakan apa yang pernah berlaku
aku telan yang pahit, telan yang manis
terima segala yang datang diantara keduanya
walau jauh disudut hati, masih mengharap kau berubah dan mengerti



aku 


maafkan 


kamu




Wednesday, 2 January 2013

"cinta tu memang senang di ungkap,
tapi sia2 jika tiada pengertian"


wahh....pepagi lagi dah jiwang.
ekceli nak wat status fb. tapi ak rasa fb dah macam lame
lame pun still bukak jugak...>_<"

status tu ada kena mengena dengan yang hidup
tapi entah macam mana nak cerita aku pun tak gheti...
takpe, biarlah rahsia..hoho..

hoih. nak siap gi kerja plak ni. adehh...
lambat kang...tak best plak


Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...