Monday, 23 January 2017

Jogjakarta: Day 3 & 4

2nd day kita start awal sikit jam 7am Pak Arep sampai sebab nak gi Gunung Merapi. Kalau gi lewat2, dah panas tak best. 

8am sampai Merapi. Entrance fees vehicle + 4 pax 17,000 IDR. Pak Arep terus bawak kitaorang pi salah satu travel agency kat sana. Price wise lebih kurang sama je kot tak sure. Kitaorang tak survey pun sebab memang dah ada target price (budget tight uolls). 

Jeep punya charge bergantung pada jenis pakej. Paling murah 350,000 IDR untuk pakej basic. Ada 2,3 jenis pakej lagi. Pakej sunset pun ada. 

Kitaorang ofkos amik yang paling murah sebab pakej tu sekejap je 1-2 jam gitu. 

Satu jeep boleh muat 5 orang (depends pada size) termasuk pak supir. 
Nampak tak? Ada Pakej Short, Pakej Medium 1 & 2, Pakej Long and Pakej Sunrise
 By the way, ni lah kereta kami for 2 days. Suzuki apetah. hahaha... 6seaters so tolak Pak Arep, boleh muat 5 orang je. 6 orang je seat tengah tu cam besar tapi tak selesa sebab perjalanan jauh...




Belum apa2 dah berposing sakan

Road not taken~~
First stop... Gambar lompat2 dah upload kat IG so kat sini upload gambar gunung ajela. hehehe..

2nd stop adalah museum. Museum ni simple aje sebab ni sebenarnya rumah tinggalan lepas kes gunung merapi meletus tu. "Artifak2" kat sana adalah kesan terkena debu lava tu. Serius ngeri. Lembu boleh tinggal tulang je betapa panasnya lava tu. 

Perkampungan berdekatan Merapi tu semua dah tertimbus dek lava. Ada yang menyorok bawah tanah pun tak selamat betapa panasnya haba lava tu...


Sebelum Merapi meletus



Kucing ke anjing tah ni...












Kat depan museum ada jual souvenier. Yang paling hot T-shirt. T-shirt Merapi hanya boleh didapati dekat sana je. Tempat lain kau pergi tak jumpa. Original katanyaaa....

Lepas museum kita teruskan perjalanan. Tetiba Pak Supir tu stop dekat cerun bukit weiiii..... Dia parking jeep tu dalam 60 darjah and suruh kitaorang panjat. 
Mula2 tu takut la pastu Pak Supir tu keep on cakap "Nggak apa apa" and bila tengok gambar cun plak hehe terus berani

Belakang tu adalah Gunung Merapi. Tapi sayang tertutup dengan awan

Nah up satu lagi
Last destination adalah Bunker Kaliadem. Bunker ni orang kampung bina masa diaorang anticipate Merapi akan meletus. Ia dibina sebagai tempat menyelamatkan diri. 

Tapi betapa panasnya lava tu, semua orang kampung mati sebab bunker tu macam oven bakar diaorang. Itu Pak Supir yang cerita la. Korang tak caya boleh buat research sendiri. hehe 


Akhirnya dapat jugak view Gunung Merapi yang clear :)

The 4 of us. Yang 2 orang tu aku dah kenal since Degree 2009. How time flies~~
Lepas Merapi kitaorang ke bandar semula konon nak singgah Malioboro beli souvenier. Tapi in between singgah kilang t-shirt, butik batik, kilang Bakpia and lastly baru Malioboro. Sebab t-shirt aku dah borong dekat Borubodur, so singgah sekejap je dalam 1/2 jam and teruskan perjalanan cari makan.

Lunch kitaorang dalam kol 3pm gitu. Pak Arep bawak gi restoran Bakso.Kedai ni sama tapi dia ada depan dengan belakang. Yang kitaorang pergi belakang punya. Tu yang takde signboard tu. hahaha...
 

 

 Lunch kali ni ain belanja sebab kitaorang tunggu dia cari t-shirt. haha... tq ain :*

Aku amik Bakso Rusuk (bakso tulang). Memang sedap. Pastu taruk cili banyak2.
Bakso banyak mee sikit. Camtu la bestt... Kat Malaysia terbalik..

Ni raihan punya - mee ayam.
 Settle makan kita pergi Gumuk Pasir and Pantai Parang Teritis. 
Gumuk Pasir ni takde apa hanya pasir je. Kalau nak detim jalan2 tu boleh la... Boleh jugak sewa snowboard? tapi malas la nak kotorkan seluar so kitaorang amik2 gambar sikit and teruskan perjalanan. 


Dekat sini sunset mesti cantik tapi malas nak tunggu...

Kalau ajak aku pergi lagi sekali, memang tak la sebab aku tak minat. hahaha...Korea kalau ajak insyaallah minat. kalau nak sponsor lagi la bertambah tambah minat. hahahaa...

Sampai2 je Parang Teritis, cari air kelapa.  
 
Sama je rasa macam kat Malaysia. hahahaha

Sunset dah nak start~~
 Ramai giler orang dok mandi kat sana. So, kitaorang decide nak try naik Bendi (kereta kuda). 1 putaran 30,000 IDR and kitaorang amik pakej paling murah...

Sexy back


 Dalam gambar macam cantikkan? tapi sebenarnya biasa je macam PD maybe sebab orang ramai sangat so dia dah potong kat situ. 

Settle kita balik and cari dinner. 
Sunset dari dalam kereta. Cantik kan?
 Ntah mana Pak Arep bawak tapi katanya tempat ni popular and sedap so kitaorang okay kan aje.
Muka penat memasing
 Concept wise, tempat ni memang win.

Sebabkan lapar giler, kitaorang order banyakkk sangat. Sayur 2 hidangan, Ayam 3 hidangan and ada lagi Bakmi sorang satu...
Bakmi goreng

Sayur goreng

Ayam apetah nama tak ingat...

Bakmi sup
 Kesimpulannya, orang tamak selalu rugi. haha... Ayam satu hidangan tu tak makan pun sebab dah kenyang sangat. Ish2 dah la mahal boleh tahan. Total bil dalam 324,000 IDR @ 81,000 IDR lepas bahagi 4. 
Personally, aku rasa bakmi ni biasa je. aku lebih prefer bakso. tapi, Pak Arep cakap sedap. Nak wat cane, taste orang lain2...

Disebabkan kitaorang kelihatan peramah, diaorang ajak bergambar sama. Bergambar dekat dapur kau.


Settle apa semua terus balik hotel.

Malam tu kemas2 barang and memula eksyen taknak tambah luggage. Tapi aku beli bakpia sampai 6 kotak, maunye tak overweight. Nak add on luggage ada problem pulak so gitu gini esok dengan ihsan Raihan, aku berjaya balik tanpa tambah luggage. yeayy!!


Bakpia telo ungu @ yam. Sedapp. Bakpia ni sejenis kuih macam kuih kacang tapi inti dia macam2.  Yang sedap ituari aku beli cheese, choc, telo ungu, kacang ijo. Harga ikut jenis. Ada yang biasa, ada yang premium. 

Nasi Udek. Ada tauhu, daging kicap dengan ayam ungkep ke apa tah. Makan dengan sambal tomat. memang bestla...

Sebelum balik, makan bakso dulu. Nampak tak mee tu? Sikit tu aje diaorang letak. yang meriah adalah bakso tu..

Esok paginya lepas checkout lepak rumah Ibuk Prapti sambil makan nasi udek. 
Before gi airport, makan lagi bakso. Balik timbang naik 2kg T__T 

Total spend (BASIC):
Return flight plus hotel: RM323.60
Land transportation: RM215.72
Entrance fees: RM115.42
Food: RM130.25
Total: RM784.99

Flight and hotel je bayar di Malaysia guna RM. Yang lain semua in IDR. Aku spent TERMASUK SOUVENIER 2.1juta IDR lebih kurang RM705.60.   

Banyak lagi tempat menarik kalau korang ada masa nak explore. Kitaorang nakkan tiket murah, so banyak masa bazir...huhu. tapi takpela, bila2 Raihan balik kampung, boleh la aku ikut lagi. hahaha

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...