Saturday 31 January 2015

30DBC- Day 8: 5 lagu cinta kegemaran anda

Hahaha....

mende tah tetiba malu plak rasa baca requirement Day 8 pasal aku bukan la olang yang lomantik....

nevertheless, aku memang suka dengar lagu chenta ni
in fact, any song yang easy to my ears.

my current favorite song is----
.
.
.
.
.
.
John Legend - All of me

aku rasa lagu ni adalah confession seorang lelaki yang sangat sincere and touch deep into the heart... ecece....
boleh la nak jadikan modal ngorat wife korang nanti =)

Banyak lagi lagu aku minat especially 70's, 80's love song
mungkin sebab dulu bapak aku suka pasang lagu ni kat rumah
so lama2 aku pun terjebak....
tapi dengar jelahh tajuk lagu taktau. hehe

mana yang tau tajuk aku list kan kat sini:

2) Bon Jovi - Always
3) Bryan Adam - Everything I do, I do it for you
4) Aerosmith - I don't want to miss a thing
5) Phil Collins - Against all odds
6) Air Supply - Out of nothing at all
7) Air Supply - All out of love
8) Richard Marx - I'll be right here waiting for you
9) MLTR - You took my heart away
10) Ronan Keating - When you say nothing at all
11) LesSang - Someday
12) LesSang - You are the answer to a guy like me


Oih, peramah sangat ni bagi sampai 12. padahal malu. *pang*

No video sebab aku malas nak search satu2 and letak sini
korang rajin2 gi la utube pastu dengar sendiri eh
tapi tak jamin pada korang pun best eh. haha...

Friday 30 January 2015

30DBC: Day 6- Apa yang anda makan hari ini

Since belum lunch hour lagi,
aku update apa yang aku makan semalam lepas balik kerja

sekarang ni bila dah tinggal sorang, tendency untuk masak adalah amat jarang
sebab biasanya balik kerja dah penat dan bila memikirkan 'the aftermath' of memasak yang renyah macam masak untuk 5 orang (cuci kuali, pisau, perkakas etc etc) lagiiii la malas nak masak =P

walaupun ada orang kata kena praktis sebelum kawin nanti dah kawin senang nak adjust etc etc
seriously tu semua niat dalam hati je
tak laratt la especially kalau dah balik kerja kol 8
so normally lepas kerja aku akan dok terpikir2 nak makan apa
kat sini hamper setiap hari ada pasar malam
tapi pasar malam tak banyak pilihan
kalau ada pilihan pun aku plak susah nak memilih. *ko sebenarnya nak apa pompuan???* hahaha

gitu la cerita nya.
aku ni memilih makan tidak
tapi bila dah ada makanan tatau nak pilih plak
itu masalah aku bila makan luar T___T

so balik2 tak mihun goreng, nasi goreng
tak nasi goreng, beger
itu ajela yang aku akan end up makan
sebab yang lain tu tak retiiii....

minum plak kalau kat warung2 biasa limau suam,barli suam, tea O limau suam...
kadang2 baru order oren jus dan pernah sebab malas pikir, aku tak order air langsung....

*imej gugel pasal malas nak transfer gmbr*
Okla. bye.

Wednesday 28 January 2015

Merotan - dari perspektif Islam

Sekarang kan tengah kecoh pasal undang2 merotan anak.
Dan ramai la yang start to share kisah zaman kanak2 masing2
Ada yang mempertahankan 'tradisi' merotan dan ada juga yang memperjuangkan undang2 atas alas an perikemanusian.
 
 
Tak kisah la apa juga alasan kita dalam mempertahankan pendapat masing2, takde pihak yang 100% betul atau 100% salah
merotan dengan belasah adalah dua perkara berbeza tapi ramai yang tak perasan
merotan adalah hukuman sebagai pengajaran
belasah adalah hukuman sebagai lepas geram
 
aku sangat tidak setuju kalau parents dihukum kerana situasi pertama tapi aku teramat lah setuju kalau ibu bapa dipenjara kerana situasi yang kedua.
 
aku bukan follower tegar Dr Maza. Aku dapat article ni melalui perkongsian email from MIZAN and aku amat setuju dengan perkongsian Dr Maza.
 
Kalau korang nak baca direct from website Dr Maza silakan,
tapi aku copy artikel dia kat sini sebagai rujukan aku sendiri in future =)
 
---------------------------------------------------------------------------------------
 ISLAM DAN MEROTAN ANAK
 
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
Ada pihak cuba menggambarkan seakan merotan ataupun memukul anak merupakan satu tuntutan dalam pendidikan Islam. Kenyataan mereka ini boleh memberikan gambaran yang salah mengenai kesantunan dan kerahmatan Islam itu sendiri. Lebih buruk lagi kenyataan itu dibuat pada musim Islam ditohmah sebagai agama yang ganas. Saya ingin menyebut beberapa perkara dalam merotan anak di sini;
1. Asas pendidikan dalam Islam ialah panduan yang jelas, tunjuk ajar yang penuh hikmah (wisdom) dan contoh teladan yang baik. Inilah isyarat al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 24 ketika mengajar kita berdoa untuk ibubapa dengan doa: “Katakanlah: wahai Tuhanku kasihanilah kedua mereka (ibubapaku) SEPERTI mana mereka membesarkanku semasa kecil”.
Ertinya, jika diteliti dari arahan doa yang diajar oleh al-Quran tersebut bahawa pendidikan ataupun membesarkan anak (bringing up process) yang menjadi tanggungjawab ibubapa hendaklah dengan sifat kasihan ataupun rahmah (mercy). Justeru, hanya ibubapa yang membesarkan anak dalam suasana kasih simpati sahaja yang mendapat bahagian dari doa ini. Allah mengajar doa kepada anak, tapi dalam masa yang sama mengingatkan ibubapa tentang cara mendidik dan membesarkan anak.
2. Adapun hadis tentang memukul anak, hendaklah dilihat dalam kerangka maksudnya yang betul. Di sana juga ada ayat al-Quran (Surah al-Nisa: 34) yang menyebut tentang memukul isteri, apakah selepas ini kita akan mempertahankan perangai sesetengah suami yang suka memukul isteri?! Ayat itu berkaitan isteri yang nusyuz (derhaka) setelah segala proses pendidikan yang baik gagal. Sementara suami pula seorang yang bertanggungjawab menunaikan segala kewajibannya di sudut nafkah zahir dan batin. Pukulan pula dengan cara yang tidak mencederakan dan meninggalkan kesan kesakitan yang serious tetapi sekadar memberikan amaran tentang kesungguhan maksud suami. Hanya dalam suasana sebegitu di samping suami dengan ciri yang begitu sahaja boleh memukul isteri dengan syarat yang disebutkan tadi.
3. Tiada galakan dalam nas Islam agar kita memukul anak. Bahkan kita tidak wajar memukul anak yang belum mumayyiz (mampu membezakan antara yang baik dan buruk). Hadis hanya menyebut memukul pada umur sepuluh setelah melalui proses yang panjang. Sabda Nabi s.a.w: “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).
Ertinya, ketika berusia tujuh tahun saban hari sebanyak lima waktu dia mendengar perintah bapa atau ibunya ‘marilah bersolat’. Maka, selama tiga tahun lamanya dia akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga perintah solat sebati dengannya dan dia memahami maksud solat. Solat diingati bersama hubungan kasih sayang ibubapa yang berbicara dan memujuknya setiap kali azan berkumandang. Mungkin pelbagai upah dan janji diberikan. Dia bermesra dengan bapanya yang akan membawanya ke tempat solat. Dia mempelajarinya dari pelajaran dan teladan.Tidak dipukul melainkan setelah tiga tahun melalui tempoh ini. Jika dia dipukul pun setelah berusia sepuluh tahun, dia akan faham itu adalah pukulan kasih dan cinta. Pukulan itu tidak mencederakan atau mendapatkan kesakitan yang serious.
4. Ertinya, betapa untuk sampai kepada tahap memukul memerlukan satu proses yang panjang padahal itu membabit soal asasi dalam hayat seorang muslim iaitu solat. Maka, mana-mana bapa sewenang-wenang memukul anak, dia bukan seorang bapa yang baik dan telah melanggar ajaran agama. Lebih malang lagi jika bapa itu sendiri bukan teladan yang baik seperti bapa yang merokok memarahi anaknya merokok. Sama juga bapa kurang bertanggungjawab terhadap nafkah dan pendidikan anak, tiba-tiba memukul anak, maka mereka adalah pengkhianat amanah Allah.
5. Kegagalan pendidikan hari ini, tiada kaitan dengan rotan ataupun tidak, tetapi berkaitan dengan factor penting pendidikan insan itu sendiri iaitu; kejelasan arah dalam pembentukan anak, teladan yang baik dan suasana yang membina. Inilah tiga factor penting yang telah dimusnah oleh pelbagai keadaan. Mereka yang cuba mengaitkan merotan anak sebagai kejayaan pendidikan Islam adalah satu kedangkalan yang nyata.
6. Jika ada ibubapa yang memukul anak tanpa alasan yang benar, dalam keadaan yang tidak munasabah, mendatangkan kecederaan yang kekal ataupun kesakitan yang serious, maka itu bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh untuk pemerintah menganggapnya sebagai satu jenayah untuk diambil tindakan.

30DBC- Day 5: Tiga perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih

Kekasih yang declare ke yang tak declare?hahaha

Kalau yang tak pernah declare macam Bigbang - TOP


Tak cukup 1, dua ku letak..kekeke
Kepada TOP -->
May you have a successful career ahead :)

--------------------------------------------------------------------------

Kalau untuk yang 'declare' (lah sangat)
tak ada apa yang boleh dicakapkan
whatever happened, has happened
nak sumpah seranah berbakul2, I am not perfect...

Allah let our path crossed for a reason
and for whatever reason was that
I'm glad it has over
I learnt a lot, thou not in a very pleasant way.

A lesson learnt is lesson indeed.
no matter how hard it was (*senyum dengan mata berkaca*)
 

Tuesday 27 January 2015

30DBC: Day 4 - Buku Kegemaran Anda

 
Buku terpaling feveret setiap awal tahun...kikiki
 
Kalau buku bank lain, itu bukan kegemaran tapi kesedihan... haha
 
Membaca ni memang boleh kata 'hobi' wajib dalam setiap biodata aku,
the truth is, hobi yang bernama membaca ni memerlukan mood yang aku jarang nak ada...lol
 
Aku takde specific writer yang aku minat (or ingat)
antara yang aku boleh ingat ialah Nora Robert, JK Rowling, Enid Blyton.
Kalau JK Rowling of course the ever famous series
 
Boleh kata aku membesar dengan buku ni =)
 
Am not a die hard fan though
I love Harry Potter's series because of the imagination it brings in every book.
Movie2 dia pun best. But the excitement when both books and movie mix together is just brilliant.
 
Cheers to the writer for writing such a good book; and cheers to the producer for making it (the book) as real as possible.
 
Back in those days, buying a book is consider as luxury (for me and my family)
so we end up queuing for the book at National Library.
Kita pinjam 2 minggu lebih kurang
but biasanya minggu pertama dah habis baca pasal excited  tak hingat.
lagi hebat kalau time cuti sekolah, 2,3 hari boleh habis
tapi makan tah mana, mandi tah mana lah...hahaha
 
 
Enid Blyton ni pun best
buku dia ringan2 and bahasa mudah faham
tu Puan Umi la yang rajin berulang alik ke library =)
yang adik beradik plak akan gaduh nak ikut sebab dapat jalan2....hehe
 
it has been years since aku datang library
rasanya since graduate kot?
kerja, masa, etc etc yang selalu buat tak sempat
tapi sekarang kan dah ada banyak event2 best yang jual buku murah2 macam big bad wolf...
ada la few koleksi buku yang aku beli.
contohnya Nora Roberts
 
 
tapi itula, bila nak habiskan bacaaaa???
 

Monday 26 January 2015

30DBC: Sesuatu yang menguatkan anda




Soalan ni general sangat.
menguatkan dari segi ape ni??hehe

kalau dari segi kesihatan,
2 supplemen yang aku memang jarang miss consume--- Vitamin C dengan VCOA.
Kalau orang Klang nak Treenea VCOA seperti yang aku consume ni, boleh ke Az-zain Klang. Aku promote bukan pasal aku agen, tapi sebab banyak kebaikannya.

Ok, dari segi kehidupan pulak
yang menguatkan aku supaya jangan cepat givap,
supaya sentiasa berusaha selagi daya
dan sentiasa ambil iktibar dengan kehidupan beliau adalah.....

jeng jeng jeng (saspen ke?lol)

adalah umi.
mak aku.
walaupun bergaduh boleh tahan jugak kitaorang
walaupun dia pernah belasah aku dengan getah paip, hanger dan yang sewaktu dengannya yang tercapai dek tangan beliau masa kejadian, masih terlalu banyak pengorbanan beliau dalam membesarkan aku.

ah, kalau cerita pasal kepayahan hidup kitaorang
aku rasa ramai lagi yang susah

hidup aku ni terpaling susah bila compare dengan diri sendiri je
tapi kalau compare dengan orang lain
mungkin aku jauh lebih senang kan?

while she may not be a perfect mother (which I'm not a perfect daughter too)
I cant imagine my life without her

30DBC: Day 1
30DBC: Day 2

Thursday 22 January 2015

Greener grass? Perihal kerja 2.0

I am not an adventurous person when making decision
I've always afraid of the risk of --- failing...

I took 2 years to finally resign from my previous position
I've always been contemplating, weighing the pro and cons of switching between jobs

but above all,
I've always wonder whether ---


Having discussion with friends and getting second opinion doesn't stop me from having second thought.
Everyone has their own definition of 'greener grass'

Getting second opinion is good and may help you in a way or another,
but don't ever take it as a decision point.
Being human we are different in needs, life objective, dreams and many more.
Hence, a green grass for you may not be the same to others
Don't let your life lead by others nor you end up telling others how to live their life.
As an adult, we should be puppet to no one


I cant say I didn't wonder what if ---- I stayed?
I admit that sometimes I do feel 'homesick' or having separation anxiety (yup. u see, I am no tough girl. I am just a normal girl trying to survive the world. Hence, the insecurity or anxiety or whatever u called it, I do have it)

There would be times where I felt ---

 green grass don't necessarily taste better =)

So far, I cant make a fair comparison yet
but what I can tell is, the grass IS greener.
the next question is - does it taste better? >_<"


Life is all about making choices
and I've made mine

wondering and dreaming about greener grass is okay
but forcing yourself to belief that there's always greener grass out there is not okay.
u need to stop and wonder, maybe it's not the grass but it's you who never feel enough



And to those who are afraid of dreaming and making decision
my advice is --- don't be.
life is about making decision and taking risk,
a non stop adventure all together
if you choose to stay on the same field, hoping that watering and giving enough fertilizer would make it green and you are satisfied with it, go on.
don't----> be afraid to take new steps whilst continuously complaining,
it wouldn't make any difference

As for me,
I challenge myself to overcome whatever emotional doubt I have
and make it through (as long as it doesn't give bad effect to me)
.
.
.
.
.
.
because decision has been made
and I am accountable for whatever happen next
 

 


 

Sunday 18 January 2015

30DBC - Day 2: 5 cara memenangi hati guwe

Takde idea nak cerita apa.
aku ni kan manjangg takde idea. hahaha

almaklum pepagi jam 7 dah keluar gi keje. sampai rumah petang 6 lebih paling awal....paling lambat setakat ni adalah jam 10 sebab kerja and 11 lebih either sebab menyoping or gi badminton...
aku ni homey person. lebih banyak spend masa dekat rumah then keluar jenjalan. huhu

ok, 5 cara memenangi hati aku? ni bukan cara memenagi in the sense of special gf ye. almaklum aku walaupun banyak crush dekat orang, hanya ada sekali je experience bercouple. yang lain tu either orang tu taktau (read: aku pendamkan. contohnya macam Dr. FK. hahaha....aku rasa ramai kot yang admire dia dari jauh) or kitaorang berkawan. tapi most of it is the first case. lalala~~~

1) the best way so far untuk buat aku senang is---- be a good listener. most of the time kita akan end up jadi listening partner to each other. but sometime, ada cases yang aku ni adalah lousy partner. sorry. aku ni memang la boleh kata most of the time cepat pikap apa orang cakap, tapi there were time yang aku insensitive. and that is when, I may end up being not-so-great-partner to your eyes.
I am hard to predict liddat. u've been warned =P


2) boleh converse in different language other than your mother tongue and English.
tak tau la kenapa aku senang mesmerize dengan orang yang boleh fluently converse dalam bahasa, yang especially, asing pada aku. contoh, malay boleh converse in mandarin or Chinese converse in Japanese. Walaupun aku sepatah haram pun tak paham tapi aku sukaaa dengar. haha.
there was one time aku dengar malay live band nyanyi lagu Chinese, terus benti makan ko! hahaha

3) funny. bukan jenis yang buat lawak bodoh tak bertempat. nope. yang tu silap haribulan, terus tergenjat semangat nak berborak. well, susah nak cakap lawak macam mana pasal benda ni terlalu subjektif. kengkadang aku pun terbuat lawak bengong. tapi tu la kan. susah nak cakap. 

4) coklat. haha. ee....dap2...

5) terpaling last tapi terpaling win ialahhhh...boleh jadi imam. bukan imam (ketua) Jemaah tengok bola dekat mamak ye. tapi imam solat.
masa sekolah asrama dulu, aku rasa ada sorang akak ni hebatt giler pasal most of subuh mesti dia jadi imam dekat surau pompuan.
normally, orang yang jadi imam ni, orangnya mesti ada ciri2 bertanggungjawab, hafaz quran (or atleast surah2 lazim) dan suara lunak. tu semua combine dalam satu, memangg ohsem pada mata aku =)


30DBC - Day 1: 5 fakta tentang diri sendiri

Saturday 17 January 2015

30DBC - Day 1



Actually, benda ni has been a while dalam dunia blog.
Ada a few blogger yang dah pun menyahut cabaran ni (based on yang aku follow jela)
As for me, this is more of for-fun-activity rather than a challenge

dan disebabkan aku buat hanya suka2,
so dengan suka hatinya, aku start hari ni

dia suruh bagi satu gambar latest, aku bagi sampai tigo
pasal malas nak transfer dari phone. hehehe..


5 fakta tentang saya:

1) Anak ke-4 daripada 12 adik beradik. Tapi kalau orang yang first time jumpa mesti akan kata aku anak sulung. diaorang kata sebab aku Nampak garang? and serius? haha....ntahlah. kita kan tak Nampak ekspresi muka diri sendiri, so mcm mne nak tau kita ni garang ke apa unless orang bgtau kn? takkan aku nak senyum memanjang kang korang ingat aku gilo plak..haha.

2) suka makan pedas. kalau tak pedas rasa macam tak sedap. tapi dah tuwe2 ni, dah kurang sikit la. tak larat nak mencirit ke toilet T_____T

3) walaupun diluarnya aku maybe Nampak gawang, deep down aku ni hati tisu. Aku pun tak pasan benda ni until la sorang2 kengkawan aku kawin. tetiba eksaited semacam. pastu tetiba nak sedih semacam. pastu tetiba nak sayu plak.

eh jap.
ni bukan tisu, ni emosi..haha
lebih kurang la kan? ke lain? haha...lantokkk

4) kuat berangan. berangan nak sambung study oversea, berangan nak kawin dengan angkasawan Negara (bukan Dato SM ye. tapi aku minat dr FK. haha). berangan nak bukak bisnes sendiri one day.
the best angan2 adalah berangan untuk berduit. bukan kayo bling sana, bling sini. tapi berduit kategori senang la. sekarang ni Alhamdulillah dengan rezeki. tapi impian aku untuk senang yang kategori bila adik badik, mak minta tolong, tapayah nak buat calculation ke apa. bagii je.

and aku rasa the 2nd best angan2 aku adalah ----berangan nak kurus *krik krik krik* hahahhaah. well, pompuan mana tanak kurus wehhh? kurus disamping makan tanpa bersalah. kekeke.

banyak lagi angan2 aku. dari kecik memang kuat berangan.
pernah tulis novel pasal kisah berangan aku. lol sangat. tapi novel tu dah MIA pun. eloklahhh.... kalau ada tak tau la macam mana nak ejas malu dekat diri sendiri bila baca. hahaha. level budak2 sangat aku berangan time tu...kekeke...

pada aku, tak salah nak berangan selagi tak susahkan sesapa. best je. free pun free....hahahha

5) aku sebenarnye adalah penggayat. aktiviti2 adrenaline rush macam roller coaster ke memang aku surrender awal2. tapi kalau nak flying fox ke, panjat bangunan tinggi ke takutt tapi kalau ada push factor, aku bolehh je...


 

Tuesday 13 January 2015

Perihal tukar kerja

Ni nak cerita pasal apa yang aku rasa eh
kalau korang punya experience differ, jangan libatkan aku. mihmihmih *gelak hemo2*

masa mula2 masuk kerja,
dalam masa seminggu perhatikan proses department aku,
berkobar2 aku nak tukar proses, nak buat improvement.
dalam kepala ni, macam2 fikir nak buat itu, nak buat ini
tapi...

lepas dah lamaaa sikit kerja,
semangat pun berkurang.
macam ni lah manusia (read: aku. jangan memandai terasa plak)
cepat nau nak givap

belum apa2 lagi
impian terkubur sepiii....

aku dapat rasakan energy aku hari ini beza sangat dengan first week
walaupun aku banyak blur dan tak paham,
tapi energy for improvement tu still ada....

sekarang ni? astagfirullah...
nan ado semangat T_______T

takkan nak tukar kerja?
apa cantik sangat muka kau nak tukar2?
resume tak lawa satu hal
ada ke orang nak amik budak suka lompat2 ni???

come on ida
don't give up
this is not you....

Monday 5 January 2015

The YusofFatimahKlan

2014 is full with emotional-roller-coaster for Malaysian,
and not to mention myself, personally.

It is not all bad nor was it all laughter
but I definitely will remember 2014 as the year - which affected my emotion the most.

However, it is not the end of the world - yet.
One have to keep on moving even after whatever things that happened---
it's how this world is being created.

There are a lot of significant events in 2014,
but I would like to highlight one, which is very close to my heart ---
I celebrated my bestfriend's wedding early last year (I still getting use to refer 2014 as last year. lol. early-year-syndrome I believe)
and welcome a new member to our group at the end of the year.

Siti Aishah, a wonderful baby, the love of my bff's life
I thought being excited of my bff's wedding is a special feeling,
I never thought that the feeling of seeing junior SA+MF would also be this special =)

it's wonderful seeing how her life change after less than a year of marriage
I hope she will continue letting me be part of it, which Insyaallah, I will always will....

but she aint part of YusofFatimahKlan
That is another sweet story ---

2015 kicked-off with the engagement of my dearest cousin
I am just happy to be part of the celebration and knowing that - Insyaallah, a good woman would be his queen.
I sounded like makcik2 ady. haha.
I am emotional like that. lol.

The queen-to-be is from Kluang, whereas the king-to-be (le cousin) is from Pekan, Pahang.

Baru ku tahu wujud istilah ikatan tunang xxx (berapa lama tempoh dipersetujui dua pihak, sebagai contoh - setahun) "hidup"....
"hidup" kat sini means "not restricted to"
dalam kata lain, walaupun tempoh setahun tamat dan majlis perkahwinan belum dapat dijalankan (tak bersedia etc. etc.), ikatan pertunangan still 'valid' until either one of them decided to call it off.

the other way around, kalau ikatan tunang setahun (contoh) 'mati', means die2 kena kahwin jugak.

I always thought ikatan tunang tu tak perlukan special terms dan bergantung pada budi bicara kedua belah pihak. Rupanya, kena specify betul2 apa mahunya keluarga supaya, jika tiada jodoh, perpisahan diuruskan dengan cara yang baik.

Yelah kan, betul juga.
We never know what will happen in the future
before ada gaduh or salah faham ke apa, better specify betul2 awal2
tak mahu nanti ada yang menunding jari...

so, lets take a look at some of the picture taken


The more the merrier... Hence, the gerabak =P

My same-age siblings (aging-woman-syndrome!!!) lol. Dress was partially sponsored by yours truly (i.e., I bought the cloth) 



 

Masa ni masing2 bertebaran. Ada yang baru nak park kereta, ada yang jadi kamerawoman. Biasalah, dah lambat 2 jam haruslah kelam kelibut

Sebelum balik, selepas settle bersilat nak tetapkan tarikh. Family queen-to-be nak exact date like 10, 11 months in advance, tapi le cousin kerja offshore, so sangat susah nak bagi exact date bila dia di darat. Itu yang bersilat (mulut) jugak la. haha

 

bringing back hantaran from queen-to-be.
 Nak dijadikan cerita, le family 'paksa' aku kunyah sireh junjung ni untuk ambil berkat.
katanya jodoh senang lekat. haha.

I ate half of the leave (bukan sepasu tu ye. matilaaaa makan semua. pahit kamu tahu tak) dengan paksarela.
bukan nak percaya myth pun... (I dah makan masa majlis2 sebelum ni like 2 ke 3 kali tapi takde apa effect pun. hahaha)
tapi saja suka2 relakan diri jadi eksperimen (again) by family.
bukan hari2 ada alasan nak makan sireh. lol.

To Joe,
semoga urusan dipermudahkan...
Jaga mata, jaga hati tuu...
Jangan nak crocodile sangat..lololol...

To L,
harap bertabaahhhh nak jadi member of YusofFatimahKlan. hahaha


 

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...