Wednesday, 20 August 2014

Raya 2014

So, this is it.
Dah raya ke berapa baru nak update minggu pertama raya punya cerita
Tadek mood nak menaip. Malas pun iye jugak
tengok je orang lain dah bersusun entry raya.

tapi lately rasa macam apehal  banyak benda lupa ni
Alzheimer ke apa ni? haha. baru doploh5 kot. 

so, sebelum terlupa langsung, elok la aku memaksa diri untuk menaip sesuatu
menaip sambil makan tembikai
tembikai tak gemuk kan? *dah se-tuppuware makan baru tanya. kahkah. tadek efek pun kalau benti makan sekarang.

ok, so where do we start? 
raya tahun ni adalah raya pertama aku setelah 4 kali raya di KFC.
the first 2 raya memang tak balik langsung
and the other two aku balik malam raya, pastu petang raya balik KFC semula untuk keroje.
sebab dulu ingat duhett segalanya. ingat kerja KFC tu boleh jadi ongkaya. kahkah
syukur jugak sebenarnya sebab motor aku tapenah miss bayar. selalu2 bila duit extra bayar lebih, kengkadang duit tak ramai kita bayar sendu2 je. haha. 
tapi boleh kata survival aku masa study dulu more on KFC. 
banyaakkk cerita kat sana TT__TT
cis. pehal mengimbau kenangan tak pasal2 ni. 

Raya kali ni ktorang raya dekat nisimlan je
tak balik kg bapak aku - kuantan pasal adik badik tak cukup korum
3 orang adik aku telah ku hasut kerja contract raya kfc. hahaha. tudia, dah resign pun still jadi agen tu..

so first raya:
lepas sembahyang raya, harus lah melantak lemang rendang soto produk adik badik yang lain. 
aku tadek masak2 nih sebab malam raya baru balik (ini ada kesah dia. lenkali rajin aku story)
kemudian, sessi bersalaman before bergambau depan laman rumah

Model Raya

adik badik pompuan tahun ni aku temakan diaorang dengan batik
nasib baik baju dah tempah awal2 dulu, kalau tak menangis la baju tak siap sebab makcik tu kemaiiinnn dapat tempahan tekau menggunung. sampai call pun tanak angkat, sms tanak balas. 


ni Fatimah no 10. 
hari tu dia memang watak utama. kahkah
boleh plak berdrama sebabak pagi tu. 
ktorg tapaham kenapa yang dia sedih sangat 
ni adegan tengah nak pahamkan sambil pujuk. tapi tak jalan. hmm...

last2 rupanya dia kata dia lapar tapi ktorg 'paksa' amik gambar
cheh! lapaarr ke? time orang makan mana ko pegi??
sekali dapat makan lemang sepotong dua, terus diam. haha. 

adik badik laki mak aku plak temakan sebagai Ustaz Pilihan.
aku belum lagi nak sponsor satu family punya baju raya. takut kang gi kerja kena jalan kaki bajet duit minyak dah habis. haha
tapi Alhamdulillah mana yang ada kita sumbang sesikit.

sebab tahun ni kan first raya after 4 years, so fefeling perantau habis (lempanggg sikit), so aku telah tak sengaja membiarkan diri ini digoda oleh penjual2 kuih raya sampai beli 10 jenis kuih raya + 2 jenis kek lapis.
and bila sampai masa nak bayar baru sedar. kahkah. padan muka sikit kat diri sendiri. 
ingat nak buat cookies, tapi rumah PJ tadek oven. kang mana plak aku nak bakar cookies kan. 
takpe, next year target buat kueh raya sendiri. awas korang penjual kuih raya! jangan muncul depan gua.. 

lepas dah puas bergambar, agak2 tiak dah berlemuih sebab matahari memancar-mancar, so marilah kita ke rumah uwan.

rumah wan tak jauh pun. 15 minit chap chuss (terus tingat skewrt annas sebab dia rajin guna ayat ni) terus sampai.
macam ni la keadaan raya kat rumah wan. adik badik mak aku 11 orang semuanya. tapi 3 family balik kampung belah satu lagi, and satu family lagi onteway. meriah jugak la tapi sebab meriah ramai je. 
memasing sibuk dengan henpon. macamkan Ramadhan ituari pun puasa henpon gak. cheh. 
harapkan anak2 buah aku je buat hingar. tapi tadek plak diaorang nak drama belari satu rumah langgar kosi meja semua. kalau ada tu baru meriah tekau. 

p/s: eh, apsal tah tahun ni tetiba jeles tengok adik2 dapat duit raya. haha. korang ada jeles gak tak? ke aku sorang je? haha 

dah settle apa semua, 3 orang adik aku gi balik Shah Alam kerja
pastu satu kereta ktorg gi beraya ke......

1) Rumah wan nilai

Actually rumah wan mak aku. kira pada aku dah kategori nyang. 
tapi sebab mak aku selalu sebut wan nilai...wan nilai...wan nilai.. so, tak berubah la trademark dia. macam si yusuff taiyob punya kurma kan? dia dok bisik tiap tahun sampaikan bila ramdhan je ingat YT. bila YT je ingat kurma. 

nyang nilai makcik bongsu arwah atok aku. 
org dulu2 kan ramai kawin awal, that's why beza arwah atok dengan nyang nilai punn tak jauh beza.
so anak2 nyang (pangkat nenek aku) dengan mak aku baya lebih kurang je...

rumah nyang ni laman dia luas. memacam pokok ada. 
kalau raya musim buah, memang happy la ktorg dapat ngangkut buah bawak balik. 
tahun ni rezeki rambutan.
terus jam2 tu jugak ktorg tubuhkan parti rambutan.
adik bongsu aku chiko jadi presiden parti sebab kerja2 senang je dia nak.
kutip rambutan masuk plastik tanak sebab malas nak patahkan ranting yang takde buah.


gambar tengah tu pangkat nenek kot. nenek muda. hehe
2) Chenong, Chengkau

Ini rumah nenek sedara aku. Adik pada wan aku. Tapi wan dengan atok chengkau dah takde. so beraya melawat makcik2 sedara je. 

sementara makcik pakcik dok berbual, jom keluar bergambar la apa lagi. haha

aku teruja (read: gayat) bila jumpa rumah2 kampung camni. 
sebab wan aku dok rumah taman. so, nak feeling balik kampung, kena balik chengkau and bongek. 

budak ni time aku dah elok2 posing la dia dok main kejar2 depan aku.
lari laju plak tu memasing. macam watson nyambek. haha

3) Kg Chengkau, rembau

kat sini beraya rumah wan2 sedara (belah atok aku)
nama wan2 ni ingat la tapi kalau suruh den susun ikut nombor, osah la hai. mosti kalah. kahkah. 
fail betul nak cakap ong nisimlan.
kalau donga makcik2 beborak, haram tak paham. sesikit bulih la. 

since sampai pun dah petang and ketibas boleh tahan, 
so tadek gambar sangat pun. 
tapi makan tetap ON macam biasa. kahkah. 

raya ke-3 datang lagi sini sebab ada gathering keluarga nek yam.
nama sebenar eh mariam. mak kepada arwah atok aku.
kat nisimlan ni kan diaorang lobihkan anak pompuan.
kalau suku pun ikut omak bukan bapak eh.
itu yang panggil 'keluarga nek yam' bukan keluarga samad (ayah atok)

gathering ni konsep macam family day
ada sukaneka, ada jualan lelong, cabutan bertuah dan macam2 lagi
tapi terpaling penting - makanan sedap2. haha
ada ketupat, lemang, rendang, satay, kambing bakar.
itu yang time raya senang2 je nak gain 2-3 kilo balik T__T

Hari raya ke-2 tak gi mana pun. melepak2 je sebab penat raya pertama tak habis lagi. penat proses makanan sebenarnye. haha

petang tu gi beraya rumah Raihan kat PD.

Raihan ni roomate aku masa belajar kat Terendak dulu.
ingat dulu memasing homesick tekau sebab sistem pembelajaran sekolah lama dengan sekolah baru berbeza. 
lepas tu rumah jauh
monkey plak ramai

tiap kali nak gi makan kat teres teratai kena ramai2 sebab kalau sensorang, konfem kena serang dengan monkey.
pastu ada sekali tu balik dari prep tengok dorm kena ambush. stok makanan yang simpan dalam locker semua habis kena cekau

ko jangan memain.
monyet sekolah ktorg bijak2
tong sampah bertutup pun dia boleh bukak, setakat locker, kacang je kata dia



so, itula dia cerita raya petama dan kedua. 

yang penting, seminggu raya tu memang aku tak pijak langsung weighing scale. takut. tapi makan tak takut. hahaha

Friday, 8 August 2014

Ini entry zeriuss.

Sebulan menyepi tanpa entry
takde Ramadhan terus ke Raya... hehe...

Terasa - rasa macam nak menulis
Tapi rasa penat. penat emosi
Ramadhan kali ni banyak main dengan emosi 
dari kes antrabangsa MH17, Gaza, Syria, Iran...
ke kes dalam negara kiki, lola, kikilala eh. 
kes2 ni rasa macam baru je lagi 
terasa- rasa dekat hati ni. even MH370 pun still sedih
sedih dengan tragedi dan sedih jugak dengan reaksi2 kita semua. 

aku kalau baca kisah2 trending macam ni, aku suka nak baca sekali komen2 orang kat situ
macam2 komen ada.
negatif, positif, bersangka-sangka, sarcasm, parody, kelakar semua ada.
semua tu mencerminkan pemikiran kita.
serius aku tak berapa gemar orang2 yang terlalu obses dengan pendapat sendiri sampai takleh terima langsung apa orang lain kata. 

dan bila baca macam2 ni, 
ter-reflect kat diri sendiri
macam- eh, aku dulu suka nak sarcastic or suka nak menganalisa sesuatu lepastu buat conclusion berdasarkan satu sumber je. 
not good ok.
analisa tu sendiri bukan la tak bagus, tapi mesti kena pada tempat dia la.

contoh Mak Limah selalu buli kucing2 dia dengan menggomol kucing sehingga kucing2 beliau cedera dan jadi tajuk utama berita kes dera. 

dan kemudian kita (read: manusia secara amnya) akan start 'concern'
normal la kita akan analisa untuk buat jadi pengajaran.
kalau pun tak dapat sampaikan pada orang lain, pengajaran pada diri kita sendiri di ketika ini sudah memadai.
jangan plak gi kreatif buat kaji sampai buat kesimpulan gini -  (contoh) Patut pun dia masuk lokap sebab kes dera sebab dia tu jahat, gemuk, tak cantik, pakai tudung terbalik etc.

dah kenapa fizikal dibandingkan dengan sifat tak elok orang tu?
ada kena mengena ke?
ada je orang gemuk baik hati, lemah lembut, tak garang, pemurah. gitu. 
yang jahat bukan lemak dia atau muka dia. yang jahat tu hati dan perbuatan dia. 

ada banyak lagi la komen yang pada aku inappropriate. yang hanya mengeruhkan keadaan.
kalau kita tak boleh membantu selesaikan masalah, jangan tambah masalah. 

sekarang tengah trending isu boycott
boycott ni bukan benda baru. 
dah bertahun - tahun boycott Is***l ni ada
cuma pada aku tak sehebat sekarang
tak caya, rajin2 baca pasal BDS (Boycott, Disinvestment and Sanction) 

dia jadi viral sebab lebih ramai golongan yang berani menunjukkan kebenaran tampil kehadapan
golongan yang merasai dan melihat sendiri penindasan yang dilakukan si I ni. 
internet sebagai medium banyak membantu reaching to people yang tak berada disitu.
dan masyarakat dunia mula melihat, menganalisa dan membuat keputusan berdasarkan bukti2 nyata yang cuba disembunyi pihak2 media tertentu. 

to be honest, aku sendiri, walaupun sebelum ni pernah terdedah dengan BDS
tapi still terlupa
terlupa sebab lena diulit kesenangan dan kemakmuran di negara sendiri (read: definisi senang dan makmur disini adalah tiada peperangan seperti di Palestin)
dan bila diingatkan kembali, aku cuba untuk mengambil tindakan apa yang patut
kot tak boleh nak boycott 100% aku cuba boycott sebahagian darinya secara ISTIQAMAH

Istiqamah ni maksudnya berterusan ya..
bukan bermusim macam world cup
Dan untuk istiqamah dalam memboikot, kita kena bermula dengan the first step
dan untuk sesetengah orang, yang memang seumur hidup memang makan mekdi contohnya
first step tak susah, second, third, fourth tu yang payoohh
bagi masa dia untuk istiqamah. jangan paksa2. jangan gelarkan yang bukan2.
kebenaran dah di bagi, tapi dia yang nak kena buat keputusan
kalau tak boleh tegur, doa la dan tunjuk contoh yang baik

memaki dia bukan contoh yang baik ye. 
kita ni semua manusia biasa.
takde istilah aku lebih hebat dari kau (ok, ini aku kena admit sometimes pernah rasa macam tu. kena berubah ni ida!)
takde istilah aku pakai tudung, aku boikot mekdi
ko tak pakai tudung dan tak boikot mekdi maka aku lebih baik dari kau...

takde ok. takde.
sebab segala yang didunia ni milik Tuhan yang Satu.
dari hujung rambut hingga hujung kaki kita milik Dia.
bila Dia kata "kun fayakun" (36:83)
bila2 masa je Dia boleh palingkan hati kita. Nauzubillah tah2 kita lagi jahatt dari kawan kita yang kita rendah2kan tadi.

jangan jadi extremist, jangan jadi judgemental
sesungguhnya kita yang hari ini kerana Ar-Rahman dan Ar-Rahim nya Tuhan tu
bila nampak orang2 tersilap; bersangka baik dengan Tuhan dan berdoalah agar dia bertaubat dan juga agar kita dijauhkan perangai begitu
kadang2 kita tak sedar, perangai kita ni takde la baik mana pun...

tapi jangannn terlalu bersangka baik dengan sesuatu (ni kategori extremist jugak ni. extreme nau bersangka baik) sampai (contoh) kucing Mak Limah teraniaya pun kita "oh, takpe. Ada hikmahnya tu"
tu bukan dah sangka baik tapi tu lebih pada nak lari dari tanggungjawab kita sebagai manusia untuk tegur Mak Limah tadi. 

so, semua tindakan kita kena guna akal untuk berfikir. 
akal, itu yang membezakan kita dengan binatang. 

aku akui aku bukan orang good2 
tapi aku cuba untuk jadi orang yang ikut akal rather than emosi
dan aku harap sesiapa yang membaca ni pun sama2 lah kita ya. 


Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...