Tuesday, 26 September 2017

Hiking Gunung Ledang for the first time

Assalamualaikum.

Cerita lama back in May 2017. Tapi share jugak la sebagai kenangan. Takde siapa yang nak ingatkan memori aku melainkan diri sendiri...hehe

After Viper Challenge haritu, kaki aku gatal je lagi nak merayau.
Entah macam mana, ter-setuju nak hiking Gunung Ledang.

For your information, aku bukan jenis yang suka camping. Tak biasa, tak minat dan penakut pun iya jugak.
Tapi masa tu, bila geng2 HitFat tengah cari orang cukupkan kourom, ntah macam mana aku cakap - count me in. Aku ni bukannya betul sangat. Last time hiking Irau pun main redah je. Tapi.... tak pernah serik :P

9th May (Selasa) aku baru je balik from Pulau Redang. Sebelum2 tu, bila Nurul kata diaorang nak hiking Ledang aku buat dunno aje. tak minat kononnya. Tapi on 10th May (Rabu), quorum still tak cukup sebab ada yang last minit tarik diri. One trip / group RM800. If 10pax, sorang baru RM80. If less than 10pax, per pax akan jadi mahal sikit la. Sooo.... aku cakap dengan Mia (team leader Ledang) if dia tak dapat cari orang, just count me in. hahahaha...
11th May (Khamis) aku confirm pergi and 13th May (Sabtu) terus hiking. Pada aku ni dah kira last minute giler kot. Dengan takde proper preparation mental and physical, redahhhh aje.

Janji jumpa dekat parking Sagil kol 9ish macam tu. Distribute bekalan etc., baru gi cari guider. Sebab dah lama sangat aku lupa nama abang tu. Takpela, kita namakan dia Abang Hassan. haha
Berangkut sorang sikit. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Ini la rupa bentuk beg aku after masukkan everything. Bulat macam tuannya. haha

11.56kg wei. First time aku bawak beg berat macam ni

Yess!! Ready to go


Geng2 HitFat

Guider tengah bagi taklimat kau bergambar je kerjanya...
In the end 9 orang je yang hiking on that day




 After taklimat and warm up apa yang patut, kitaorang pun teruskan perjalan. Masa ni tak ingatla
Tangga Mahligai katanyaaa...
 Lepas taklimat dalam 11ish start hiking. First phase tu kitaorang kena mendaki beratus anak tangga.
Kat situ je aku dah kecundang. Mula la fikir nak balik. hahahaha...

Aku hiking je slow2. Ada member yang dah kedepan tapi aku memang ikut phase aku sebab bila hiking, if tak pandai control breathing, memang jadi macam aku la. Jantung macam nak tercabut..



Tak ingat pukul berapa sampai CP1 tapi masa ni memang happy giler dapat bukak beg and duduk. Mana taknya, 12kg beg + berat diri sendiri lagi. haha... Masa ni rasa padan muka siapa suruh tak jaga makan.

Aku baru je tahu tips ni, if bawak beg, strap betul2 setinggi yang boleh. Reasonnya supaya berat beg tu akan disupport oleh belakang badan korang.
Kalau korang biar beg jatuh (kengkonon nak tutup punggung), berat beg akan pergi ke pinggang. Akibatnya beg rasa beratt giler and pinggang pun sakit.

Lepas abang guider tegur cara pemakaian beg aku and aku dah betulkan, baru lah rasa beg tak berat sangat.




Kalau nak ukur level suka amik gambar ni dari skala 1-10, aku kategori 7 and diaorang ni kategori 10 kot. Rajin giler kat mana2 nak wefie. Aku masa tu dah penat tak heran gambar2 ni.

Tapi beruntung la korang kalau dalam setiap trip ada atleast seorang yang macam ni. Sebab bila throwback, gambar2 ni la pengubat rindu :)

Then kita teruskan hiking sampai camping area @ Kolam Gajah. Sampai sana around 3pm.

Akhirnya 3 petang macam tu kitaorang sampai ke CP4 - Kolam Gajah.


Nampak tak cerek kat belakang belah kiri gambar? Situ lah paip air... Mudah dah kerja bila camping ada paip air. 

Nasi lemak tapau. Nasi lemak lebih sedap bila makan after hiking


Gotong royong untuk siapkan makan malam
 Lepas dirikan khemah, solat, lunch and tolong apa yang patut dan make sure keadaan terkawal untuk dinner, aku, Nurul and Aktar decide nak terjun mandi dulu....

Air jernih, sejuk and banyak ikan. Memang best giler
Pakkal la aku ni tak pandai tangkap ikan guna tangan, kalau tak dah lama aku tangkap buat ikan bakar....hehe



Dinner malam tu after maghrib. Lepas dinner, gotong royong masak untuk breakfast pulak sebab plannya nak tengok sunrise dekat puncak ledang.

1 lebih memasing bangun and pack beg and makanan untuk breakfast.  2am dalam gelap pekat tu kitaorang start hiking. Orang kata hiking gelap2 ni mental tak koyak. Aku tak sure la orang lain tapi aku rasa sama je penat dia. Cuma difference is kau tak nampak jalan depan.

Cuaca boleh tahan sejuk and aku memang dah paki t-shirt fleece siap2. Kurang sikit sejuknya.
Dari camp site ke atas ada 2 jalan - satu melalui KFC satu lagi jalan hutan yang biasa.
Sebabkan gelap, lebih selamat ikut jalan hutan sebab KFC ni licin. Bahaya.

Ada few pit stop untuk chocolate and water break. Tapi aku tak lalu sangat nak makan coklat pepagi nau.

5am sampai Puncak Mahligai and berhenti rehat almost sejam. Kat situ dah ada proper pangkin and paip air untuk amik air sembahyang. Ini last water station tau. If nak shishi ke nak refill air ke buat kat sini ajela. Kat atas tu takde apa...

Solat subuh and masak air tea O untuk bekal ke puncak and dalam 6.30am gerak ke puncak.

7am ngam2 sampai puncak mahligai. Perasaan aku masa tu memang sebak kot sebab aku rasa penatnyaa la nak sampai puncak. Tapi takde la sampai menangis macam Irau hari tu. hahaha...


indescribable feelings

Lepak2 kat atas sampai sambil makan nasi lemak sejuk and tea O panas memang layan....
Nasi lemak tu memang sejuk macam simpan dalam peti. Nak buat macam mana, takkan nak masak kat atas pulak kan?

Dah puas bergambar, 8 am start turun ke camp site.
steep kot tangga ni tapi kukuh. Insyaallah selamat


Climbing down abang guide bawak laluan lain. Kali ni melalui normal route Bukit Botak -Taman Bonsai - Batu Hampar - Gua Kambing and KFC. Bukan calang2 dia punya trail. Ada banyak tangga and batu besar2. Some batu besar ni the only way down is guna tali. Kalau ada glove, bawak glove kalau tak melecet tangan korang susah pulak nak makan nanti. haha



Nilah batu hampar yang tinggi tu... turun ok lagi but imagine kalau korang naik from here, menangisss

Dan lagi... licin wei make sure pakai kasut yang sesuai
Dari sini boleh pilih nak turun terus ke CP3 or ke campsite CP4 (Kolam Gajah).
 Kitaorang sampai campsite dalam 11 lebih. Rehat2 (aku sempat tido and mandi), masak untuk lunch, kemas2 barang and solat zuhur before turun balik around 2.30 ke 3pm. Masa tu hujan dah start renyai2. Apa lagi. memasing terus jadi power rangers :P



 All the way turun tak susah pun. Abang guide target sampai bawah dalam 3 jam tapi memasing tapi aku buat dalam 2 jam je. Trek basah tapi masih okay. Aku takdela melompat2 tapi jalan laju. Sampah kitaorang semua angkut bawak turun. Ada orang yang tak bertanggungjawab pi tanam sampah kat atas. Kenapa aku cakap tak bertanggungjawab sebab kotor la kawasan situ and maybe akan menarik minat binatang untuk lepak kat campsite.

Wefie sedas dekat CP1 kot
 Sampai bawah, kena declare barang dekat pejabat pendaftaran. Oh, sebelum tu lupa nak cerita, sebelum naik kena declare segala barang yang korang bawak naik. Sometimes kena check, sometimes tak. Tapi hopefully korang responsible untuk jujur. Bawak 5 garfu, tulis la 5... gituu...

So, masa 'check-out' tu, diaorang akan suruh kau tunjuk barang2 yang kau declare tu. Tunjuk la mana yang dah jadi sampah, mana yang tidak. Keyword dia = jujur. Alam sekitar ni kepunyaan semua manusia. Kalau kau taknak pergi tempat ada sampah, kenapa kau sanggup tinggalkan sampah dekat tempat tu untuk orang lain hadap? Tetiba membebel pulak.

Mana2 tempat aku hiking, mesti ada je nampak orang tinggalkan sampah. Padahal masa naik tu ok je bawak botol air yang penuh tu tapi kenapa bila dah habis (ringgan), takmau bawak turun pulak T__T

Ok, balik pada cerita kitaorang, Mia kata jangan ajak dia hiking Ledang dalam tempoh terdekat. hahaha... Memasing tobat kononnya. Kaki aku rasa macam nak tercabut. Masa rukuk boleh rasa kaki ni menggigil. Tapi jika diulang masa lagi, aku memang akan still kata yes to ledang.

Best.

Perasaan tawan ledang + sunrise yang cantik + pewai + mandi sungai yang sejuk and jernih + spending quality time dengan orang2 gila = beautiful escape.


Ledang bukan untuk orang fit semata-mata, tapi untuk orang kuat semangat. Hutan tu macam2 makhluk ada, trail pun macam2 cabarannya. Masa ni lah kau rasa kau letak 100% kebergantungan pada Tuhan.

Sumpah, aku bukan lah orang yang berani nak stay hutan ke apa tapi sepanjang perjalanan naik dan turun, zikir jadi peneman. That's what makes this journey more spiritual than physical.






Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...