Bangun dalam 5ish and buatkan sarapan roti telur. Tak lama lepas tu sorang2 bangun mandi. Aku suka homestay ni sebab 3 bilik + 3 bathroom. Senang nak mandi and bersiap.
Apartment kitaorang nama dia Eco Holiday Home @ Bukit Sepanggar. 20mins dari bandar KK and on the way ke Kundasang. Harga dalam RM230/night. Sangat berbaloi dengan fasiliti yang ada.
1st destination adalah Jambatan Tamparuli. Actually jambatan tu biasa je yang digunakan hari - hari oleh penduduk tempatan. Takde yang luar biasa pun tapi sebab dia viral and saja nak bagi family aku rasa, so aku &Ab decide untuk singgah.
Since ktorg sampai around 8ish, pasar pagi masih buka. Aku excited tengok sayur2 yang dijual.
|
Pasar pagi @ Tamparuli |
|
tempting je tengok macam - macam buah |
|
Akhirnya terjebak beli durian. Ada yang RM5/kg |
|
Group photo dulu... |
|
Ainul dah dapat kaki memang seronok la dia berjalan |
|
gerammm je dia nak jalan sampai hujung. rasa nak picit2 je. |
|
Adi jalan jauh jugak sebab nak kejarkan mak dia. kalau tak takde maknanya dia nak jalan |
|
Dalit warna kuning |
|
Dalit warna merah |
Ktorg ada beli durian + dalit sebab nak rasa punya pasal. Rasa dalit totally lain dari durian. Dia creamy, pahit and weird at the same time. Bukan lah tak sedap tapi dalit ni special sikit. Harga pun boleh tahan mahal. RM30/kg. Boleh la nak merasa...
Next ktorg gerak ke Pekan Nabalu. Ktorg gi Pasar Nabalu. Kat sini korang boleh beli souvenier. Ada yang murah dari Filipin market tapi aku takde lah beria beli sebab takde target apa2 pun. Satu benda yang aku tak buat last time (2017) adalah amik gambar kat Pasar Nabalu. Kalau korang nak tau, belakang pasar Nabalu (area parking bas) ada area amik gambar yang cantikkk giler.
Boleh nampak Gunung Kinabalu...
|
Pic @ Nabalu |
|
Group photo lagi :) |
|
Sekeping dengan budak bulat ni. |
Dah puas bergambar, memasing pun dah lapar so ktorg decide next stop is makan. Dekat Kundasang banyak je kedai makan yang halal tapi kena pandai cari and of course kena drive. Kalau jalan kaki memang boleh amukan kot.
|
Kedai 1st - Puteri Nabila. Tumpang toilet tapi tak berhenti makan sebab mahal |
Ktorg decide nak makan kat Syah Adilah je since harga dia berpatutan. Masa ktorg sampai around 11ish. Ada satu dish aku add on kemudian tak sampai2. Rupanya tukang masak dah keluar pi solat jumaat. Sana kan zuhur awal so solat jumaat pun awal la... Nasib baik makanan lain semua dapat.
|
Kedai 2nd - Syah Adilah |
|
Ikan bakar sedap @ Syah Adilah. RM18/ekor. |
Next destination is Kinabalu Park. Entrance fees RM3/pax. Just jalan2 dalam ni amik gambar je. Cuaca masa ni dah start sejuk macam aircond.
On the way to Timpohon Gate (entrance untuk sesiapa yang nak mendaki Gunung Kinabalu), ada memorial area untuk mangsa2 gempa (2015). Kalau cuaca elok memang cantik bergambar kat sini.
|
Tak lama pun benti sini sebab dah nak hujan |
2nd stop is Timpohon Gate. Rezeki ktorg ada parking dekat area2 situ. Takde apa sangat kat sini kecuali tupai. haha... saja je bawak budak2 ni main2 dengan tupai. Aku ada bawak pistachio siap2 dari semenanjung. Umpan kacang mahal kalau tak jadi tak tahu lah. hahaha
|
Timpohon Gate |
|
Cubaan bagi tupai makan kacang |
|
Tengok lah Tupai ni pandai grab makanan |
|
Geram rasa nak picit2 je |
|
Yeayyy umpan mengena |
|
Berebut nak kan perhatian...hahaha |
|
Tupai makan banana |
Selain kacang, tupai ni pun makan buah. Banana tu ada orang tinggalkan tapi of course lah kacang mahal jadi pilihan. Tupai kat sini tak jinak ya tapi takdelah ganas. Dia dah dapat apa dia nak memang dia terus lariiii je. hahaha. So bertabahlah siap sedia dengan kamera kalau nak tangkap moment dengan tupai.
Ktorg dapat banyakkk gambar dengan tupai tapi aku malas nak letak banyak2 sebab penuh muka adik2 aku je. hahaha... kalau ada masa singgahlah sini. best...
Next ktorg pergi botanical garden. Nak masuk sini ada additional charges RM5/pax. Walaupun aku dah pernah pergi sini, tapi repeat lagi sebab aku suka suasana hutan dalam ni yang mendamaikan....
|
Tak cukup korum sebab ada yang kepenatan tido dalam kereta termasuk lah Ainul |
|
Dato Adi ni jalan mana2 memang kena pimpin. Ktorg paksa dia jalan untuk exercise |
Nah aku belanja korang gambar2 tumbuhan kat dalam ni.
Dah settle semua ktorg pergi ke Kundasang market. Kat sini banyak jual sayur2. Geram tengok sayur banyak2 tapi berpada-pada lah nak shopping tu sebab takut busuk je sayur tak bermasak. Ada jugak jual madu. Ktorg ada jugak beli sikit untuk masak dekat homestay.
|
sepanjang jalan ni pasar sayur |
Belakang Kundasang Market adalah town Kundasang. ada minimart, bank, sayap bakar, restoran macam2. Ktorg beli ayam untuk main bakar2.
Lepas selesai, ktorg terus check-in ke homestay Anjung Sari Jamsari. Agak jauh dari town tapi nice sebab rumah besar, ada kelengkapan masak, bilik 4, 1 toilet, 1 bilik mandi and 1 combine bilik mandi + toilet. Kawasan sekitar pun cantik banyak bunga.
Ktorg stay sini 2 malam dalam RM1,000 macam tu. Diaorang ada servis dobi + kering sekali.
|
Rumah hijau ni rumah landlord. Ktorg punya rumah belah kiri. |
Malam tu ktorg parti durian + bbq... Gambar tak senonoh untuk dikongsi. hahaha...
Tamat day 2