Friday, 16 August 2013

Mendung Kelabu

Karoke kat ofis ni baru launch. Ada khemah, ada ferrari, ada motor tonggek (aku tak paham kenapa perlu ini semua?? haha) *tak sempat nak mamarazi tadi. sempat jeling jew*

Khemah tu siap sampai menggangu lalut lintas. Nasib iolls motor je, kalau bawak kereta kurang pahala asyik mencarut....

Kata pun launching karoke, harus la ada sessi menyanyi

Sekali dengar lagu ni:

Sehelai baldu biru
Yang Kau berikan dulu
Lambang cinta mu itu
Ku simpan di kalbu ku
Pasti jua ku buntu
Ohhh...buntu
.
.
.
.
.
,
,
,
,
,
Malam terus kelabu
Baru kini ku tahu
.
.
.
.
.



Lepas tu langit pun semakin mendung,

Dan aku macam dengar guruh...

Dahla tak ajak...*motip sangat?*

Tapi janganlah efek cuaca....iolls perlu balk jap lagi...

Dengar ada tempe goreng kat rumah. Lambat2 nanti semut yang makan T_____T

Thursday, 15 August 2013

I have to admit

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..............yang semenjak pindah rumah ni, aku rasa kurus banyak sikit...haha
sebab hari2 menapak tingkat 7 atleast turun sekali, naik sekali...

dan aku juga sehabis boleh akan pastikan takde barang yang tertinggal before gi kerja
or semua barang yang nak dibeli sudah beli sebelum naik rumah 

sebab tak kosser nak naik turun banyak kali
kederat takde
bukan sebab dah tua (iolls lapanbelas lagi tau. *sila percaya) 
tapi sebab muatan berat. haha. okbye


Image googled. lebih kurang gini la tangga rumah iolls. 

Wednesday, 14 August 2013

Cerita Raya 2013 hashtag inisemuapoyo..haha

Terkemut-kemut cari mood nak kerja
almaklum cuti lama...hahaha
dah macam budak sekolah plak cuti nye

aku officially start cuti rabu lepas
and start keje semalam
saja nak habiskan AL yang opisku bagi...
tapi semalam terponteng...haha

tahun ni kali ke-4 raya di kfc
tapi tak sesadis tahun-tahun sebelum ni la
takdop drama air mata ke apa ke. heh.

so, disebabkan nak kejar triple pay punya pasal
gigihla ni kerja sebelum raya
and malam raya baru balik somban....
so, this is us di pagi raya bersama uwan den
itupun tak cukup korum...boys dua orang takdop..biaseler si tenggang. haha (kata orang padahaalll....)


Muka uwan den cam sodih yo. Yo wan, den pun rindukan beliau. 
Kami 7 lelaki, 5 pompuan. So, nampak disini ye yang tenggang nye lelaki. haha...cubaan nak giyomi. tapi fail. tapi tetap cute. kan?? ahahahah

nak sedondon ni memang tak plan pun
tetiba tengah cari baju raya decide nak merah/ maroon
tapi cari2 baju melayu takdop plak yang sedondon
so, lets berpecah pompuan pakai merah/ maroon laki pakai biru
next year plan awal cikit boleh la kot nak seirama. haha




kan aku nak triple punya pasal kan? so, merasa la kejap kat s.alam, kejap kat seremban
berulang macam sebelah rumah je kan. 
itula, suro raya nak kerja. bila dah kerja malas pulak...

4th Syawal aku dapat dua jemputan majlis tunang
iye, majlis apa pun haruslah beta mencemar duli mengambil berkat...haha
pagi di Seremban makan nasi arab, petang di Kg Baru Hicom makan nasi putih sambal petai umphh..
eh, motif cerita makan? haha...nampak sangat kan dot dot dot dia tu =P


Ini cousin aku. Tapi bukan majlis dia. Gambar gojes dengan 'pengantin' takdop dalam phone. so, tamau letak. haha


Semua gojes. ehem. haha. itu yang upload banyak2. Tapi yang extra gojes tu la 'pengantin' nye; bff saya =)


I'm happy for both of you..
Cepat kawin, tak sabar jadi flower girl. eh. bukan
cepatlah mendirikan masjid...amin..

sambil berkenduri, ofkos takbleh lari dari soalan pakcik makcik sedara mara stranger semua
'kau bila lagi?'
amboii...kenapa? nak kenalkan calon? haha
siap bila aku kata aku still kerja part time
memasing heran ingat aku bertungkus lumus kumpul duit nak kawin..haha
'memang. tengah kumpul duit nak minang anak raja'. budus pun ada jawapan ni. haha. tapi rasakan terdiam semua malas nak layan...ngee~~

jodoh ni urusan Tuhan
aku boleh je nak terjatuh cinta ker
nak terjatuh sayang ker
nak terjatuh minat ker (ini ramai. antaranya en. Fk. haha. matiklah die hard fan mengamuk kalau tau)
nak terkenal dengan orang ke apa ke
tapi kalau Tuhan belum bagi aku green light (read: diizinkan)
so, sia2 jela perasaan2 selama ni

lebih baik simpan diam2 perasaan itu dulu
kalau ada, adala...
in the meantime, korang2 doa2 kan la semoga dipermudahkan

lepas ni jumpa aku kat kenduri kendara
cuba tanya soalan yang ai senang nak jawab sikit
macam 'eh ida, taknak tambah lagi ke?' haha....kau tengokla lajuu je kang aku hulur pinggan. 

okla, aku nak merangkak cari mood kerja. haha
dah kol 3 tapi mood kerja gi beraya tak balik2 lagi ni...
lemang oh lemang. marilah datang nak cicah dengan rendang...lalala~~




Tuesday, 6 August 2013

Rumah Baru

Tak... belum rezeki beli rumah sendiri
just pindah rumah sewa baru...
Keputusan mengejut, preparation terkejut serba serbi ad-hoc

Plan nak pindah dah lama...
Since aku rasa two way communication tu sudah semakin fail...
tapi rumah cari ala-ala je...
almaklum ai kan very the bizi

Then rumah lama, ktorg dah tak deal direct dengan landlord tapi dengan anak landlord
and system sewa pun lain 
siap kena bayar deposit and sign agreement bagai
feeling nak pindah tu semakin bertambah
bertambah pun tetap 50-50...haha

aku malas nak pikir 
pada aku kalau ada, ada la...
kalau takdop, tahan jela hati dan emosi duduk situ lama2
yelah, dah makin lama ni makin menjadi-jadi pulak fail communication
apa perasaan kalau dah berdiskas slow talk bagai perangai tidak mahu berubah??
eh, apsai lak cite yang tak best ni...
takpe la benda dah lepas..

yang jadi mangsanya adik aku la
aku serahkan bulat2 kat dia untuk buat keputusan
sekali amik kau....lepas di survey dan di timbang kira
beliau pun setuju amik rumah baru
yang kakak2 ni sebab memula tadi kan bizi nau and lepaskan semua kat si adik
so, nak taknak terima jela dengan hati yang terbuka

siap amik AL nak kemas barang laju2 sebab konon nak pindah 1st August jugak
sekalik dah semangat kemas, orang lori kata kensel.....pffftttt...
masa tu separation anxiety aku pun mula la menggedik
mana taknye, 3 tahun lebih aku tunggang terbalik sendiri kat s.alam tu
survive sendiri dari jalan kaki sampai beli motor sebijik.
banyaakkk cerita aku kat situ
tapi, pikir2 balik-----sampai bila??

daripada pikirkan kenangan, baik aku jaga hati sendiri 
pada aku gaduh adik beradik pun belum sampai ikatan putus
tapi dengan kawan2 lainn...

gitu gini tak sampai seminggu since adik aku confirmkan untuk pindah
terus aku selamat pindahh.....
azabb weih rumah baru lif rosak
tingkat tujuh plak tu..
lutut terus longlai turun naik sepuluh kali
tapi, puass...
sebab nak buat apa, macam mana semua sendiri
tak perlu susah hati orang berkata bukan2 

InsyaAllah memang nak stay sini lama lagii..
selagi menyingle dan kerja kl ni, malas dah nak pindah randah...

gambar ada tapi malas nak transfer..haha...
rumah bujang tak ada apa pun
peti ais takdop, tong gas belum beli...
pelan2 kayuhh lama2 stabil la kan?

permasalahan doniaa.....

hari ni bersiaran dari ofis
suasana sepi, jalan raya tak berapa nak bizi
mungkin ramai yang dah pulang ke kampung halaman
aku je kerja di saat-saat gini
sampai cik boss tanya tamau cuti ka..huhu
yelah, beliau tau aku memang bizi lately
so, di galakkan bercuti...

apekan daya cik boss
ai ni workaholic kedekut cuti
kalau boleh carry forward 14 hari cuti yang u bagi tu ke tahun depan
ai sanggup...
melainkan u naikkan gaji ai, masa tu baru ai cuti2 malaysia

ni pun raya ni plan nak amik kerja triple kat tempat lagi satu
eh, alamak..ini rahsiaa...u tabley tau

cik boss, 
selama sebulan lebih yang lepas
stress ai ni lain macam je rasa
rasa macam rambut semua cacak2 naik
tapi ai kan pakai tudung, so maybe u tak nampak

ai punya stress lebih kurang gini la....

so, sila la guna imaginasi sendiri bayangkan cane

cik boss,
cik boss tau tak yang harga rumah di klang valley ni kemain mencanak-canak naik?
ada sampai juta2 cik boss oi....
tapi kan allowance saya tak sampai pun 1% dari rmh rm100k (ada ke klang valley rumah 100k ??)
apetah lagi rumah juta2 itu. sob. sob

ni ai nak beli kereta pun 20,30 kali jugak kena congak....
takkan allowance ai dok bayar kereta je??
habis bila lapar nak kunyah apa? side mirror?

itu hari ai gi supermarket, 
harga ayam pun dah naikk wahai cik boss...
7inggit sekilo cik boss...
takkan cik boss pun nak sajes supaya tapayah makan ayam??
ikan pun mahal. ikan bilis pun mahal. yang murah telur je cik boss..
tapi hari2 makan telur, lama2 badan ai pun bulat cam telur siapa nak jawab??
sayur pun sekarang ni mahal jugak. nak cucuk tanam, rumah sewa ai takde tanah cik boss
rumah sendiri belum beli----sebab ai nak tunggu u luluskan ai punya allowance supaya atleast 1% daripada rm100k....haha..vley???

ai hairan orang kata graduan demand, memilih dan sebagainya
nak je ai tanya adakah orang ini bukan duduk di Malaysia??
tak tau ke cost of living dah mencanak2 naik?

ni nak raya ni...lagi la...

mana ai tak stress cik boss,
masalah dunia, masalah kerja semua tu la bersangkut paut

ai tak mintak u settlekan masalah negara cik boss
ramai2 pemimpin kita, depa tu lagi berkelayakan dan berkuasa untuk menangani masalah harga rumah, harga kete, harga ayam, harga ikan bilis, harga kasut tinggi. eh. 
ai yakin dengan depa...walaupun mungkin terpaksa tunggu lagi 5 tahun...ai relaa~~~

ai cuma mintak u settlekan kita-kita aja...
naikkan gaji ai cik boss
walaupun tak naik sampai 1% dari harga rumah
biarlah atleast boleh kaver ayam, ikan, sayur hari-harian ai
kita kena ada back-up plan boss...
mana tau pemimpin kita perlu masa lebihhh dari 5 tahun lagi untuk settlekan masalah harga barang naik
takkan u nak suruhh ai makan telurr je sampai masalah selesai?? 
kenot boss....kenot.....
nanti ai lembik tak larat buat kerja sapa jugak yang susah?? kita jugak...

u kata ai demand? 
cuba pikir dalam2...
rumah nak bayar sewa, api air bukan free, motor jalan nak guna minyak, kain baju nak jugak berganti, makayah adik di kampung, simpanan kawin, simpanan haji....semua tu la...

u tak caya, u tekan kalkulator u kira la....
ai tak tipu bos.

boss...
di bulan mulia ni tak baik nak marah-marah...
ai harap Tuhan buka kan pintu hati u untuk naikkan ai gaji lagi supaya ai tak perlu lagi karang report yang macam ni... kesian nanti u nak baca panjang lebau...

boss... ai lebiu boss....

Monday, 22 July 2013

Potluck Taman Tasik Cyberjaya

It's has nearly been 2 weeks for puasa
nothing much excitement (at least for me) 
assignment was as normal days, so there's lil chance yang i can balik awal at 5pm =(

it has been a hectic month for us since both seniors left
but Alhamdulillah, it's still manageable (there were delays but I guess it's still acceptable)
I only have idle period of one week before 2 weeks of back to back assignment
doesnt sound exhausting but trust me- it is!
especially the part where you (read: I ) have to write report / working paper
I've always hate writing a report. I dont know why
but I do love to bebel. heh =P

Since puasa on the 10th hari tu, there was a few times je yang I eat out
the rest is either my sister dah masak or I masak; of which a very simple one main dishes "orang bujang style"
and I dah tertengok anak bulan awal ;)
so, that makes me doesnt feel like puasa sangat..haha...

but last saturday we manage to gather for iftar's potluck
we tu kenalan abang kakak time hiking
that's what I call 'jodoh'
baru 2 kali hiking together terus boleh nak potluck bagai
I guess the ice breaking session mostly done online (thru fb of course =P )


This is the most beautiful sunset I've ever seen.

Mad-du Tiga. haih. sampai sekarang melekat gelaran =P tapi hopefully not for real la. Ai tak sanggup~~

From upper left clockwise: Mandy Lamb super sedap sponsored by A.faiz and K.Nik; potluck desserts; us watching the sunset; the varieties of drink

Actually, potluck is more on side dishes as the main dishes was sponsored by. 
The main dishes was set Mandy Lamb (betui ka tah ejaan?) from Restoran Saba, Cyberjaya. 
Super sedap. Tak tipu. Daging dia well done and tak liat ke apa, and nasi is i dont know how to put it in words tapi for me it was sedap..
Tak muak as I can repeat makan untuk sahur (my previous experience with nasi arab was cepat muak). 
Maybe because of the special sauce that came together with the set yang kill the 'muak' =) 

We got a lot of leftover walaupun memang dah ramai pun 14 adults
Dahla pulang dengan perut yang kenyangsukahati, dapat lagi tapau =)

All and all, hopefully after this berkesempatan untuk hiking lagi bersama these cool brother and sister


Oh, gtg. A lot of works on the field waiting... 

Monday, 8 July 2013

Kisah Epal, meja terabur dan Projek Iqra Ansara


Sebenarnye takde apa nak dikisahkan sangat
Epal ni baru beli tadi kat Mercato. Sebijik RM2 (sebenarnye RM1.99 tapi aku suka nak shotcut so bundarkan kepada sen terdekat.  kalau 1.50 pun aku kata 2 hinggit. haha. macamkan apa sangat. pffftt) 
Manis dan ranggup. bagus la buat snek di petang hari. 
dah nak Ramadhan ni sibuk nak jaga makan konon.  
kita tunggu jela apekah aku mampu bertahan dengan bazar yang bermacam tu. heh. dah memang napsu macam syaitoonn lagi nak salahkan setan tak dirantai. 

Meja terabur bukan apa. stail kalau nak buat kerja.
kerja belum tentu lagi la tapi atleast ada usaha menyemakkan meja
dulu time study lagi best. siap tenggelam dalam lautan buku.
be it atas meja or atas katil. asal muat aku sepahkan buku. lepas tu selit diri diantara timbunan buku itu dan tidorr..haha
i'm keji like that. tapi suka je. cari ilham katanya. 
entah. maybe stail kita lain2. stail ko duduk baca atas meja selak selai2. cara aku tido atas meja sambil mimpi ilmu masuk selai2. mungkin tu explain why keputusan tak semenggah mana. eh. 

in some cases, aku kalau penat dimana saja boleh lelap mata. to that extent. 
tula selalu rasa diri menteri bizi sana sini bisnes juta2, sampai dalam kelas pun tido. 
tapi sekarang tabley buat itu macam. beza sangat hoii.. 

if diberi peluang repeat balik jaman belajar, aku tak berniat nak tukar stail belajar
cuma aku akan usahakan supaya tidor itu lebih sedikit dari belajar. baru cemerlang gemilang. haha

luckily one of the esaimen kena postpone next week, 
boleh la settlekan apa yang patut, mana yang terhutang from 2 minggu punya esaimen
kalau minggu ni pun keluar, aku taleh bayangkan sakit kepala dia macam mana bila sampai ofis
keje tingkat2. pengsan @_@

Runningman pun aku dah lama tak hapdate. 
berhantu weih. sapa yang belum pernah tengok JANGAN jebakkan diri
nanti tiap minggu ko macam ternanti-nanti
macam Candy Crush jugak la. 
selepas di hasut-hasut, aku download apps terus tak benti main
sampai nak tido pun stress pikir kenapa tak pass2 level woih.
JANGAN la jebakkan diri. 

dulu aku gila Farmville kat fesbuk
tak layan langsung orang chatting nak kenal ke apa
janji pokok bersiram, haiwan ternakan terjaga. gitu.
tak makan takpe, jangan tanaman withered. membaziaq katanya. padahal masa membazir hadap benda tu tak kisah T_______T
itu agaknye kenapa time belajar penat aku berganda-ganda
mana nak study, mana nak jadi petani lagi, nak keje part time lagi
ni semua bila dah start jebakkan diri, dia punya gigil kalau tak dapat main macam seminggu tak makan la. 
peh. aku rasa game2 ni diaorang ada baca2 la. itu yang melekat je. 
pastu dapat plak kengkawan pun sama naik syair kat telinga. mintak nyawa la apa la. 
arrgghh!! stress. apa nak jadi ni doniaa??


ok, lagi satu nak war-warkan mengenai Projek Iqra
salah sorang pengasas ni kak sherry adalah alumni terendak
kira aku memang kenai la akak ni melalui ansara cuma tak berkesempatan bertentang mata je.

pada aku program macam ni adalah the right channel untuk menghulurkan bantuan kepada the right person yang memerlukan.
ada dua cara untuk hulurkan bantuan: 
1) Taja sorang anak dengan nilai RM188 (tak kisah la macam mana korang nak share2 dengan member or family ke cane tapi sorang anak jumlah tajaan is RM188)
2) Jadi sukarelawan pada hari kejadian (27 July). Korang boleh pilih lokasi supermarket mana yang korang prefer untuk jadi sukarelawan. senang je. ambil anak jagaan, bawak shopping dan hantar balik. senang like that. 

pada aku, daripada hulur singgit dua kat orang yang mintak derma dekat kedai2 makan tapi ko sangsi agenda diaorang, baik tapayah. pahala menderma tu insyaAllah la dapat. tapi, tak best la kan macam menggalakkan pulak 'aktiviti' macam ni. Contoh macam ini la. Sedih tapi aku boleh doa dalam hati je supaya ada insan yang lebih kuasanya, lebih pengaruhnya untuk keluarkan adik2 ni daripada perhambaan. 

Pada yang ada rezeki lebih nak jadi penaja boleh la ke sini

Pada yang ada masa terluang dan tenaga terlebih boleh la apply jadi sukarelawan di sini

and the least you can do is hebahkan la perkara baik macam ni. tak susah. klik mana2 pautan kat atas dan share. eleh. korang kan ada pesbuk, twitter, semua kat ujung jari. setakat klik je. senang. 



Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...