Thursday, 3 October 2019

Sabah 2019 - Day3 (27 July) - Desa dairy farm, Fish Spa, Sabah Tea, Fish spa, Poring hot spring


Today ktorg bangun awal 5ish macam tu. 

Aku and kakak aku masak bfast & lunch terus. 

Menu lunch - nasi, kari sardin, telur dadar, sayur & keropok... simple2 je. 

Ktorg keluar rumah 7.30am rasanya. Awal jugak sebab desa dairy farm bukak 8am. 

Rumah warna biru tu lah rumah ktorg. Selesa sangat. 
belakang ktorg ni jelas gila view gunung kinabalu. cantik sangat
view dari homestay ktorg
Walaupun dekat tapiii tah macam mana 2 kereta terlajak simpang. By the time patah balik orang dah ramai. 1 kereta je dapat parking dekat. Yang 2 lagi drop passenger pastu parking jauuhhh about 10mins jalan kaki. Aku lah salah sorang driver yang kena menapak jauh tu. hahaha

Kereta banyakkk. Imagine satu kereta = 3 orang. Berapa ramai tah kat sana?

1st of course la beli susu + yogurt dia. Sedappp sebab fresh sangat. Tapi orang sangat ramai so bertabahlah beratur.

aiskrim yogurt yang sangat fresh
Budak ni makan yogurt yang masam giler tapi muka dia rilek je. Geram pulak rasa

Orang sangat ramai
Dekat sini korang boleh bagi lembu makan. RM1.50 je sebekas. Seronok kalau bawak budak kecik dan kalau orang tak ramai. huhuhu
Boleh bagi lembu makan

Gunung Kinabalu yang sangat cantik

Nak amik gambar pun takde mood sebab sana sini orang. padan muka siapa suruh pergi hari weekend

amboi kemain posing


Next stop adalah Sg. Moroli Fish Spa. Nak masuk sini bayar RM2/pax kot. Siapa yang penggeli tu takyah lah datang sebab ikan2 kat sini makin lama makin besar and gigitan ikan2 besar ni boleh menyebabkan jiwa korang kacauuu... hahaha... bila lah owner fish spa ni nak tukar ikan2 besar yang ganas itu kepada ikan2 comel?

muka cuak abang aku bila ikan2 start kerumun dia
sorang lagi penggeli. tapi bila tengok balik budak kecik macam tu mesti trauma tengok ikan2 besar nak gigit dia. alahaiii sorry ainul 
Ktorg tak lama pun dalam tu. Lepas settle ingat nak gerak gi next destination tapi adik aku ajak makan durian pulak sebab dia nampak ada stall durian dekat entrance fish spa tu.
durian murahh

banyak durian and ada guarantee makan situ mana2 durian busuk or tak sedap boleh return & tak payah bayar
durian gemok ni RM8/kg.... sedapp pun sedapp

RM6/kg
dia ni senang apa je tak makan... huhu... tapi sila jaga makan Ainul. jangan besar "comel" macam makteh dah lah
cantiknyaa 
Total ktorg makan dekat situ dalam RM60 sahaja untuk lebih kurang 10 biji kot. Pilih2, dia timbang, dia kira and kita makan. Kalau busuk tolak harga. gituuu...

Next stop adalah Sabah Tea. Tak jauh pun dari Moroli Fish Spa.... Masa ni around 11ish kot. 

random bunga cantik
Sampai2 je ktorg gi restoran dia order teh. Sesambil tu beli souvenir - ada jual kopi tenom, teh sabah, tshirt sabah etc., 

 Adik2 aku ada yang pergi bergambar dekat ladang teh tapi aku malas sebab dah pernah pergi and masa tu cuaca panas. haha... 

Lepak2 sambil makan aiskrim tetiba mak aku call suruh piknik je kat sana since ada gazebo. Apa lagi, ktorg pun mengangkut bawak makanan cari gazebo. Aku ada beli ground alas plastik tebal  yang tahan lasak dekat area Tamparuli. Biasa orang guna time camping. Berbaloi sebab merata ktorg guna. hehe... 

Order teh susu. sedap minum panas2
Kari sardin, keropok
Tak banyak benda pun boleh buat kat sini. Kalau nak pergi ladang teh, aku prefer Cameron sebab sejuk. haha... Lepas makan ktorg kemas2, bergambar lepas tu gerak ke next destination. 

Next destination hari tu adalah Poring Hot Spring. Entrance fees RM5 kalau tak silap. Ktorang sampai around 3ish. 

Muka masing2 excited nak mandi

Baru few days kat dah naik perut Adi. makan tak jaga macam tu lah. huhu

Dah tukar baju semua aku volunteer untuk jaga barang & adi sementara diaorang gi mandi dekat Kipungit Waterfall. 

Dari kolam air panas ke Kipungit waterfall dalam 10-15min berjalan kaki. Jauh jugak kalau bawak Adi lagi mencabar sebab risiko dia jatuh / tergelincir etc. Thats why Adi tak ikut. 

Diaorang tak naik pun jambatan gantung sebab tutup untuk baik pulih kalau tak silap. Kat sini banyak aktiviti korang boleh buat tapi kena datang awal lah. Ktorg masa tu fokus mandi je. 
penuh barang2 ktorg je kat sini. huhu
Sesambil menunggu aku pun apa lagi berendam la dalam kolam air panas. Sampai kecut2 jari. haha...

Kipungit waterfall besttt...
Feeling betul dok air terjun ni
Sebenarnya dekat sini ada few level waterfall. Aku tak pernah pergi selain Kipungit sebab tak cukup masa kena hiking jauh lagi.

Lepas sejam menunggu, baru lah budak2 ni turun. Diaorang sambung mandi hot spring pulak. Kat sini kalau nak mandi air panas boleh je mandi dekat mana2 kolam kecik ni. Tapiii aku pelik kenapa air panas kat sini bau macam telur rebus? ke perasaan aku je? hehe
Kolam personal
pastu diaorang sambung lagi pool sejuk pulak. Memang puas lah mandi...
adult pool
Kat sini disediakan bilik mandi / salin baju. Bagus nya sebab dia besar and selesa. 

Otw balik tu ktorg singgah masjid solat sebelum pulang ke homestay. 

Malam tu ab nak BBQ lagi. Kali ni dia beli kambing pulak. Sementara dia BBQ, aku and adik aku sorang lagi pergi mendobi baju2 basah tadi. Aku sampai rumah, the girls masing2 dah surrender awal. hahaha... apo la takde semangat berjalan. 

Next day ktorg check out and balik ke Kota Kinabalu~~~

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...