Wednesday 9 March 2016

MELBOURNE Day 1 - Travelling Day

7 February, 1am
Aku masih busy pack and re-pack luggage especially makanan sebab nak strictly taknak over weight (walaupun still kena penalty jugak T___T)
 
Untuk makanan aje, 2 beg = approx. 10kg each
Satu beg Mak Ngah aku kirim untuk anak dia, satu beg lagi untuk aku dengan kakak aku....
 
Makanan banyak sebab akak aku dia nak stay sana lama. Pepandai la korang bajet based on berapa lama korang nak stay sana.
Makanan dia tak mahal kalau tak convert. haha...
 
Beg 1
 
Beg 1
 

Beg 1
 
Beg 1 - ini adalah rending pucuk ubi. Tak payah la bawak rending daging or serunding daging ke... nanti kena rampas sia2 aje.
 
Gambar terbalik. lantak laa..haha... Ini beg kitaorang - Beg 2
 

Beg 2- Sardin kena tinggal sebab berat *sobs*
 
Beg 2- Pelbagai jenis megi... Kat sana boleh jumpa megi tapi dalam AUD 2 satu cup. Bila convert tu, hmmmmm.....
 
Beg 2 - Biskut2 kakak aku yang bawak
 
Beg 2- Milo kena tinggal sebab aku ada terbaca ada kes kena rampas Milo 3 in 1. Dpd kena rampas dan rugii, better tinggalkan aje T__T
 
Beg 2 - Memang khas untuk makanan aje... Ni kakak aku yang pack. Tapi bila QC datang (aku lettew), tukar masuk beg lain sebab beg ni saje (kosong) dah 3kg. kau rasa?? huhu
 
Lepas siap2 kemas, tido2 ayam je. Bangun subuh terus siap2, singgah rumah Mak Ngah dulu, gi tapau nasi lemak ayam gorengberempah, pastu terus ke KLIA2. International flight kena standby atleast 4hours before departure. Sebab nak check-in bag memang hazabedah betul.... Orang sangattt ramai T__T


2 orang adik lelaki hantar. Beg macamkan nak pindah terus sana..hehe

Lepas drama check-in selesai (aku dah cerita dekat Melbourne Day 0), kitaorang cari port kosong near International Departure Gate and breakfast kenyang2....
 
 
On the way ke Gate P6... Jauh giler dengan beg berat lagi. Asal ada escalator je aku naik. hahaha... penat nak jalan kaki...
 

Nama dekat tiket aku lupa nak tukar. Nama kena sama macam passport ya supaya senang pegawai check-in nak verify...

Size Malaysia besar sikit je daripada size Victoria.

1.20pm depart. Alhamdulillah takde delay, cuaca pun baik.
Rezeki aku dapat quiet zone. Kakak aku dapat seat belakang2...
Aku tak sedar bila aku tido. Yang pasti aku terjaga time makanan sampai, makan jap pastu terus tak sedarkan diri.... huhu...
Mungkin sebab tak cukup tido malam tu.

2,3 kali terjaga jugak tapi tido balik sebab flight AA bosan takde entertainment.

Dalam flight jugak Cabin Crew provide Declaration Form. Pretty standard macam masa aku gi Bangkok - nama, address etc etc...

Touchdown airport Melbourne 8 jam kemudian @ 12.20 pagi waktu tempatan (Malaysia - 9pm)

Bila terjaga je aku baca 'rabbi yassir wala tuassir' untuk mudahkan urusan kat sana. Melalui hasil gugel, Immi Melbourne antara yang strict. Takutt...

Dekat Immi, jumpa pegawai tu berdua. So dia tau la yang kitaorang travel berdua. Kalau Nampak travel sorang takut dia suspect macam2 pulak...
Pegawai tu Tanya basic question - buat apa kat sini, datang dengan siapa, stay dekat mana, berapa lama nak stay etc.

After immi, gi amik luggage pulak. Dekat kawasan luggage, kena tahan dengan pegawai diaorang dan dia suruh declare bawak makanan apa....
Nasib baik dah siap2 buat list... 1 beg 1 list, so ada 2 list la...
Lepas tu dia Tanya ada bawak biji benih ke. Kitaorang ada bawak barli tapi confuse tu kira biji benih ke apa. hahahaha...bodoh sangat rasa time tu.
Just cakap barli for tea dan dia faham - dia chop and sign - pastu lepas....

Ingat dah lepas habis la,
Sekali kena beratur lagi untuk keluar border.
Pegawai tu tengok declaration form, angguk2 lepas tu dia lepaskan kitaorang...
Aku tengok ada yang dia tahan dan suruh scan beg... seramm..haha...

Lepas tu jalan depan sikit tengok eh, dah keluar? hahaha...
Lega toksah cakap la weii...
Yela, banyak kot kitaorang baca pasal kena tahan la, anjing besar la, macam2...

Dalam airport before Immi and amik beg

Keluar je, connect wifi pastu terus contact adik kitaorang kat sana....
5 min lepas tu, Nampak cousin kitaorang...

From airport to Caravan Park dalam 2 jam. 80km/h je speed highway. Kalau ikut Malaysia punya speed (110-140km/j) sejam dah boleh sampai kot. hehehe....

Kat sana speed trap banyak giler dan sebagai bukan warganegara, janganla buat pasal nak langgar undang2 depa.

Diaorang takde toll booth. Tapi tol tetap ada. Adik aku cakap, dia akan amik gmbr kereta dan tunggu jela surat sampai berapa tol kena bayar...

Excited! Sejukk giler kat luar time ni walaupun aku dah pakai 2 lapis....

Monday 7 March 2016

MELBOURNE Day 0 - Preparation time, tips and whatnot :)

Assalamualaikum....


Melbourne is so small compared to Australia as a whole. Banyak lagi tempat boleh pergi...
Alhamdulillah aku dah selamat pergi dan balik ke Melbourne :)


2016 aku takde plan pun nak kemana-mana. Let alone budget for it...

Dipendekkan cerita, aku pergi kerana family.... Adik aku yang kerja kat sana nak bernikah dengan gf dia, Malaysian yang sama2 kerja kat sana...

Diaorang inform family yang family perempuan dah bagi green light kawen on Oct'15 dan nikah on Feb'16. Less than 5months untuk aku prepare!!

Bila tak bajet, of course, concern terbesar aku adalah ---- tiket flight!

Mula2 usha around MYR1.3K return (exclude luggage and insurance).
My main concern was of course - flight ticket.

Makin dekat tarikh nak fly, makin tinggi harga tiket T___T

So, budget traveler's no. 1 lesson is --- Always plan ahead. Kalau nak pergi jauh2 (read: tiket mahal), plan at least 6 months before your travelling day. Unless korang orang ada-ada, planning may not be as necessary as budget traveler.

2 bulan aku procrastinate whether nak pergi atau tak. Ikutkan hati of course nak pergi, tapi bajet tak mengizinkan *sobs*

Entah macam mana, maybe panas hati tengok price yang tak turun2, awal bulan Dec aku gamble aje beli tiket one way dulu (KUL-MEL). huhu...

Hujung bulan Dec, aku beli tiket balik MEL-KUL pulak. FYI, untuk yang first time (macam aku), if korang beli tiket asing2 macam ni, jangan terperanjat if AA display in their local currency (kes aku - price in AUD).

Boleh je korang pilih nak bayar in MYR and AA akan automatically convert price from AUD to MYR. Tapi aku tak buat macam tu. Sebab? Sebab rate dia mahal...
So, aku just bayar in AUD guna CC aku. Bank punya rate lebih rendah sikit daripada AA and aku save around MYR100+/- :)

Tapi, kalau beli tiket pergi balik sekali harung, lebih jimat (depends pada promotion masa tu).

Lepas je beli tiket flight, other expenses start to fall into pieces. Kau akan start cari jalan untuk berjimat supaya dapat pergi jugak...
 
 
So, ini adalah checklist aku sebelum pergi ke Aussie here's my checklist for whoever want to refer:

1) Flight ticket

Damage: Ticket inclusive of 20kg luggage, insurance and processing fees
KUL-MEL: RM860
MEL-KUL: RM999
 
Lesson No. 1: Harga tiket aku sebenarnya not bad kalau nak compare dengan normal rate 3K++. Kalau compare dengan rege promo, memang nangis weeiii...

So, plan awal dan bukak mata pasang telinga if ada mana2 airlines buat promotion. Korang boleh jugak check dekat website http://www.skyscanner.com.my/ just key in tarikh nak pergi dan skyscanner akan carikan tiket paling murah termasuk flight dari negara lain yang transit Malaysia. 

Lesson No. 2: Beli tiket return terus. Lebih murah dan processing fees pun charge sekali je.

Processing charges for AA:
CC - MYR 24/seorang +GST
Online banking - MYR 12/seorang + GST

Lesson No. 3: Kalau beli tiket asing, bayar je guna local currency negara sebab exchange rate bank adalah lebih murah daripada flight provider punya exchange rate.

Lesson No. 4: Make up your mind!! haha... Mula2 aku ingat taknak makan, so aku tak order makanan.
Lepas tu, tengok flight siang hari jam 1pm, of course akan lapar so aku book meal (separately). Melayang MYR12 untuk processing fees T_____T

Same goes to luggage. Know yourself and pre-book luggage korang siap2... If overweight, 1kg = MYR50...

Kakak dan makcik aku pun ikut sekali tapi diaorang punya agenda lain. Even booking pun asing2. Masa booking, luggage under nama makcik tapi last minit makcik aku tak jadi pergi, so kakak aku takde luggage lansung >___<

Rupanya, bila nak check-in luggage, less than 4 hours before flying, dah tak boleh add-on online. 
Nasib baik abang dekat kaunter tu sangat helpful. Dia advice kitaorang untuk fully utilize cabin luggage 7kg. Mana yang boleh bawak naik, kitaorang bawak naik.
Tapi still, excess 21kg...
Kalau guna nama aku (with pre-book luggage), dia akan terus charge MYR50/kg. So, guna nama akak aku (without pre-book luggage), first 15kg kena MYR185 dan subsequent 1kg MYR50.


Hari kejadian. 3 luggage, 2 backpack. Mana la tak overweight T___T

Expensive lesson weiii... Tapi next time dah tau, utilize semaksima mungkin cabin luggage dan kalau overweight jugak, book 4jam sebelum fly. Lebih murah.

After discount 29. Ada lagi 10% diskaun untuk MasterCard. Lepas tu dapat lagi 5% rebate untuk online purchase. Ini cara2 beli luggage scale. Kau bayangkan macam mana la aku tak giler on9 shopping?
Aku beli luggage scale murah je MYR29.
http://www.lazada.com.my/portable-digital-luggage-scale-with-thermometer-7540951.html


Wrap luggage sebab takut kalau ada orang buat jahat, diaorang selit2 barang ke apa. T___T

Pandai2 la arrange luggage korang....
Nota: Masa beratur dekat gate, aku tengok ramaiiii je yang bawak cabin luggage besar dan Nampak berat. Tapi tu pepandai la ya. Kalau nasib tak baik, kena dengan cabin crew yang strict, barang kena tinggal sia2 je...huhu...


3) VISA

Sesetengah negara perlu apply Visa sebelum korang boleh lepas border dia. So, do some homework ya. Sia2 je kalau kena hantar balik sebab takde visa.

Korang boleh refer to http://www.australia.com/en-my dan study sendiri jenis2 visa yang ada dan mana yang korang boleh apply.

Nak apply direct dekat website boleh, tapi lagi senang kalau upah je orang tolong buatkan.

Aku buat dekat Triways agency (recommended by Mak Ngah) dan kena charge MYR30. Tapi travelling agency yang lain / individual agent mungkin charge lebih mahal. Kena rajin ask around...

3) Accomodation


Caravan house dari luar. Ours yang tengah2. Ideal untuk 4-5 person. Besar dan selesa :)

Aku tak tau nak bagi tips apa. Sebab adik aku memang dah carikan siap2 Caravan House untuk kitaorang family duduk.

Rental adalah AUD90 per week excluding electricity.

Facilities yang ada - sharing toilet (no worries. toilet diaorang bersih sangat ok) and laundry (AUD3 per use).

Excuse the selimut :P Ni bilik adik aku....
Setiap caravan dilengkapkan dengan - basic kitchen (microwave, oven, fridge, stove and utensils), katil (depends on size caravan korang) - kitaorang punya caravan untuk 4-5 orang so, ada satu queen bed dan satu lagi katil queen bertingkat (queen bawah, single atas).

Kalau convert duit kita, memang mahal. Tapi itu consider as standard lah tu.

It cost us AUD90/week excluding electricity. 

Lesson No. 5: Stop converting everything you spent! haha... ini memang sangat susah. Sebab aku datang sana bawak duit RM (yang telah diconvertkan pada AUD) of course tendency nak convert tu ada :P

Kalau korang ada CC, again, lebih baik guna CC untuk beli barang dekat supermarket sebab bank rate lebih murah daripada exchange rate (aku tukar MYR3.045 = 1AUD. Average bank rate is less than MYR3). Cuma, jangan lupa diri la kalau guna CC.

Rebate yang aku dapat (2% untuk groceries) di Malaysia pun aku dapat bila aku berbelanja di Aussie (2% after conversion)


Nota: Untuk accomodation, sekarang dah banyak website yang offer comparison macam booking.com, airbnb, trivago, airasiaGo etc. Malas dengan rajin je.

4) TRANSPORTATION

Dekat Australia, lain negeri, lain practice dia. So, buat homework ya.

Di Melbourne, tram adalah FOC dan perhentian adalah seluruh Bandar Melbourne. Tapi jangan la expect tram tu berhenti depan2 tempat yang korang nak pergi tu pulak -___-"

Tempat lain macam Shepparton takde free transportation. Tapi aku tak rasa korang akan ke Shepparton sebab sana bukan tempat pelancongan. Ke sana biasanya untuk kerja fruit picking. Nasib baik kontraktor adik aku bagi pinjam kereta. Senang sikit kitaorang ke mana-mana....


5) PASSPORT RENEWAL

Passport mesti valid untuk atleast 6 bulan daripada tarikh korang travel. Kalau tak sia2 je kena deny from travelling.

Sekarang ni dah murah nak renew 5 tahun hanya MYR200 dan boleh carry forward 6 bulan.
Contoh, passport aku expired June 2016 dan aku renew Jan'16. So aku boleh brought forward 6 bulan jadi new expiry date adalah June 2021.

Kalau tak sempat lari pergi pejabat Kastam, pergi je mana2 UTC lepas kerja. Diaorang tutup jam 9malam dan masa menunggu adalah 1 jam untuk passport siap (Kalau gi 8 lebih, esoknya baru boleh collect passport).

6) FOOD and DRUGS

Aussie adalah antara negara yang sangat fussy bab2 makanan ni especially produk tenusu dan daging.

Kitaorang listkan semua makanan yang nak bawak masuk, letak description sikit dan quantity. Senang kalau dia tanya...

Barang makanan pun letak satu bag supaya kalau Immigration suruh tunjuk, senang. 

Sepanjang perjalanan tu, kitaorang amalkan baca Rabbiyassir wala tuassir. Alhamdulillah, takde masalah dekat Immi. Dia hanya Tanya sikit lepas tu dah....

Makanan (raw) kat sana ikutkan takde la mahal sangat. Tapi since aku earn in RM, bawak duit RM of course aku akan convert every single thing kat sana (hahaha). Kalau earn in AUD, cost of living diaorang tak mahal pun.
Contoh, drumstick AUD4++/kg; telur sepapan AUD8; 2liter susu AUD3...


7) MONEY

Aku tukar dekat MidValley. Untuk 12 hari, aku just bawak AUD200. Tak tau nak cakap cukup ke tak. depends dekat mana lokasi korang (city or pekan).
Personally, aku rasa tak cukup (rent saja dah 180 untuk 2 minggu) tapi aku tak risau sebab ada CC dan aku pun ada buat part time kat sana.

Nanti ada masa aku akan sambung cerita lagi... Hujan emas di negeri orang so no wonder ramai yang taknak balik Malaysia.... termasuk la aku. hahaha...

Untuk yang ada cimbclick, kalau tak sempat, korang boleh beli AUD online dan choose dekat bank mana nak collect. Senang. tapi mahal sikit la...
 

 

Summary expenses Day 1

Basic flight : 860+999 = 1,859
Add-on Meal                =     37
Extra luggage (share)   =    485
Tapau breakfast (share)= 10
                        TOTAL= 2,391
 

 

 

 

 

 
 

Wednesday 2 March 2016

I am missing .....

...the magnificent view of Victoria in early morning
 
This picture was taken from inside a car. So, please excuse the blurry image. Still, this picture doesn't 100% represent the real thing. You should go and see it yourself.

...the coolness of morning air  
This is the view early morning before we start our 'work'


....Although it was freaking hot, the simplest setting of life, the nature, never cease to amaze me
This was my stay for 2 weeks.

....The fresh veggie and fruits :)
 
I wish I could stay longer, travel more and enjoy more of the nature.
I do have not-so-good experience there, but overall, it was a nice escape.
 
I wish budget is not a problem and I don't have work that awaits me here.
One day, I'll visit again. and I wish it would be soonest possible ;)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*I wish I have the drive to write about Oz. This blog is for my future reference after all....

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...