Tuesday, 15 August 2017

First time hiking Gunung Datuk

Assalamualaikum...

Last year December, aku dan Nurul gi hiking Gunung Datuk.
Untuk siapa yang belum pernah sampai Gunung Datuk, fasa pertama gunung datuk adalah almost 90'degree. Mencanak habis wei... Memang kena strongly control breathing.
So, kat situ lah yang aku fail T_T

Jantung rasa macam nak pecah and in the end aku suruh Nurul proceed je and aku tunggu dia kat bawah.
Tipu la kalau tak sedih kan sebab pergi sama2 tapi balik asing.
That's why aku masukkan hiking Gunung Datuk sebagai azam 2017 :)

So, 30 July haritu bila Nurul ajak hiking Gunung Datuk, aku ON aje walaupun hati ada nervous..hehe
On that day plannya pagi2 nak hiking tapi ada member yang lambat, in the end 8.40am baru start naik. Tapi sempat gak la breakfast nasi lemak :P

Before hiking
Dari parking, kena turun sikit and register dekat guardhouse. Entrance fees RM5 sahaja per person.

Track Datuk tak berubah, masih sama macam December 2016 tapi yang berubahnya aku jela. Stamina improved.
The first phase tu memang terasa azab nak habiskan. Trek berbatu and agak bahaya especially bila hujan so make sure pakai kasut yang mencengkam. If kasut tak cengkam, penat kaki nak tahan badan weiii....

2nd phase basically trek akar. Okla (ok kat sini bermaksud aku berhenti setiap 5 minit amik nafas. Hahaha). Lepas daripada 2 batu hampar (2 batu yang sangattt sangatt besar) baru jumpa puncak.

Along the way tu, everytime nampak batu memang aku tanya Nurul "kita dah nak sampai ke" "ini ke batu besar tu?" hahaha.... bertabahla Nurul and Akhtar layan aku.

Kitaorang sampai atas around 11.15am macam tu. 2jam 15minit - 2jam 30minit gitu. Badan berat memang lambat la. huhu...

Dah sampai atas ada tempat bergambar untuk puncak tapi sebab ramai sangat orang, kitaorang decide naik dulu puncak batu.

Nak lepas puncak batu ni kalau tengok gambar memang gayat weiii. Tapi kat sana ok je sebab tangga tu diikat kuat. Cuak sikit2 bila angin kuat tu normal la. hehehe...
Ini second tangga. First tangga rendah je. Aku tak sempat amik gambar

Ini tangga terakhir ke puncak batu. Memang beratur orang nak naik and turun. 

Sementara tunggu turn nak naik tangga last, kita posing sikit :P Ini kalau tergelincir memang nangis weiii kemain tinggi lagi T_T

Dah sampai atas. hehe...

4 orang pompuan + 3 lelaki. 

Dari kiri: Nurul, adik nurul, aku and cousin nurul


Orang sangat ramaiiii..

Kitaorang tak lama kat situ. Dah settle bergambar, tetiba hujan. memang lelaju la nak turun. Tapi takleh laju mana pun sebab still kena  beratur turun tangga. 

Masa dah sampai 1st tangga, masa tu 11.30am. Sampai guardhouse 1.00pm
Oklah sejam setengah je turun. So far aku turun Ledang, Angsi and Datuk aku boleh laju macam takde break. Maybe sebab jantung aku tak perlu work hard kot. Tak semput macam naik atas or maybe psychology je sebab aku takde pilihan lain. 
Bila naik, if penat aku ada pilihan untuk turun and balik --> that's why lambat
Bila turun, if penat, aku takde pilahan lain melainkan turun --> that's why cepat. hehe

Alhamdulillah, one of 2017 wishlist dah boleh strike off :)
 Cuma berat badan ni. bila nak strike off tah. huhu...
Since raya makan tak jaga. Diet kelaut. Naiikkkk balik berat 4kg T_T

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...